13 : weekend

46 18 16
                                        


Hujung minggu yang damai. Puan Ha Na meluangkan masa di ruang tamu Hujung minggu macam ni lah nak luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga sebaik mungkin.

Sehelai demi sehelai helaian album dibelek. Terasa pantas masa berlalu. Setiap kenangan yang diabadikan di dalam album itu terasa seakan baru kelmarin berlalu, suka dan duka bersama kini tinggal kenangan. Puan Ha Na tenggelam dalam perasaan sendiri.

" Mommy buat apa tu?"

Soalan daripada Ariana mengembalikan Puan Ha Na kepada realiti. Senyuman kecil dihadiahkan pada Anak gadis nya yang melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Tengok album lama. Saja, bosan tak buat apa."

Helaian album di belek lagi. Kini terpapar gambar dua orang gadis yang berpelukan erat di pinggir Sungai Han.

"Wah, cantiknya ! Siapa ni mommy?", Soal Ariana sambil menunjukkan pada gambar tersebut. Seorang gadis yang berambut panjang ikal mayang berwarna blonde bersama topi pantai, memeluk Puan Ha Na yang masih muda.

Gambar tersebut diusap lembut dengan jari . Terasa sayu benar.

"Mendiang kakak Mommy, Ibu Wo Hyun."

Ariana tergamam. Gambar tersebut ditatap. Cantik. Bukan cantik yang biasa-biasa. Patutlah anaknya pun sama cantik.

"Mendiang kakak Mommy meninggal ketika lahirkan Wo Hyun. Ketika mendiang melahirkan Wo Hyun, mendiang menghidap kanser paru-paru tahap empat. Yang paling sedih adalah Mommy langsung tak tahu penyakit mendiang sehingga lah hari di mana mendiang meninggal. Itupun selepas doktor mendiang sampaikan perkara tersebut pada mommy."

Hati kecil Ariana tersentuh. Allahu, disaat Ariana merindui untuk melihat wajah dan senyuman arwah ibu, Ariana terlupa bahawa ada yang langsung tidak pernah melihat wajah ibunya sendiri.

"Talhah pun tak pernah jumpa arwah ibu kan?"

Ariana mengangguk kecil. Senyuman manis ditayangkan.

"Yup, nasib Talhah sama macam Wo Hyun, cuma arwah ibu meninggal sebab kehilangan darah yang terlalu banyak.", Ujar Ariana tenang .

Puan Ha Na tersenyum . Bangga melihat ketenangan anak gadisnya . Ariana sangat matang untuk remaja sebaya umurnya. Pandai ibu mertua suaminya mendidik Ariana.

"Ariana tak sedih?"

Puan Ha Na cuba menduga.

Ariana menghela nafas panjang. Sukar juga soalan tersebut.

" Tipulah kalau Ariana kata Ariana tak sedih. Ariana rindu sangat. Tapi, kata opah, ibu mati syahid. Ibu tengah tunggu Ariana di syurga. Jadi, kenapa Ariana nak menangis sedangkan ibu bahagia di syurga. Ariana doa setiap hari semoga Ariana pun dapat jumpa ibu di syurga . Ariana rindu ibu sangat - sangat. Ariana dah lama tak rasa pelukan ibu. "

Jawapan polos yang diberikan Oleh Ariana membuatkan mata Puan Ha Na mula bergenang. Tubuh Ariana didakap. Kepala anak gadis itu dicium penuh kasih sayang . Sungguh gadis ini adalah anugerah terindah yang dihantarkan kepadanya.

"It's okay darling, you have me. I can't be your mom, but instead I'll try my best to give you what other Mom gives to their children.", Luah Puan Ha Na dengan nada sebak.

Pelukan Puan Ha Na dibalas Ariana. Seketika kemudian pelukan dileraikan. Puan Ha Na menyambung belekan album. Kini terpapar gambar Puan Ha Na di dalam uniform polis sedang menerima ijazah. Ariana terlopong.

"Mommy polis?", Soal Ariana dalam nada terkejut . Terkejut bah. Puan Ha Na tergelak sambil mengangguk kecil.

"Kenapa? Ariana fikir Mommy pun duta macam Papa ke? "

Little Red (Hiatus)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang