18 : Hujan

63 11 6
                                    


Talhah berbaring diatas katil. Selesai sahaja menunaikan solat asar dia berbaring di atas katil. Lebam-lebam di wajahnya telah disapu ubat ketika dibawa ke klinik. Bantal empuk dipeluk erat. Meski peristiwa tadi telah berlalu, amarah di hatinya masih membara. Na Yong Sul (pelajar yang diserang ) patut dibelasah lebih teruk.

Bantal dipeluk semakin erat. Entah mengapa emosinya terasa tidak stabil. Air mata menitis setitis demi setitis . Amarah, kecewa, dan terhina. Perasaan Talhah bercampur-baur.

"Arghhhhhhh!!!!! S*bal!!"


Talhah menjerit sekuat hati sambil menekup bantal pada wajahnya. Tilam yang tidak bersalah ditumbuk berkali-kali bagi melepaskan geram yang bersarang di dalam dada. Andai sahaja tilam itu merupakan Yong Sul, pasti sahaja hancur wajahnya dijamah tumbukan padu Talhah.


" Oi pendatang asing! Balik negara kau semula la!!"

"Kau tak dialukan kat negara kami!! Berambuslah anj**g !! Dasar anj**g kurap penumpang!"

Bantal dipeluk semakin erat. Semua kata cacian itu sudah lali ditelinga nya . Namun Hinaan yang didengari kali ini terlalu melampau!

" Oi anj**g! Kau tak dialukan lah kat sini.. syuh, pergi balik tempat asal! Kau fikir mak tiri kau kawin dengan ayah kau, automatik kau boleh jadi penduduk asal sini la? Haha .. kelakar la kau ni! Entah-entah mak tiri kau tu kawin dengan bapak kau sebab nak duit je! Cannot brain la macam mana mak tiri kau boleh berkenan pada bapak anak an***g macam kau?! Hahhahahahaha... Oh, speisis Sama kot!"

Darah Talhah mendidih teringatkan cacian yang dilemparkan Yong Sul. Air mata semakin lebat mengalir.

"ARGHHHHHH!!!!!!"

"B***H!"

Tilam ditambah dengan padu bagi melepaskan geram.

" Tak guna betul! Nak hina jangan lah main keluarga! Aishhhh!! ss**al !!", Jerit Talhah sepenuh hati. Lantaklah! Asalkan hati yang membengkak semakin lega. Kini dia hanyut dalam tangisan.

' Tok..tok.."

Pintu biliknya kedengaran diketuk daripada luar. Talhah segera menyorokkan wajahnya yang bertambah bengkak apabila menangis. Tanpa menunggu keizinan Talhah , pintu dikuak daripada luar. Wo Hyun menjegulkan wajah dihadapan pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Nagaseyo... (Tolong keluar..) " , Talhah bersuara lemah. Dia perlukan masa untuk bersendiri. Dia tidak mahu diganggu. Suara nya kedengaran serak kerana menjerit sekuat hati.

" Silheo! (Tak nak!)", Jawab Wo Hyun selamba sambil melabuhkan punggung pada birai katil Talhah. Kisah apa Talhah naik hantu bagai?

"Hyung, jebal!..(tolonglah..)".

Talhah merayu. Dia benar-benar tidak mahu diganggu. Dia perlukan ruang untuk tenangkan diri sendiri. Tidak perlu pujuk. Talhah sudah besar.

Suasana sepi. Wo Hyun berdegil tidak mahu keluar. Rayuan Talhah diabaikan. Dekorasi bilik Talhah diperhalusi. Boleh tahan cantik. Warna biru lembut. Sesuai dengan jiwa remaja. Tapi bukan citarasa Wo Hyun, dia lebih gemar warna gelap seperti navy blue ataupun hitam. Nampak cool.

" Kau umur lima belas kan?"

Suara Wo Hyun memecah kesunyian. Talhah diam . Tidak mahu menjawab.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now