Dalam aku menangis di dalam tandas seorang diri, kedengaran bunyi announcement dari pengarah Baekhyun. Mesti pasal semalam.
Aku kalau boleh sekarang ni aku nak duduk je terperuk dalam tandas. Tak nak berhadapan dengan boyfriend Dreamies aku.
Aku tahu mereka semua sudah berjalan masuk ke dalam dewan tika ini. Aku? Aku takut nak keluar sekarang. Haechan dah kene pukulan aku. Jaemin aku berkasar. Jeno pula aku marahkannya. Siapa lagi lepasni. Aku takut..
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi girang. Menandakan ada panggilan masuk. Aku lihat namanya yang tertera itu adalah nama Renjun. Aku abaikan panggilannya.
Setelah puas berjam juga aku bazirkan air mata aku, aku gagahkan diri untuk keluar dari tandas. Aku menjengukkan kepala ke luar tandas. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Selamat tiada penghuni di tingkat bawah ni.
Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari tandas dan menuju ke kelas aku terlebih dahulu. Ada lah beberapa orang saja yang ada dalam tu. Aku meletakkan beg aku dimeja.
" Eh, Yun. Kau tak masuk dewan ke? " tanya Hara rakan semeja Kim.
" A-Aku dari dewan lah. Sampai tadi aku terus bawak beg. Lupa nak masuk kelas dulu " tipuku. Hara sebodoh itu mudah percaya.
Tanpa melengah, aku berjalan keluar dari kelas dan melangkah ke destinasi seterusnya iaitu dewan utama. Sampai dimuka pintu, jantung aku berdegup laju. Berkali-kali aku menarik dan menghembus nafas. Aku tolak pintu dewan dan masuk ke dalam.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)