6 : High school?

132 55 13
                                    


Ting..tong..teng..

Telefon pintar Ariana Humaira berbunyi menandakan mesej masuk. Ariana yang sedang melipat pakaian tergendala seketika. Telefon pintar nya dicapai untuk memeriksa mesej Yang masuk sebentar tadi. Tengok sahaja nama pengirim mesej sudah membuatkan Ariana Humaira tersenyum.

AQIRASYOMELL

~ kak Ana!! Hilangmu tiada notis..😭
Tup tup dah kat Korea.. apakah Yang berlaku?! 😵Duniaku berputar😱


ANAcute

~ Hehe..kalau bagitahu nanti berat pulak bagasi akk maklumlah Ada
yang tumpang , nk ikutsama punya pasal😂


AQIRASYOMELL

~ MUEHEHEHE..😁 macam tau tau je
Akk tolong kirim salam kat sweetheart
Sy - Choi San group ATEEZ ;)


ANAcute

~ Pak Choi mana pulak ni?
Pak Choi kedai runcit kat
Nenek akk , akk tau lah😂

AQIRASYOMELL

~ Hiks..Hiks.. nak hikut!

Ariana tergelak sendirian membaca mesej yang dihantar Aqira Aqasyah, junior merangkap adik kesayangannya.
Pakaian yang telah dilipat diatur kemas di dalam almari.

Sudah genap seminggu Ariana menetap di Korea termasuk hari ini. Culture shock ? Yep.. mana tidaknya, daripada biasa makan menggunakan tangan mengikut sunnah kini perlahan-lahan bertukar kepada chopstick.

Kata Talhah, nampak macam tak bertamadun sahaja makan guna tangan. Ariana malas ingin membantah dan cuba berlatih sedikit demi sedikit untuk membiasakan diri menggunakan chopstick. Haih.. inilah nasib budak kampung masuk Seoul.

Ada benarnya juga kata Talhah, tapi Ariana tidak bersetuju apabila dikatakan tak bertamadun. Bukan tidak bertamadun, sekadar perbezaan budaya. Mengikut sunnah lebih berkat. Itu pegangan Ariana . Islam itu hadhir Dalam keadaan asing dan kembali Dalam keadaan asing. Itu pesan Opah Kali terakhir sebelum dia bertolak ke Negara K-pop ini.

Jika sepanjang tinggalnya di Kampung Tanjung Jara di Dungun Terengganu tidak pernah melihat pemabuk , kini di Korea , Siang Hari Pon pemabuk dapat dilihat. Seakan orang kurang siuman. Itulah padahnya menghambakan diri pada minuman keras, hilang kewarasan serta harga diri.

Tapi Ariana kagum pada warga Korea , kebanyakan mereka sangat beradab. Apabila memanggil orang Yang lebih Tua , mereka sering menggunakan makcik, atuk, nenek, ataupun ibu Dan ayah. Kira senang, bangsa Korea lebih kurang macam Malaysia dalam keramahan mereka. Macam Malaysia juga kesopanan mereka yaitu menggunakan panggilan makcik kepada perempuan yang lebih Tua walaupun mereka bukan terdiri daripada keluarga.

Dalam tiga hari lagi dia bakal bersekolah di Negara winter sonata ini. Gemuruh juga jiwa Ariana. Bahasa Korea yang dipelajari pun macam ombak., Naik turun naik turun sahaja kualitinya. Tapi Bahasa inggeris Ariana bertahap tinggi sedikit daripada cukup makan. Selalunya jika di sekolah , Ariana tidak pernah mendapat markah kurang daripada 70.

Papa telah lama menetap di Negara ini. Katanya sebelum Papa berkahwin dengan ummi nya lagi Papa telah bekerja di Negara K-pop ini. Macam mana Papa boleh kenal ummi? Itu Ariana tidak tahu. Pernah ditanyakan pada Papa Dan ummi nya ketika kecil , namun ditegur Opah. Kata Opah Ariana masih kecil lagi , tidak perlu menggedik ambil tahu kisah cinta ibubapa nya.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now