12 : Bully

68 23 11
                                    

Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah, dia akan melihat balasan nya, dan barangsiapa yang melakukan keburukan walaupun sebesar zarah, dia akan melihat balasannya.

Al-zalzalah :7-8

7.a.m

ANAcute

Assalamualaikum nenek,
Selamat pagi! Nenek
Sihat?

Ariana tersenyum sendiri. Ya Allah, rindunya nenek. Kata papa, awal musim bunga, papa akan bawa mereka untuk melawat nenek di Malaysia. Ariana benar-benar tak sabar. Dah macam-macam makanan Ariana mengidam meskipun baru hampir tiga minggu di Malaysia.

Lagi dua minggu sebelum musim bunga yang terletak pada bulan march menjengah. Teringatkan sahaja pada Malaysia, Ariana semakin tidak sabar. Rindu!

Pagi ini dia bersarapan awal. Sempat Ariana bersalaman dengan Papa sebelum bertolak ke sekolah. Mommy masih belum keluar daripada bilik, mungkin sedang bersiap. Sengaja Ariana ingin turun ke sekolah lebih awal.

Jujur Ariana katakan, dia menjadi segan untuk berjalan ke sekolah bersama Wo Hyun, semenjak perbualan pertama yang berlaku antara mereka berdua. Ariana risau jika ikhtilat mereka tidak terjaga.

Jarak sekolah dan rumah mereka dekat sahaja, lebih kurang 10 minit berjalan kaki . Memandangkan Talhah belum bersiap, Ariana mengambil keputusan untuk bertolak terlebih dahulu. Talhah jika bersiap, sama lamanya tempoh pengantin bersiap . Ariana pun jauh lebih pantas .

Meskipun masih awal pagi, beberapa orang pelajar telah kelihatan di sekitar perkarangan sekolah. Ariana tersenyum sendiri. Usrah yang berlangsung semalam membuatkan hatinya riang pada pagi ini.

Ting!

Notifikasi mesej masuk berbunyi.

Nenek

Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sihat.
Biasalah, sihat orang
Tua, kejap sihat kejap
Tak sihat. Ariana tengah
Buat apa tu?

Laju sahaja jar jemarinya menaip jawapan balas. Senyuman bertambah melebar.

ANAcute

Baru sampai sekolah,
Nenek.

Sejak pemergian arwah ibunya ketika Ariana berumur tiga tahun, nenek lah yang menjaga dan mendidik Ariana. Kerana itu, nenek sudah dianggapnya seperti ibu. Bersama menelaah Ariana menumpang kasih seorang ibu.

Ibu meninggal ketika melahirkan Talhah kerana kehilangan darah yang terlalu banyak. Ibu tidak dapat diselamatkan. Kata nenek, wanita yang mati ketika melahirkan, mereka mati syahid. Ariana sebak , namun gembira jika ibu sudah dijamin syurga. Oleh itu, sejak daripada hari pengebumian, Ariana tidak pernah menangisi pemergian arwah ibunya.

Selepas Talhah dilahirkan, Papa benar-benar murung. Kerana tidak mahu dihantui dengan perasaan dukacita, Papa mengambil keputusan untuk kembali bekerja di kedutaan Malaysia-korea. Talhah dibawa bersama bagi menemaninya selepas empat tahun dibawah jagaan nenek . Oleh kerana itu, Talhah dan Ariana terpisah sedari kecil lagi.

Nenek

Belajar rajin-rajin!
Jangan ikut benda tak
Elok yang kawan-kawan buat.
Kita orang Islam ada pantang
Larang. Jangan sebab duk
Di negara orang, semua jadi
Halal. Jaga solat! Nenek tak dapat
nak ingatkan selalu macam
dulu. Tapi, Ariana kena ingat,
Allah maha melihat. Kalau ada
masalah kongsi dengan nenek.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now