* bayangkan yena, eunbi dan wonyoung ahli itzy*
" bila kau nak putus dengan eunbi tu chan?" Suara seorang lelaki menerpa masuk ke dalam telinga eunbi yang baru hendak membuka pintu rooftop itu. Macam suara han. Tapi, kenapa chan nak putus dengan aku? Dia permainkan aku ke selama ni?
" Hari ni juga.. Aku bukannya nak sangat couple dengan dia. Kalau bukan korang yang main truth and dare dengan aku, tak ingin aku nak couple dengan budak tu.." suara sinis chan membuatkan eunbi nak meletup. Dia pantas membuka pintu rooftop itu. Chan nampak terkejut memandang muka eunbi. Namun, dia relak je..
" hai, eunbi. Kenapa tak cakap nak datang? " tanya chan selamba. Dia fikir yang eunbi tak dengar perbualannya dengan stray kids. Eunbi pula mengukir senyuman sinis.
" Hai chan.. takde apa. Bukan apa, kalau saya bagitau takde lah saya dengar penipuan awak kan?" Balas eunbi. Chan yang mendengar terus bangun dari duduknya. Dia memandang eunbi serba salah. Baru sahaja chan nak buka mulut, eunbi terus mencelah,
" ops.. awak tak perlu cakap apa-apa. Saya tau diri saya chan. Saya tak layak untuk awak. Awak anak orang ternama. Saya ni cuma anak yatim yang duduk dengan kakak yang bekerja sebagai jurujual 7eleven. Bukan sesiapa yang layak berdampingan dengan awak. OH ye.. saya tau siapa yang layak dengan awak.. jinsoul dari loona tu. Dia anak orang kaya. OKlah, banyak pula saya bebel kat sini. Take this ring back and bye bye. See you at the heaven kalau masuk. Kalau tak, ini mungkin kali terakhir kita bertemu. Bye bye..." Eunbi meninggalkan rooftop tanpa melengahkan masa. Baik dia menenagkan diri dari menghadap bang chan yang idiot tu..
Wonyoung p.o.v
" awak kata ini cuma permainan, i.n?" Wonyoung berdiri kaku di hadapan i.n. Lelaki yang selalu menjaganya dari lelaki lain itu cuma memandangnya sinis. Dia mengukir senyuman sinis. Dia mengangguk.
" yes, wonyoung. Awak bukan sesiapa yang layak berdamping dengans saya. You just a little human. Awak tau siapa saya, saya ni anak orang ternama tau.. awak tu cuma orang miskin yang cantik. Tu kakak awak tu cuma bekerja sebagai cleaner sekolah tau.. Awak tak malu?" Kata i.n sinis. Air mata wonyoung akhirnya mengalir. Bukan sebab i.n minta putus, tapi sebab i.n kutuk kakak kesayangannya yang menjaga dia dari kecil.
" I.n, saya rasa kerja kakak saya lagi mulia dari kerja parents awak yang mungkin makan gaji buta atau terima rasuah tu. Sekurang-kurangnya kakak saya tak pernah masuk mahkamah I.n. Awak? Ibu dengan bapa awak bercerai masuk mahkamah tau.." Perli wonyoung pula. Muka i.n bertukar keruh. Dia tak fikir wonyoung mampu kata sampai macam tu sekali.
" apa awak nak cakap lagi, i.n. Selama ini awak cuma kenal wonyoung yang baik, berbudi bahasa lah sangat dan pelbagai lagi. Kali ni lain i.n. Awak tau lepas je awak cakap ni cuma permainan, wonyoung tadi kena heart attack dan terus lahir wonyoung baru. So, byebye.. Have a nice day!" Wonyoung terus meninggalkan i.n yang terpaku. Siap flip hair lagi.. Ganas gila..
Lia p.o.v
" kau nak bawa aku ke mana ni, yeji? Aku nak rehatlah.. Penat kau tau tak.." lia membebel ketika yeji menarik dia ke sebuah tempat. Memang lah malas nak ikut, tapi bila yeji kata penting, terus hati dia berubah.
" kau nampak tu?" Tanya yeji menunjuk ke satu tempat. Hampir terbeliak mata lia memandang ke arah itu. Chuu? Apa si kecik tu buat sambil pegang tangan lee know aku? Lia masuk ke dalam semak di belakang chuu dan lee know.
