BAB 26

105 7 0
                                    

Ryujin p.o.v

      Air yang diminum sebentar tadi tersembur dari mulut Ryujin sebaik sahaja dia melihat berita di skrin telefonnya. Wah... Unnie ni biar betul? Aish. Tak boleh jadi dia kena telefon juga Eunbi sekarang juga. 

      " Ish... Kenapa dia tak angkat telefon dia? Nak elak ke apa? Takpe unnie. Ryu datang rumah Unnie sekarang juga." Ryujin meninggalkan pejabatnya. Sempat berpesan pada PA nya bahawa dia ambil Emergency leave petang itu. Pantas kereta milik Ryujin memecut ke rumah Eunbi yang agak jauh dari Shin Company.

      " Unnie ni buat hal betullah... Baru masuk dunia hiburan Korea dah ada rumor dia akan tamatkan masa bujang dia? What the heck unnie??" Gumam Ryujin perlahan di dalam keretanya. Kereta  itu dipandu sehinggalah dia tiba di sebuah rumah mewah di kawasan Perumahan Elit. Inilah Rumah Eunbi selepas lama dia bekerja di Australia. Nayeon duduk serumah dengan Eunbi.

     " Eh, Ryu? Nak jumpa Eunbi ke? Masuklah.. Dia tak berapa sihat hari ni. Ada kat bilik tengah rehat." Kata Nayeon lembut ketika dia membukakan pintu untuk Ryujin. Ryujin sedikit terpaku. Wah... Cantiknya rumah Eunbi dengan Nayeon ni.. Kemas dan teratur je semua barang. Semua design modern pula tu...

     " Pergilah jumpa dia kat bilik Ryu... Nanti Unnie bawakan air naik atas. Depan pintu bilik ada tulis nama dia." Arah Nayeon. Ryujin mengangguk perlahan. Pantas dia naik ke tingkat 2. Pintu bilik tidur Eunbi dibuka. Rakan baiknya itu sedang mencipta lagu ketika dia naik ke tingkat 2. Senyuman kekok dilontarkan kepada Ryujin.

     " Unnie mengelak dari Ryu kan? Call Ryu tak nak jawab padahal telefon kat tepi je. Kenapa?" Soal Ryujin dengan suara yang agak menyeramkan. Eunbi hanya melontarkan senyuman kekok sekali lagi.

     " Unnie tahu Ryu dah baca berita pasal Rumor Unnie akan tamatkan masa bujang unnie tu kan? Unnie malas nak terangkan kat phone. Dan Unnie tahu Ryu macam mana, jadi unnie tak jawab call. Biar kita jumpa dan unnie terangkan hari ni." Jawab Eunbi sebelum mempelawa Ryujin duduk di sampingnya. Belum sempat dia membuka mulut bercerita, tiba-tiba,

     " UNNIE! BERITA TU TAK BETUL KAN???!!!" Wonyoung pula membuka pintu secara terburu-buru. Yena dan Yuna bersama dengan ahli termuda itu. Mereka tersenyum malu melihat perangai Wonyoung yang tiba-tiba menerjah masuk ke Bilik Tidur Eunbi itu.

     " Jang Wonyoung! Malulah sikit... Tak malu betul. Duduk sini. Unnie baru nak bercerita." Tegas Suara Ryujin berkata. Kadang dia tak percaya Wonyoung ni seorang cikgu dekat sekolah lama mereka kerana perangai kanak-kanaknya. Wonyoung tersenyum malu sebelum duduk di sofa yang berada di dalam bilik Eunbi.

      " Unnie terpaksa kahwin untuk selamatkan kerja Kim Lip. Korang tahu kan yang berita hubungan Sunwoo dengan Kim Lip tu tersebar? CEO syarikat paksa Kim Lip untuk keluar dari industri hiburan kalau dia masih sayangkan Sunwoo. Kim Lip tak boleh nak buat keputusan tapi akhirnya dia pilih untuk keluar. Unnie nak selamatkan dia jadi Unnie terpaksa kahwin dengan CEO syarikat tak guna tu untuk selamatkan Kim Lip." Cerita Eunbi satu persatu. Yuna membuat muka tak faham tapi Yena, Wonyoung dan Ryujin memahami kata-kata Eunbi. Mereka tahu siapa CEO yang dimaksudkan oleh Eunbi.

     " Siapa CEO Bang Enternaiment?" Soal Yuna perlahan. Eunbi, Ryujin, Yena dan Wonyoung memandangnya dengan muka terkejut. Seriuslah budak ni tak tahu siapa CEO enternaiment terkenal tu? Dia ni datang dari planet mana?

     " Christopher Bang Chan." Jawab Eunbi sebelum tersenyum paksa. Yuna terkejut sebelum mengangguk faham. Suasana mereka di situ senyap seketika sebelum bunyi ketukan pintu kedengerana. Nayeon masuk membawa air untuk tetamu yang datang ke rumahnya dan Rumah Eunbi.

     " Unnie, kan Yen dah kata tak payah susah-susah buat air.. Kitaorang datang nak singgah kejap je..." Yena berkata sambil menolong Nayeon mengangkat dulang air itu. Nayeon tersenyum dan menggeleng perlahan.

STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now