Jam loceng yang baru saja aku beli seminggu yang lalu jatuh berkecai diatas lantai kerana tangan aku pergi tepis dari atas meja sebelah katilku. Bingkas aku bangun tatkala terdengar bunyi sesuatu yang jatuh.
" Aish, apa masalah kau ni tangan hah! Mentang-mentang lah jam tu murah, suka hati kau nak campak dia ke bawah tu " marahku sambil mencubit tanganku sendiri.
" Hyuna, Park Hyuna. Dah bangun kan. Cepat mandi dan bersiap. Unnie nak masuk kerja awal hari ini " jerit Irene dari luar bilikku.
" Baik " balasku singkat. Penyakit malas aku mula datang serta merta. Aku memandang jam diskrin telefon.
" Awal lagi. 5 minit please.. " kataku sambil menarik semula blanket ke paras dada.
" Bertuah punya budak manja! Hoi. Bangun lah Hyuna. Kamu ni nak belajar ke tak nak hah? Bangun lah " aku meringis kesakitan tatkala cubitan maut milik kakak sepupu kesayangan aku hingga diserata tubuhku.
" Ye, ye. Yun bangun lah ni unnie. Sabar lah. Tak lari pun kampus tu. Pergi awal-awal bukannya ada pakwe ke kawan ke yang tunggu " rungutku.
" Iyelah kamu. Banyak sangat alasan. Dah bangun cepat " arah Irene. Lengan aku ditariknya dan menolak aku masuk ke dalam bilik mandi.
" Jangan lama sangat. Unnie tunggu dekat bawah. Nak siapkan bekal awak pula. Cepat sikit " pesannya.
" Iye lah. Mak-mak betul lah unnie ni " kataku. Aku memulakan mandian pagi yang sejuk itu.
Selesai mandi, aku menyarungkan baju ketubuh segera. Dah lah cuaca pagi tu sejuk nak mampus. Aku memang tak suka cuaca sejuk ni.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)