Keesokkan paginya aku datang ke kampus seperti biasa.
Sesampainya aku dikelas, aku tengok, penuh atas meja aku dengan makanan. Dah siapa pulak yang letaknya.
Aku pun jalan mendekati meja aku. Macam-macam jenis makanan ada. Roti lah, biskut lah, sandwich lah apa lah. Ingat aku ni kuat makan ke apa? Siapa punya ni? Baik mengaku cepat.
" Good morning pretty~ " sapa seseorang. Aku sangat kenal dengan suara tu. Siapa lagi kalau tak bukan Zhong Chenle a.k.a Boyfriend aku yang keenam.
" Hey, good morning tu handsome~ " balasku seraya tersenyum kearahnya.
" Ini semua awak kerja awak ke? " tanyaku sambil menunjuk ke arah makanan yang masih memenuhi ruang meja aku.
" Yup. Itu semua untuk awak. Saya tak nak awak sakit-sakit lagi. Awak tu dah lah anti-body tak kuat. Dengan kurusnya. Tak kuat makannya. Haa, itu saya beli untuk awak. Tak makan, saya cubit pipi awak tu " ugutnya.
" Chenle. Saya tak laratlah nak makan semua ni. Bukannya perut saya ni besar macam tong sampah nak isi semua makanan awak ni " aku mula protes.
Chenle mendekati aku. Tangannya ditekan keatas meja hadapan aku. Wajahnya saja didekatkan dengan aku.
" I Love You~ " bisiknya perlahan. Dah lah. Pagi-pagi macam ni nak brsawit pulak kamu iya. Blushing aku sebab kau lah ni Chenle-ssi.
" Erkhem " bunyi deheman seseorang menganggu kegiatan Chenle pagi itu. Dia menoleh kearah pintu kelas. Disitu adanya seorang pelajar perempuan bersama lagi tiga orang rakannya yang lain.
" Maaf menganggu korang nak bersawit pagi-pagi macam ni. Nak masuk letak beg je " katanya. Chenle memandang ke arah lain. Begitu juga aku. Sesekali aku tersenyum kekok ke arah mereka berempat itu.
Setelah mereka pergi, Chenle mengambil tempat duduk di sebelah aku. Dia bersandar ke badan kerusi sambil menyumbat earphonenya ke telinga. Mula lah tu, nak main game dia. Lepastu aku dipalaunya berjam-jam.
" Awal? " tanyaku. Chenle memandangku lalu tersenyum.
" Semalam tidur awal. Terlepas lah nak main dengan Dreamies member. Alang-alang hari pun masih awal kan, apa salahnya " katanya. Matanya fokus betul pada telefonnya itu.
Aku melepaskan keluhan yang berat. Salah satu masalah kalau ada teman lelaki. Diabaikan sebab game. Yes, itu lagi penting.
Aku berura-ura mahu pergi. Tetapi Chenle menahan lengan aku daripada terus bangun. Aku memandangnya.
" Wae? Saya nak keluar lah " kataku. Chenle mengelengkkan kepalanya.
Aku sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri. Masih tak lepas-lepas juga. Give up aku kekadang.
" Kita jarang date berdua. Teman lah boyfriend awak ni kejap. Lepasni saya ada kelas lain nak kene masuk. Sekarang saya free. Please~ " pintanya. Chenle menujukkan wajah kesiannya.
" Okay-okay. Jangan palau saya okay. Kalau tak saya keluar je " ugutku. Chenle tersenyum.
Tangannya menggenggam telapak tangan aku dengan erat sekali. Sambil itu, tanganya bermain game. Makanan yang Chenle beri tadi aku makanan sedikit demi sedikit. Lama-lama akan habis juga kan.
Setelah 10 minit Chenle bermain gamenya itu, kedengaran suara-suara pelajar mula riuh diluar kelas.
" Chenle. Diorang dah sampai tu. Takkan nak bagi diorang tengok kita macam ni " kataku perlahan.
" Biarlah " kata Chenle.
" Eh dia. Kita dah janji takkan bagitau sapa-sapakan? So? " tanyaku.
" Okay-okay. Nanti nak pegang lagi macam tadi " katanya. Aku sekadar mengangguk. Tidak lama kemudian, muncul lah wajah-wajah pelajar kelas aku. Satu je yang nampak pelik sikit hari ini. Kemana Kim pergi erk? Takkan dia tak masuk kelas pagi ni? Mushkil juga aku. Jarang dia nak ponteng kelas ni.
Aku memusing ke belakang. Rakan semeja Kim aku sapa.
" Annyeong. Maaf ganggu. Kim tak masuk kelas pagi ni ke? " tanyaku. Pelajar itu mengelenggkan kepalanya tanda dia tidak tahu. Hurm, nama saja satu kelas satu meja. Tapi tak tahu apa-apa. Pii rahh!
Ke dia ambil cuti erk? Chenle rupanya sudah pergi. Kenapalah dia suka sangat muncul dan hilang macam hantu. Haih..
To be continued..
*
*
*
*
*halu~ awal bothol Kim bangun semata-mata nak update bab seterusnya😂
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)