BAB 17

150 12 1
                                    

Yeji p.o.v

    " Morning omma yang cantik dan appa yang hensem.." Yeji turun ke bawah dan memeluk ibu kandung dan ayah tirinya mesra. Mereka berdua tersenyum melihat yeji. Hyunjin turut ada di meja makan membuat muka tak tahu. Padahal dalam hati.. Jangan cakap. Jeles tengok appa dia dipeluk adik tirinya sedangkan dia pun nak dipeluk.

   " Amboi.. Bukan main memuji. Siap peluk-peluk ni. Ada apa-apa ke? Yeji nak kahwin dengan mamat itali ke?" Sakat sana yang baru turun dari biliknya. Lengannya dicubit yeji sedikit geram.

    " Ish unnie ni.. Mana ada. Yeji tak terpikat dengan mamat itali. Nanti susah nak suruh makan kimchi. Omma ni, yeji peluk sebab rindu. Omma tak rindu anak omma yang cantik ni ke?" Balas yeji sebelum mengambil tempat di meja makan sebelah sana. 

   " Kalau omma tak rindu, omma tak telefon setiap hari yeji sayangku.. Harini yeji start kerja kan?" Yeji hanya mengangguk mendengar soalan Puan Hwang. Dia start kerja sebagai model syarikat Hwang hari ni.

    " Yeji pergi dengan hyunjin hari ni boleh? Unnie nak jumpa tunang unnie dulu sebelum pergi. Bakal ibu mertua unnie masuk hospital. Boleh kan?" Sana bersuara ketika mereka semua menjamah sarapan hari ni. Hampir tersedak yeji dibuatnya. Dia memandang wajah sana yang serba salah sebelum ke wajah hyunjin yang macam biasa je.

   " Er.. Boleh unnie. Awak okey kan hyunjin?" Hyunjin mengangguk. Dalam hatinya meraung-raung dia nak dengar yeji memanggilnya oppa kembali macam dulu. Tapi nak buat macam mana, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya. Inilah balasannya. Terima jelah. 

    " Baguslah macam tu.. Kalau tak, susah unnie nak fikir dengan siapa yeji nak pergi. Omma dengan appa nak dating berdua hari ni.." Balas sana. Yeji tergelak kecil.

   " Omma dengan appa nak dating? Haih.. Sweet betul omma dengan appa ni. Dah tu pun masih nak dating." Akibat kata-katanya, pahanya terima satu cubitan dari Puan Hwang.

   " Excuse me. Omma dengan appa masih muda okey. Umur je dah lanjut. Muka masih nampak muda.." Kata Puan Hwang. Meriah meja makan itu dengan gelak tawa Tuan Hwang, yeji, sana dan Puan hwang. Tak lupa juga senyuman manis Hyunjin.

------

Choi cafe,

Yena p.o.v

   " Choi yena, jawablah whatssapp dalam phone tu. Sakit telinga unnie dengar mesej dari tadi. Kesian kawan-kawan kamu  tu nak bercakap dengan kawan yang baru balik dari overseas." Bebel jihyo. Dengan malas yena mengikut kata-kata kakaknya. Telefon dicapai sebelum dia membuka aplikasi whatssapp. Ada banyak mesej dari group kelas 4-1.

Kelas Paling riang ria, 4-1!

