Selesai sahaja sesi pembelajaran yang pertama sebentar tadi, aku kini berjalan sendirian ke kelas yang seterusnya.
Kim dan aku terpisah kerana dia mengambil kos yang lain. Masalah sekarang ni aku dah sesat entah kemana. Aku nak pergi koperasi kampus ni. Nak beli pen dengan buku nota lebih. Sebab aku baru sahaja dapat satu assignment yang pengarah Hoseok bagi pagi tadi.
Dahi aku diusap berkali-kali. Tiba-tiba rasa berdenyut. Sakit sangat. Pandangan aku sudah mula rasa bergegar.
" Ah, sakit sangat.. " rengekku.
Aku memaut pada dinding untuk menampung langkah kaki aku yang sudah terasa lemah. Dada aku usap lembut.
" Takkan time macam ni kau nak sakit bagai. Ahh.. " rintihku perlahan.
" Awak...? " sapa seseorang sambil tangannya memegang bahuku lembut. Aku menoleh ke arahnya. Tergamam aku lagi.
Aku ni dah lah ada penyakit jantung. Nak aku mati awal ke apa? Muka tu jangan handsome sangat boleh tak? Geram aku!
" S-Saya okay.. " balasku dengan suara yang lemah. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
" Tak. Awak nampak lemah sangat ni. Jom saya hantar ke bilik rawatan. Mungkin awak perlukan apa-apa disana " katanya.
Lengan aku kekar memeluk lehernya. Wajahnya begitu dekat dengan sisi wajahku. Muka yang mula memerah itu aku halakan ke arah lain. Dia nampak nanti, malu lah aku.
Sesampainya dimuka pintu bilik rawatan, lelaki kacak itu menekan loceng di dinding bilik tersebut berkali-kali. Sehinggalah munculnya wajah seorang gadis yang sangat aku kenali.
" Oh, Haechan-ssi. Eh, Yun unnie? " tanya Kayla. Dia kemas berpakaian seperti seorang nurse.
" Kayla? " balasku pula.
" Bagi kami masuk boleh? Dia nampak lemah semacam je tadi. Kebetulan saya lalu disitu then nampak dia " jelas lelaki bernama Haechan itu. Kayla mengangguk dan membantu Haechan membawa aku masuk ke bilik rawatan.
Tubuh aku dibaringkan diatas katil pesakit. Kayla segera mengambil alatannya untuk merawat aku. Permukaan dada aku ditekan perlahan. Sakit.
" Ah! " rengekku. Kayla terus menjauhkan tangannya dari dada aku.
" Unnie makan tak pagi tadi? " tanya Kayla.
" Unnie bawa bekal. Lepas kelas kedua ni, unnie baru makan. Tak suka makan awal-awal " kataku.
" Hurm, unnie perlu jaga kesihatan tau. Unnie muda lagi " kata Kayla mula risau dengan aku.
Andai lah kamu tahu Kayla yang saya ada penyakit jantung sejak umur belasan tahun.
" Baiklah. Unnie akan cuba jaga kesihatan unnie " ujarku sambil tersenyum.
" Jadi? " sampuk Haechan disebelah.
" Jadi apa? " tanya Kayla pula.
" Lah. Dia tak ada sakit apa-apa? " tanyanya. Kayla mengelengkan kepalanya.
" Yun unnie berada dalam baik-baik saja. Cuma tadi dia kekurangan gula dalam badannya. Sebab tu dia cepat rasa pening " terang Kayla.
" Oh. Okay lah kalau macam tu. Risau juga saya tengok Yun jalan macam orang mabuk je. Ingatkan kenapa " kata Haechan lagi.
" Alah. Beria nak risaukan orang. Risaukan diri sendiri sudah lah. Awak tu, usahakan diri nak tackle Kim unnie tu. Bukan nak harapkan orang bantu je kerjanya " bebel Kayla sambil menyimpan barang-barangnya semula. Tergelak aku melihat wajah cemberut Haechan apabila kene bebel dengan junior sendiri.
" Fine! Malas kawan Kay dah " rajuknya. Ala ala, gedik betul lah mamat ni.
" Tak payah nak menggedik disini, Lee Donghyuk-ssi. Pergi masuk kelas awak sana. Ingat Kay nak pujuk lah macam tu? Perasan " kata Kayla lagi.
" Er, maaf mencelah. Actually, korang tahu tak dimana pusat team photographer ditubuhkan? " tanyaku.
" Ah, dekat je dengan area sini. Awak straight saja, lepastu awak nampak ada kolam hiasan hujung sana tu, awak belok kiri. Haa dekat situ lah team photographer duduk. Betul-betul sebelah kelas seni " terangnya.
Segala penjelasan Haechan masuk ke telinga kiri dan keluar di telinga kanan aku. Ingat aku ni robot ke boleh tangkap semua tu? Nak lempang kang, muka tu kacak sangat. Tak sampai hati pulak.
Apabila Haechan melihat aku tanpa reaksi apa-apa terhadap tunjuk arahnya sebentar tadi, dia mengeluh seketika. Aku hanya tersengih memandangnya.
" Tak apa lah. Jom saya tunjukkan jalan nya " kata Haechan. Aku tersenyum riang dan mengikuti Haechan dari arah sisinya.
Agak-agak dekat kelas tu nanti ada tak pelajar lelaki kacak lagi? Okay, kalau ada nanti aku kene behavekan diri ni.
Eh, apalah aku ni. Orang datang nak belajar lah. Bukannya nak cari jodoh bagai! Fokus cik Hyuna, fokus!
To be continued..
*
*
*
*
*ngehehehe~ im back gais. sorry lambat update. status pun slow-update kan. mestilah slow. hehe~ enjoy it!
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)