Mata aku tercelik luas tatkala terdengar bunyi sebuah ketukan dari luar pintu bilik.
" Kejap.. " ujarku dengan suara yang serak. Dengan muka yang dimaniskan aku memandang wajah jelita milik Irene di hadapanku.
" Oh, unnie. Masuk lah " pelawaku. Irene masuk ke dalam bilikku sambil membawa beberapa fail. Irene mengikutku melabuhkan punggung diatas tilam.
" Macam mana tidur? Lena tak semalam? " tanyanya. Aku mengangguk. Fail ditangannya dihulurkan kepada aku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
" Apa ni unnie? " tanyaku.
" Bukak lah sendiri " katanya. Fail sudah bertukar tangan. Kini aku membuka fail itu.
" Czennies Universiti? " berkerut dahiku ketika membaca tulisan yang tertera diatas kertas yang dihadapan sekali.
" Esok Yun dah boleh start hadir ke kampus macam biasa. Kampus ni paling dekat dengan kawasan tempat kerja unnie. Tak ada lah unnie nak drive jauh-jauh jemput awak " katanya.
" A-Ah..esok? " tanyaku lagi. Leher yang tak tidak gatal itu aku garu.
" Iya esok. Semuanya sudah diuruskan. Esok Yun hanya masuk dan belajar macam biasa. Boleh dah start cari kawan dekat kampus tu " kata Irene lagi. Aku hanya mendiamkan diri.
Sejak aku dilahirkan, kami memang hidup berjauhan dengan penduduk. Ayah seorang business men. Eomma pula seorang penjual barang kosmetik. Aku memang dilahirkan didalam keluarga yang serba mewah. Tapi aku tak suka mereka manjakan aku dengan kemewahan. Disebabkan itu, tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan aku. Aku sunyi.
" T-Tengoklah macam mana. Yun tak minat sangat nak bercakap dengan orang ramai " kataku. Irene menepuk bahuku perlahan.
" It's okay. Take your time, dear. Pergi mandi dan ikut unnie keluar pusing-pusing bandar nak? Unnue cuti hari ini " katanya. Aku mengangguk dan Irene berlalu keluar.
Selesai mandi, aku mengenakan beberapa pakaian yang simple. Ala-ala gadis biasa. Aku tak nak orang nampak sangat aku ni keturunan anak orang kaya. Maklumlah manusia dekat dunia ni perangai macam mana kan.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟭 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 23 / 6 / 2021 END : 7 / 7 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)