Seoul Central Mosque
Damai. Satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan suasana masjid Di bumi Winter Sonata ini. Kelihatan beberapa jemaah yang sedang khusyuk beribadah. Suasana damai yang mampu menenangkan hati mana-mana insan yang sedang berada di situ.
Lepas sahaja sarapan pagi tadi, papa mengajaknya untuk bersiar-siar di kota Seoul. Masjid ini merupakan destinasi kedua mereka setelah bersiar-siar di sekitar Sungai Han sepanjang pagi tadi.
Pelbagai ragam pelancong dapat dilihat. Ada yang sekadar bersiar-siar melihat sekitar kawasan masjid. Tidak kurang juga , ada yang ber'selfie' disana sini. Malah ada yang sedang berbual-bual mengeratkan hubungan ukhuwah sesama Muslim. Indah nya suasana di Masjid Seoul ketika itu. Ariana bangga kerana Di tengah-tengah ibu negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim, Masih teguh Islam berkembang .
Ariana melipat telekung Dan memasukkan kembali ke dalam beg galasnya. Tudung di kepala di betulkan agar tampil lebih kemas. Menurut Talhah , Puan Ha Na telah memeluk agama Islam di Masjid ini.
Kakinya menghala menuju ke tingkat satu. Tempat Di mana mereka sekeluarga berkumpul semula. Mommy tidak dapat mengikutnya untuk solat bersama atas alasan keuzuran , maka Ariana mengambil keputusan untuk pergi sendirian ke ruangan solat muslimah yang terletak di tingkat tiga.
" Jeogiyo! ( Excuse me ).."
Bahu Ariana di tepuk perlahan . Ariana berpaling ke belakang. Seorang gadis tempatan yang mengenakan sweatshirt dan long skirt menghiasi pandangannya. Kelihatan gadis itu Dalam lingkungan umur sebayanya. Senyuman mesra diukir Manis sebelum tangannya diraih. Ariana tergamam seketika. Kaget dengan kemesraan Yang ditunjukkan gadis itu.
"You forgot your phone.." kata gadis itu sambil menyerahkan kembali handphone milik Ariana.
" Oouh.. thanks.. khamsahamida. " Balas Ariana sebelum menerima handphone tersebut dengan kedua belah tangannya. Kata Talhah , menerima barang dengan sebelah tangan ialah kurang beradab bagi masyarakat Korea.
"Welcome!" Jawab gadis itu sambil tersenyum manis. Ariana membalas senyuman tersebut dengan janggal .
Suasana janggal berlangsung seketika , sebelum Ariana meminta diri.
"Wait.. are you in rush?" Soal gadis itu sambil menahan Ariana. Senyuman masih menghiasi wajahnya.
"Not really.." jawab Ariana bersahaja.
Gadis itu menghulurkan tangannya sekali lagi. Kali ini dia kelihatan seperti ingin berjabat tangan.
"I'm Han Soo Yeon. Seventeen years old. You're Mrs. Yoon Ha Na 's daughter right? I'm your neighbour.. nice to meet you!"
Senyuman Soo Yeon dibalas Ariana. ' sebaya rupanya ' getus Ariana di dalam hati. " I'm Ariana Humaira Azhari. Seventeen years old .." Giliran Ariana pula memperkenalkan diri.
'uhuk..janggalnya.. apa nak buat ni?
Ariana Humaira sudah seperti facing kepanasan . Sejujurnya dia bukanlah kaki ramah yang mudah mesra dan berkenalan dengan orang Baru. Namun, jika langkah pertama dimulakan, Ariana boleh mengikuti rentak perbualan.
"Are you gonna study here?" Soal Soo Yeon ramah. Senyuman masih kekal Di wajahnya. Memang Soo Yeon murah dengan senyuman , sehinggakan Ariana pun hairan . Tak penat ke budak ni asyik senyum ?
"Ahh.. y.. yes.. I don't really know. Where the school I'm gonna study yet , but my parents said I'm gonna study here. " Jawab Ariana gugup.
Hentam sahajalah. Ariana tidak pasti Sama Ada Bahasa inggeris nya betul ataupun broken. ' lantak laa, asalkan faham sudaa..'
YOU ARE READING
Little Red (Hiatus)
Spiritual"If God is exist, why did He let me suffered? If God exist, why do we have to struggle? Where is Him? Show me!" - Park Wo Hyun Inhale. Exhale. Buku ditangan dihempas ke rak. Tersentak Jantung Si Penyoal dibuatnya. Hati Yang membara Cuba ditenangkann...