" jadi, sebenarnya lee know dengan lia takde hubungan apa-apa? Kenapa tak cakap? Chuu hampir putus harapan tau..." Kata chuu. LIa dengan yeji yang mendengar hampir termuntah. Nasib boleh tahan lagi.
" tak guna kau lee know! Kau tunggu! Siap kau nanti!" Lia mengambil telefon dan mendail nombor lee know. Lee know pantas menjawab panggilan lia.
" hai, awak.. awak kat mana tu?" lia berkata dengan nada perlahan. Gila nak kuat.. Terbongkar rahsia dia menghedap chuu dengan lee know nanti.
" kat dorm ni.. Awak kat mana?" Tanya lee know semula dengan nada manja. Lia hampir je nak layangkan penumbuknya. Dasar penipu tak guna!
" saya tengah tengok boyfriend saya curang. Best tau! seronok sangat! By the way, lee minho, Awak dalam dorm stray kids atau dalam dorm loona? Pelik pula tengok awak dengan chuu.." Lee know menelan air liur. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk mencari lia namun tak nampak kelibat lia. Memanglah sebab lia kat dalam semak belakang dia.
" Lia, awak kat mana?" Tanya lee know. Lia mendengar dan tersenyum sinis. Tau pula takut. Nak curang dengan main-main kan aku tak takut pula?
" tak perlu tau!" Kata lia dengan tegas. Dia terus menghabiskan panggilan. Matanya memandang lee know yang terkejut apabila panggilan dimatikan.
" chuu, sorry.. tapi, saya kena pergi sekarang. Ada urusan." Lee know terus meninggalakan chuu. Lia dan yeji terus mendekati chuu. Senyuman bangga terukir di bibir yeji.
" thank you, Chuu... Nanti aku belanja kau aiskrim 50 sen eh.." Kata yeji. Ini memang dah dirancang oleh yeji dan chuu kerana mereka nak lia tau kebenaran siapa lee know sebenarnya.
" Aiskrim je? Tak perlu la beb.. Kau simpan je duit tu.. Belanja lia ni makan aiskrim utk tenangkan diri dia.. Aku pergi dulu eh.." Chuu terus pergi dari situ dan melambai lia dan yeji. Yeji kemudian mengajak lia pergi ke cafe kakak yena. Itzy perlu berbincang sesuatu.
Di cafe choi,
" maksudnya bukan seorang je yang permainkan kita, tapi semua mereka? are you serius?" Ha.. kan dah keluar bahasa inggeris wonyoung. Tu lah akibat kalau tertekan sangat. Yuna di depannya menganggukkan kepala tanda betul.
" oh my god! All of them is a stupid man! Yah! Yena pergi pinjam pisau dari dapur.. Aku nak bunuh seorang-seorang!" Ryujin pula mengamuk. Nasib baik mereka berada di tingkat atas di mana tingkat itu ialah bahagian rumah yena dan kakaknya, jihyo. Jadi, takde orang dengar. Kalua tak, agaknya ryujin sekarang ni kat lokap kot.
" relak sis.. Ada ubi ada batas, hari esok kita balas!" Jerit yena pula. Chaeryeong menggelengkan kepala.
" sedih ssaem tiffany kalau dengar pantun tak jadi kau tu, yena..." Kata Eunbi untuk menceriakan suasana. Dan berjaya akhirnya kerana semua tergelak mendengar ayat eunbi itu.
" Aku tak puas hati! Kita kena balas dendam atas apa yang terjadi. Ada idea?" Yuna membaling bantal ke lia. Ingat dia dah ada rancangan, sekali dia tanya orang lain rancangan.
" ala.. relaklah. Aku dah ada plan lah.. Plan bagus punya! Korang mesti suka! Sini sikit, aku nak bisik. Kang kakak kau dengar mampus kita." Mereka duduk rapat-rapat. Lia membisiskkan sesuatu dan mereka bersetuju.
" ini anak dara ni semua tak nak balik ke? Dah pukul berapa ni? kang kakak-kakak kamu telefon cakap adik dia hilang macam mana?" Jihyo tiba-tiba muncul. Nasib dia tak muncul masa lia baru nak cakap. Mereka pun mengambil barang masing-masing dan balik ke rumah kecuali yuna yang kakaknya ada kursus. Dia tumpang tidur kat rumah yena sebab takut nak duduk rumah seorang diri.

YOU ARE READING
STORY THAT WON'T END
RandomCINTA? BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI. BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA. NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...