Malam itu, pelajar-pelajar mula berjalan ke arah tapak jamuan makan malam seperti yang dicadangkan petang semalam.
" Unnie, jom kita " kata Jiyoon kepada Hyuna. Hyuna masih duduk dimeja solek.
" Err, korang pergilah dulu. Kejap lagi unnie datang. Nak call seseorang kejap " tipunya.
" Ah okay " kata Jiyoon dan berjalan keluar dari bilik dengan yang lain.
Hyuna bangun dari kerusi dan berjalan ke arah pintu. Dilihatnya diluar. Nasib baik tiada orang. Hyuna mengunci pintu bilik dan berjalan ke arah begnya. Diselongkar begnya untuk mencari sesuatu. Namun tidak menjumpainya.
Tanpa dia sedari, kelibat lelaki tua yang dia jumpa haritu muncul dibelakangnya.
" Berjumpa lagi kita cik Hyuna " sapanya. Terkejut Hyuna tika itu.
" K-Kau buat apa dekat sini? " tanya Hyuna. Lelaki tua itu tergelak kecil.
" Apa kau sudah lupa? Rahsia kau sudah diketahui Hyuna " katanya mengingatkan kembali.
" A-Aku perlukan masa lagi. Tolonglah. Aku tak sedia nak tinggalkan mereka macam tu je. Bagi aku peluang.. " pinta Hyuna.
" Baiklah. Aku tidak pasti apa akan berlaku selepas ini. Kau hanya perlu berhati-hati diluar sana. Rahsia kau tidak selamat. Jika semuanya terbongkar, semuanya akan bertukar menjadi asal. Dan hajat kau sudah tidak termakbul lagi " katanya.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)