CINTA?
BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI.
BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA.
NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ryujin p.o.v
" Unnie!" Ryujin menjerit kecil apabila tzuyu mencubit pahanya perlahan. Tzuyu mengisyaratkan dia untuk senyum. Mana taknya, muka dia masam gila hari ni. Felix memandang dia beradik di depannya ketika itu sebelum ke San di sebelahnya. Rasanya mungkin ryujin dah tahu mereka berdua ada rahsia yang disembunyikan.
" Ehem. Jadi ni dokumennya Cik Shin." Kata Felix menghulurkan dokumen di tangannya kepada ryujin. Itu pun selepas tzuyu mengarahkan supaya menyerahkan pada CEO sebenar Shin Company. Ryujin mencapai dokumen itu dan membacanya sambil lewa. Sekali lagi pahanya menerima cubitan ketam dari tzuyu. Ryujin mendengus dan mendantadangi dokumen itu.
" Jadi, sampai sini je mesyuarat Shin Company dengan FX Company. Nanti esok CEO sendiri akan turun padang tengok macam mana pembinaan bangunan tu. Terima kasih." Kata Tzuyu. Ryujin terlebih dahulu keluar. Menyampah duduk dalam bilik tu lama-lama.
" Ryu kenapa? Tak elok buat macam tu tau.. Dahlah kita datang sini. Ni tempat diaorang.." Kata Tzuyu ketika mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif FX Company untuk ke tingkat bawah bangunan itu.
" Menyampah tengok dua orang lelaki tu. Fake betul. Unnie tak tahu apa yang jadi." Balas Ryujin. Dia berjalan ke keretanya terlebih dahulu meninggalkan tzuyu yang terpaku. Tzuyu mencebik perlahan.
" Ish.. Adik aku ni memanglah.. Suka sangat ikutkan hati dia. Nasib dapat adik macam tu.." Keluh Tzuyu sebelum mengikut ryujin. Hari ni dia sepatutnya tak mengikut adiknya, namun kerana PA ryujin ada sedikit urusan, terpaksa dia menjadi PA sementara adik kesayangannya itu. Ryujin susah nak uruskan dokumen tanpa PA nya. Maklumlah, kat Itali dulu dia yang jadi PA. Bukan CEO.
" Unnie nak balik Shin Company dulu atau nak pergi mana-mana dulu?" Soal Ryujin memandu keluar dari tempat parkir kenderaan pekerja FX Company.
" Adik, lunch time. Pergi singgah mana-mana kedai, kita makan dululah.. Lepas tu baru hantar unnie balik rumah." Arah Tzuyu. Ryujin mengangguk. Dia tengah berfikir kat mana mereka boleh pergi makan.
" Kalau macam tu, makan kat kedai Mingyu oppa jelah.. Tak payah menyusahkan ryu nak hantar unnie balik lepas tu balik company semula.." Kata Ryujin. Dia mengaduh sakit apabila lengannya menerima cubitan ketam lagi dari tzuyu. Tabahlah ryujin.. Nasib dapat kakak suka mencubit.