10 : Canteen

88 32 27
                                    


1:30 a.m

Talhah bangun terpisat-pisat menuju ke Dapur. Tengah Malam sebegini, tekaknya terasa haus pula selepas menunaikan hajat kecil. Huh, tengah Malam sebegini, memang naya dibuatnya jika mimpi ingin membuang air kecil. Mujurlah Talhah sempat bangun ke tandas. Jika tidak, tujuh keturunan nya diketawakan Wo Hyun dan Papa.

Kepalanya digelengkan apabila terbayang reaksi mereka mentertawakan dirinya jika terkencing diatas tilam. Huh . Malu! Naudzubillahi min zalik! Tergadai ke'macho' an Talhah.

Masalah satu lagi timbul apabila Talhah selesai menunaikan hajatnya, tekak nya yang haus pula minta dibasahkan. Botol air bergambar blackswan bts nya dicapai. Kosong . Nampaknya terpaksa lah Talhah turun ke Dapur untuk mengisi kembali . Langkah diatur dengan malas.

Botol air diisi dan segelas air masak diteguk. Suasana malam terasa sunyi sekali. Pasti Mommy dan Papa telah lama diulit mimpi. Mana tidaknya, pulang kerja sudah pukul 11:30 Malam, turun kerja pula pukul 9 pagi. Jarang sekali mereka dapat bersama melainkan pada hujung minggu. Talhah redha. Dia sudah terbiasa.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah Naik ke tangga, sayup-sayup kedengaran bunyi siulan angin menarik perhatian Talhah. Mata nya dililaukan pada pintu yang terbuka. Langsir pula terbang perlahan ditiup Bayu malam.

Ah, sudah. Jangan hantu rooftop ikut kak Ariana nya pulang sudah. Talhah tak pandai nak baca- baca ayat suci Dan sebagainya. Kalau diberi lagu blackpink boleh lah dia rap tanpa henti .

Hatinya berkira-kira untuk menutup pintu yang terbuka. Tutup atau tidak? Bagaimana jika hantu muncul didepan pintu dan menerkamnya. Omo! Ottokae?
Noona ! Bantu Talhah!

Mahu tidak mahu, kakinya melangkah mendekati pintu untuk mengatupnya. Tidak pasal-pasal kena marah pagi esok kerana pintu tidak berkunci. Kepalanya dijenguk ke luar pintu , melihat jika Ada apa-apa yang mencurigakan walaupun Dalam keadaan takut. Talhah acah-acah berani.

Sunyi. Hanya siulan angin yang kedengaran. Sudah lah sejuk, kerana sekarang musim salji. Tombol pintu ditarik untuk ditutup. Namun, satu kelibat yang duduk sedang duduk tercongok membelakangi nya di atas buaian kecil menggamit perhatiannya. Allahu.. makhluk apakah?

Dalam takut Talhah mendekati juga susuk tersebut. Husnidzon lah katakan. Bahu makhluk tersebut disentuh. Dengan pantas makhluk tersebut menoleh.

"Hyung!!"

Talhah terjerit kecil. Siap jatuh terduduk lagi. Mana tidaknya, suasana yang sunyi menambahkan lagi aura seram. Dadanya diurut berkali-kali. Mujur Talhah masih muda dan tiada sakit jantung!

"Hyung! Yeogiseo mwohae? ( Abang buat apa kat sini?)

Soalan Talhah dibalas dengan pandangan kosong. Talhah berzikir tanpa henti di dalam hati. Mati dibuatnya jika yang dihadapannya ini bukan Wo Hyun.

"Takleh tido."

Jawapan Wo Hyun sedikit sebanyak membuatkan Talhah lega punggung nya dilabuhkan di sebelah Wo Hyun.

"Nightmare?"

"Yup"

Talhah sekadar mengangguk. Wo Hyun memang mempunyai insomnia yang agak berat.

"Since when? Bukan dah lama tak kena ke? Macam mana boleh dapat balik mimpi Tu. Hyung makan ubat tak?"

Soal Talhah bertubi-tubi. Risau tak risau, Wo Hyun memang mempunyai PTSD yaitu Post-Traumatic Stress Disorder. Meskipun Talhah Dan Wo Hyun agak rapat, namun penyebab kepada PTSD Wo Hyun tidak pernah diketahuinya.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now