Tamatnya kelas sastera pagi tadi, aku sekarang ditemani oleh teman lelaki aku yang kelima iaitu Jaemin.
Katanya ajak aku duduk date berdua dekat cafe ni. Mentang-mentang lah dia ada latihan basketball je tengahari nanti. Datang kampus pagi-pagi tadi sebab nak ajak aku date je. Sweet lah tu?
Aku memandang Jaemin yang sedang ralit dengan bukunya. Sejak bila pulak dia suka membaca? Ke aku je yang tak pernah nampak.
" Jaem- "
" Shushh, diam " pangkahnya. Lah. Nak ajak dating, tapi suruh aku diam. Ke memang macam ni cara dia ajak teman wanita dia dating sebelum ni? Pelik-pelik je perangai boyfriend aku semua tu.
Aku melepaskan keluh. Tandanya aku bosan sekarang ni. Dia asyik dengan buku dia je dari tadi. Aku nak katakan boleh repeat kali kedua dah buku aku ni semula. Dia tak habis-habis lagi. Takkan mengeja satu-satu kot.
" Lambat lagi ke habisnya? " tanyaku. Jaemin tidak memberi respond. Geram pula aku. Mulalah muncul mode nakal aku nak kacau dia.
Aku membetulkan bajuku dan berjalan ke arahnya. Aku mengambil tempat disebelah Jaemin. Jaemin tidak menghiraukan keberadaan aku disebelahnya.
" Jaemin-ah~ " panggilku manja. Dia tak respond.
" Changiya~ " panggilku lagi. Kali ini aku hampir tergelak sebab aku perasan telinga Jaemin merah bila aku panggil macam tu. Malu lah tu tapi tak nak ngaku. Takpe-takpe. Tunggu kamu.
Aku meniup telinganya perlahan-lahan. Dia menahan geli yang menyerang sekarang. Aku tergelak kecil.
" Jaemin-ah. I Love You~ " bisikku.
Jaemin memusing ke arah aku. Wajah dinginnya dipasang. Aku tersenyum manis kearahnya. Saja nak lawan muka dingin dia.
" Cakap sekali lagi " katanya dengan nada yang dingin gila. Aku menegup air liur.
" Don't be too serious honey " kataku. Aku cuba menjauhinya.
" Tak. Saya suruh awak ulang apa yang awak bisikkan tadi " katanya. Bulu roma aku seakan menaik sekarang. Jaemin punya mood mudah bertukar angin.
" I-I Love you.. " ujarku.
Serta merta aku terdorong kearahnya kerana Jaemin menarik lengan aku. Wajah kami begitu dekat sekali. Aku boleh rasa hembusan nafas dari hidungnya.
" Jangan cuba nak flirt dengan saya ye. Awak tu innocent " katanya perlahan. Terkejut lah aku. Bayangkan kalau terkiss tadi. Habislah first kiss aku kene ragut. Huwaa!
" A-Ara.. " balasku. Habis blushing muka aku.
" See? Kan dah blusing muka tu. Berani sangat tu lah " katanya.
Jaemin kembali melepaskan pegangannya. Aku kembali ke tempat duduk aku. Boleh mati awal aku gara-gara sikap terlebih romantik Jaemin. Sabar jantung sabar. Jangan mengepam laju sangat.
Jaemin dah tak baca buku dia. Kali ini telefonnya ditenung pula. Entah bermesej dengan siapa pun aku tak nak tahu.
" S-Saya nak pergi dulu lah " ujarku. Jaemin memandang aku yang sudah berdiri.
" Kemana? " tanyanya.
" K-Koperasi. Cari air..dahaga " kataku. Padahal dada aku sakit yang teramat ni. Aku memang memerlukan air sekarang untuk aku telan ubat.
" Chakkaman " katanya.
Aku memandang Jaemin yang mula bangun dari duduknya. Tubuhnya berjalan mendekati aku. Aku terundur sedikit kebelakang. Jaemin meraih pinggang aku dan dipeluknya erat sebelum dia mencantumkan bibirnya ke bibir aku.
Membulat mata aku kini. Tolong selamatkan aku dari makhluk tuhan yang seketul ni. Dia dah curi first kiss aku! Eomma, appa! Huwaaaa!!
Aku menolak bahu Jaemin setelah aku rasa tindakkannya itu sangat melulu. Dah lah curi first kiss aku. Apa, ingat makanan ke bibir aku ni suka hati je kau nak kiss bagai.
" B-Bwoya.. " kataku.
" Esok pakai lipbam jenis lain. Saya tak suka awak pakai lipbam peach ni. Nanti ada pula yang lain tergoda " katanya.
" Pervet " kataku dan berlalu meninggalkan Jaemin disitu.
Sepanjang aku berjalan ke dewan makan, mulut aku tak henti-henti merungut. Murung aku kejap. Ish lah Jaemin. Silap kau pakwe aku je. Kalau tak tadi dah lama aku kick kau sampai Canada.
" Bagi saya mineral water satu. Nak yang botol kecil je " pintaku kepada makcik koperasi tu.
To be continued..
*
*
*
*
*maaf sebab ada scene yang pervet geetwoo~ hehe. jangan marah na😘
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)