Taesan High School's Canteen
Seperti biasa, barisan beratur bagi mendapatkan makanan masih panjang seperti hari-hari yang sebelum ini . Wo Hyun menunggu di dalam barisan penuh sabar. Time flies. Pejam celik , Akan sampai juga gilirannya untuk mengambil makanan. Jadi, untuk apa kelam- kabut?
Kelibat Ariana melangkah masuk ke Dewan Makan menggamit perhatiannya. Senyuman kecil terukir di bibirnya tanpa dia sedari. Lesung pipitnya terbentuk. Reti juga little red papa ini ke Kantin. Ingatkan kena hantar Waze Dan sebagainya.
Pandangan dikalih semula ke hadapan. Huh, barisannya Masih lagi panjang. Mujurlah Wo Hyun penyabar orangnya. Jika tidak, boleh sahaja dia melencong ke koperasi sekolah untuk membeli roti sebagai alas perut Yang alar kadar. Bulan ini sahaja berat badannya meningkat sudah 4 kg. Rezekinya dikurniakan susuk tubuh yang tinggi. Jadi tidaklah ketara pada umum kenaikan berat badannya.
"Wo Hyun-ssi," panggil satu suara dari arah belakang nya.
Wo Hyun berpaling. Kelihatan seorang pelajar perempuan berambut tocang menghulurkannya sebotol Susu coklat. Wo Hyun terpinga seketika. Hari ini sudah masuk Kali kedua dia menerima Susu coklat jenama kegemarannya dari pelajar perempuan yang tidak dikenali. Secret Admire ke?
"Someone told me to give u this."
Pelajar perempuan tersebut terus sahaja meninggalkannya apabila susu coklat tersebut bertukar tangan. Wo Hyun ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.
Susu coklat ditangannya dibelek-belek. Why not? Rezeki jangan ditolak. Wo Hyun malas menyerabutkan fikirannya tentang identiti si pemberi. Sedikit pun dia tidak ingin mengambil tahu . Wo Hyun tenggelam dalam lamunannya tersendiri.
"Yah!!"
Satu jeritan nyaring membuatkan lamunannya tiba-tiba mati. Mata Wo Hyun turut teralih kepada punca jeritan tersebut. Pelajar-pelajar lain sudah mula berbisikan sesama sendiri. Kaget dengan adegan yang sedang berlaku. Habis membulat matanya apabila melihat Ariana sedang menahan tangan Salah seorang daripada kumpulan Taesan's Queen. Cha Tiffany.
Wah, boleh tahan juga budak ni . Ingatkan tipikal budak perempuan lain. No wonder lah kalau dia hampir jatuh rooftop sebab nak selamatkan orang semalam. Penegak kebenaran rupanya. Sayang tempah maut. Buat kerja sendiri sudahlah. Sibuk hal orang, nanti yang merana diri sendiri.
Wo Hyun sekadar bermonolog sendirian. Adegan tersebut ditontonnya teruja, sambil menantikan reaksi seterusnya daripada Kedua-dua pihak.
"You know what is the thing I hate most?"
Pelajar-pelajar lain telah berbisik sesama sendiri. Wajah Ariana bersahaja. Setenang air di permukaan tasik. Manakala, Tiffany pula sudah cemberut.
"It's cliché like this."
Serentak itu pergelangan tangan Tiffany dilepaskan. Bekal makanannya yang tercampak dikutip. Tangan Seon Mi diraih dan dpimpin ke tandas. Pelajar-pelajar lain yang mengepung mereka mula memberi laluan untuk mereka keluar.
"Yah! Ss*b*l! "
Tiffany yang masih tidak berpuas hati menjerit sambil meluru ke arah Ariana untuk menarik tudungnya . Namun belum sempat tudung Ariana ditarik , sepasang tangan menghentikan dirinya. Satu Dewan Makan turut tergamam, termasuklah Wo Hyun.
"Please stop, Tiffany."
Han Soo Won melarang tegas. Mungkin tidak suka ketegangan ini berlanjutan. Wo Hyun sekadar menjongketkan keningnya sebelah.
YOU ARE READING
Little Red (Hiatus)
Espiritual"If God is exist, why did He let me suffered? If God exist, why do we have to struggle? Where is Him? Show me!" - Park Wo Hyun Inhale. Exhale. Buku ditangan dihempas ke rak. Tersentak Jantung Si Penyoal dibuatnya. Hati Yang membara Cuba ditenangkann...