Loona Heejin: Guys! Jom buat reunion! Itzy dah balik tanah korea.
X1 Yohan: Kau biar betul heejin.. Kenapa kitaorang tak tahu..
The boyz Eric: Sebab diaorang tak bagitahu kau. Bagus kan lawak aku.
Loona Haseul: Ha.Ha.Ha. Hambar gila lawak kau Son Youngjae.
The boyz Eric: Jangan sebut nama panjang aku Jo Haseul.
Itzy Eunbi: Dahlah tu korang. Sama je macam dulu. Jumpa je gaduh.. Tak habis-habis.
X1 Junho: Tak berubah. Oh, hai Eunbi! Kau sihat?
Itzy Eunbi: Taklah. Dah nak mati ni..
X1 Minhee: Perangai anda sangat mulia Cik Eunbi..
Itzy Eunbi: Of coz.. Inikan Kwon eunbi..
The boyz hyunjae: Dah tu. Kalau layan, sampai esok tak habis. Bila nak buat reunion heejin?
Loona Heejin: Tak tahu. Ikut koranglah..
Loona Vivi: Dua hari lagi boleh ke? Malam untuk dia hari lagi tu. Perempuan perlu cari baju lagi dan banyak lagi benda. Tak cukup masa nanti.
The boyz Hwall: Boleh kot dua hari lagi. Gidle ikut ke?
X1 Hangyul: Entah. Woi, Gidle korang ikut ke reunion kitaorang ni?
Gidle Miyeon: Dua hari lagi? Boleh kot.. Kitaorang balik esok.
Itzy Ryujin: Cun. Nanti aku jemput korang kat airport dengan itzy dan loona lain eh?
Gidle Minnie: Tak payah Shin ryujin. Nanti kau bawa van jenazah. Bukan tak tahu perangai kau.
Itzy Ryujin: Kau sangat memahami aku minnie. Tapi aku tak bawa van jenazah je. Bawa keranda sekali.
The boyz Q: Sila ambil anak kamu ni eunbi..
Itzy Eunbi: Siapa tu? Tak kenallah..
Loona Kim Lip: Bagus ketua macam ni.. Sangat patut dicontohi.
Loona Jinsoul: Lupa sekejap. Encik Jacob yang sangat disayangi, sebagai ketua kelas, sila cari untuk tempat runion kita eh..
Itzy Yuna: Dalam longkang pun boleh kan?
The Boyz Juyeon: Jangan melampau yuna.. Kau seorang je runion dalam longkang nanti.
Itzy Yuna: Gurau bro. Jangan sentap sangat..
The boyz Kevin: Jangan bagi dia sentap yuna. Dia tengah frust Haseul ta nak dating hari ni.
Loona Haesul: Untuk kali ke sepuluh, saya sangat sibuk hari ni Encik Lee Juyeon.
The boyz Juyeon: Tahu.. Sorry..
The boyz Jacob: Dan untuk kali ke sepuluh, jangan jadikan group ni group percintaan loona dan the boyz atau stray kids dengan itzy okey?
Itzy Lia: Ryu, nampaknya ada orang rindu penumbuk kau lah..
Itzy Wonyoung: Setuju. Ketua kelas nampak sangat merinduinya.
X1 Eunsang: Hargai orang single di sini..
Stray kids seungmin: Korang nak spam ke apa ni? Penuh mesej dalam group ni je tahu. Lag phone aku..
X1 Dongpyo: Lah.. Hidup lagi kau ni. Ingat dah takde. Maklumlah, mesej aku tak baca sampai sekarang ni. Ingat dah masuk 6 kaki bawah tanah.
Stray kids seungmin: Sorrylah dongpyo. Sibuk kerja lah..
Gidle yuqi: Jauhnya tajuk melancong. Kat mana runion kita ni?
The boyz Jacob: Nanti aku hantar location esok. Nak cari dulu.
Gidle Yuqi: Okey bos.

4-1 Girls's group

Itzy wonyoung: Yuqi, apa kata kau bawa boyfriend kau ke reunion kita?
Loona Yves: Haahlah.. Teringin nak jumpa. Shuhua kata boyfriend kau hensem.
Gidle Yuqi: Entahlah.. Aku tak tahu dia nak ikut aku ke tak balik korea ni..
Itzy Yeji: Siapa nama dia? Lucas kan?
Gidle soojin: Haah. Budak yang selalu gaduh dengan yuqi.
Loona Hyunjin: Mula-mula benci, gaduh.. Sekarang saling menyayangi. So sweet..
Loona Choerry: Haahlah.. Macam vivi dengan sangyeon.
Loona Vivi: Macam ada orang mention nama aku. Siapa eh?
Itzy yena: Hehehe. Aku suka kisah macam ni. Entah macam mana vivi dengan sangyeon yang tak pernah berdamai tu boleh jadi couple sekarang ni.
Loona Chuu: Bukan setakat couple wei.. Dah nak tunang tak lama lagi.
Gidle soyeon: Jangan lupa jemput vivi..
Loona vivi: Of coz aku jemput dengan syarat korang kena datang dengan boyfriend korang.
Itzy Chaeryeong: OMG! Mamat itali mana kitaorang nak culik ni?
Loona Gowon: Culik je stray kids. Diaorang rela diculik.
Itzy Ryujin: Aku rasa macam nak gigit-gigit je kau gowon. Geram gila..
Loona Gowon: Joke okey. Jangan ambil hati.
Itzy Yena: Jangan risau. Kitaorang kenal kau gowon. Takkan ambil hati punyalah..

     " Yena, tolong unnie kejap. Banyak customer ni.. Cepat!" Suara jihyo membuatkan yena pantas menyimpan telefonnya. Dia memengambil menu dan buku catatan untuk menolong kakaknya yang kesibukan. Banyak kerja dibuat sehingga dia lupa tentang reunion mereka. Haraplah dia ingat semula sebelum malam reunion.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now