" Yah, Park Hyuna! " jeritan seorang ibu tidak diendahkan oleh sang anak.
Lengan kecilnya ditarik oleh abangnya, Hyungwoo. Hyuna merentap kembali tangan milik Hyungwoo dari terus menggengam tangannya.
" Kalau Yun tahu semua ini angkara korang berdua, Yun takkan duduk dekat dalam rumah ni " katanya. Tangisannya semakin lama semakin surut.
" Hyuna. Eomma cuma nak kamu selamat, sayang " pujuk ibunya. Kepala Hyuna digelenggkan berkali-kali.
" Eomma tipu! " jeritnya.
" Hyungwoo, settle kan " arah puan Park.
" Yun, dengar cakap abang. Abang sedaya upaya nak selamatkan kamu dari appa tahu tak. Abang dengan eomma buat semua ni demi kamu, Yun " ujar Hyungwoo.
" Abang pun sama je dengan eomma. Dua-dua kuat menipu. Yun ni keluarga korang juga. Sampai hati korang berdua buat macam ni dekat Yun. Appa tu sedaya upaya nak besarkan Yun sebelum korang berdua datang. Appa sanggup datang Busan sebab nak cari orang bela Yun. Bila korang berdua hadir dalam keluarga kami, macam-macam masalah datang! Korang tak layak diterima "
" Park Hyuna! Jaga percakapan kamu tu. Jangan binasa! " marah puan Park.
Park Jungsik iaitu ayah kandungnya Park Hyuna telah mati pada petang dua pulang dari kelasnya. Kematiannya angkara mak dan abang tirinya sendiri. Hyuna nampak semua kejadian itu dengan sendirinya melalui cctv didalam rumahnya.
Puan Park iaitu mak tiri Hyuna sudah lama berdendam terhadap ayah Hyuna. Semuanya gara-gara harta milik tuan Park. Diikutkan, memang harta keluarga Park akan diserahkan kepada anka kandungnya iaitu Hyuna. Hyungwoo hanya anak tirinya. Tetapi puan Park tidak bersetuju dan mengambil keputusan untuk membunuh suaminya sendiri.
Hyuna sudah lama dapat menganggap semua itu. Dia hanya biarkan sahaja. Dan pada akhirnya, Hyuna kehilangan juga ayahnya. Sebelum itu, segala harta ayahnya sudah diuruskan. Hanya tunggu masa untuk Hyuna ambil alih.
" Yun dah tak peduli. Yun tak ada eomma macam kau dan abang macam kau Hyungwoo. Yun anak tunggal. Mulai malam ini, Yun akan keluar dari rumah ni dengan rela hati. Korang berdua beranak boleh duduk menderita dekat sini. Jangan harap segala harta ayah aku, aku akan serahkan se sen pun dekat korang " kata Hyuna.
Hyuna mencapai begnya dan berlalu keluar dari kawasan rumah. Dari luar, sebuah kereta berwarna hitam sudah pun menunggunya. Manakala, yang lain adalah kereta milik polis.
Hyuna seorang gadis yang cilik dan bijak. Selepas dia ketahui ayahnya dibunuh sebelum dia pulang, dia terus memberitahu Irene yang berada di balai tentang kejadian itu.
" Saya sudah selesai tuan. Tuan boleh ambil mereka. Segala surat bukti saya akan serahkan esok hari di balai " ujar Hyuna pada salah seorang ketua polis.
Hyuna masuk ke dalam kereta hitam itu dimana ianya kereta milik kakak sepupu Hyuna sendiri.
Suara jeritan pertolongan dari si ibu dan abang tirinya tidak dia endahkan sikit pun. Hatinya sudah terlalu hancur dan luka lebih dalam. Tanpa menoleh kearah mereka, Hyuna meminta Irene membawanya pulang ke Seoul.
Dalam perjalanan pulang ke rumah Irene, Hyuna memberitahu Irene bahawa dia tidak makan apa-apa sejak pagi lagi.
Irene memberhentikan keretanya disebuah kedai runcit 24 hours yang berdekatan dengan kawasan tempat kerjanya. Beberapa makanan ringan dibeli untuk Hyuna.
Selesai membeli, Irene terus memandu pulang ke rumah. Keretanya elok terparking dibawah garage.
Irene memeluk bahu Hyuna hingga mereka masuk ke dalam rumah.
" Dah, sekarang unnie nak Yun rehat dulu. Unnie akan cuba percepatkan pertukaran Yun di kolej baru Yun nanti. Kalau unnie tak sibuk, minggu ini semuanya akan selesai " kata Irene.
" Baiklah unnie. Terima kasih sebab sudi bersama Yun dimana saja. Unnie je yang Yun ada selepas appa pergi " ujar Yun sebak.
" Don't cry, sweetie. Yun naik lah bilik dulu. Bersihkan diri tu. Semua pakaian Yun still ada dekat dalam almari bilik Yun tu. Unnie nak kemas-kemas barang sikit. Jangan tidur lambat " pesan Irene. Hyuna menganggukkan kepalanya dan berlalu naik ke bilik.
Irene adalah kakak sepupunya sebelah ayahnya. Irene dah banyak bantu keluarga Hyuna sejak dia kecil. Irene juga anak yatim piatu. Dia dibesarkan oleh ayah Hyuna di bandar Seoul. Kini, Irene bekerja sebagai seorang anggota polis yang berpangkat tinggi.
Hyuna sering datang jenguk Irene di Seoul jika dia cuti sem. Irene juga sayangkan Hyuna lebih dari seorang adik sepupu.
Sebelum ayah Hyuna pergi, dia sempat berpesan pada Irene untuk menjaga Hyuna setelah dia tiada. Jadi, mulai sekarang dia akan jaga Hyuna dan mengambil risiko atas apa-apa yang berlaku padanya kelak.
To be continued..
*
*
*
*
*hehe, im back! sorry sebab tiba-tiba tukar jalan cerita. jalan cerita sebelum ni memeningkan sikit. so terpaksa Kim tukar yang baru. hope u gais like it!
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)