CINTA?
BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI.
BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA.
NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Minho tersenyum kecil melihat Lia yang baru sahaj muncul di tepi sungai itu. Dia mencari seseorang sebelum tersedar minho memandangnya. Perlahan kakinya berjalan ke arah Minho dan dua anaknya yang sedang lepak di atas sebuah tikar.
" Cikgu Lia!" Suho dan Minji teruja melihat cikgu mereka dan berlari untuk mendapatkannya. Lia tersenyum dan memeluk dua anak muridnya itu. Mereka berbual seketika sebelum minji dan suho menarik Lia ke arah Minho. Lia membuka kasutnya perlahan dan duduk berhadapan dengan Minho. Minji duduk di sebelah ayahnya dan Suho duduk di sebelah Lia.
" Jadi cukuplah family kita untuk piknik hari ni.." Ucap Minho perlahan. Lia menjulingkan mata menyampah mendengar kata-kata lelaki itu. Sumpah. Kalau bukan sebab Suho dan Minji, memang tak nak lagi dia bertegur sapa dengan lelaki ni. Satu tin air diambil dan dibuka sebelum airnya diminum dengan perlahan.
" Haah.. Ni first time minji dengan suho jumpa kekasih appa.. Macam mana Cikgu Lia boleh jatuh cinta dengan lelaki lain dan tinggalkan appa?" Tersembur air dalam mulut Lia mendengar soalan yang dilontarkan minji. Cepat-cepat dia seluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping wang dan menyerahkan pada Suho.
" Suho dengan Minji belikan aiskrim boleh? Cikgu nak aiskrim coklat tau!" Suho berlari dengan duit di tangan diikuti oleh Minji dari belakang. Lia meletakkan tin air di bawah dan menatap minho kegeraman. Boleh tak dia bunuh lelaki di depannya sekarang ni?
" Apa kau ceritakan kat diorang berdua? Kita putus sebab aku jumpa lelaki lain dan tinggalkan kau? Dasar manusia tak guna! Kenapa kau reka cerita dekat anak-anak kau hah? Jelas dan nyata aku hanya bet kau dengan stray kids. Kenapa kau nak menipu lagi?" Lia betul-betul marah kali ini. Sebelum ni, masa dia tahu mereka hanya bet stray kids dia masih boleh tahan. Kali ni memang dia tak tahan lagi.
" Saja.. Aku ingat diaorang tak percaya.. Percaya rupanya.." Balas Minho selamba. Lia geram memandang lelaki itu sehingga tangannya digunakan untuk memukul bahu lelaki itu dengan sangat kuat.
" Baik kau bagitahu diaorang kebenarannya minho! Aku bencikan kau! Dan aku takkan kahwin dengan kau walaupun minji dan suho merayu sekalipun..." Balas Lia pula. Minho tergelak sinis. Dia ke depan dan mukanya sengaja didekatkan dengan Lia.
" Are you sure about that Jisu? Kalau kau bencikan aku dan tak pernah sayangkan aku lagi, kau akan stay kat sini sebab kau mungkin akan jumpa lelaki lain dan buat aku menyesal tinggalkan kau. Kenapa kau pindah?" Soal Minho lembut. Muka dia dan Muka Lia sangat dekat sekarang ni. Jantung Lia berdegup dengan sangat kencang. Takut Minho buat entah apa-apa kat dia.
" Aku ikut Eun unnie masa tu. Kau tahu kan kitaorang ada prinsip yang mengatakan kitaorang takkan boleh terpisah? Kalau ye pun aku tak bencikan kau, kau nak buat apa?" Suara Lia bergetar. Minho tersenyum sinis lagi dan menjauhkan mukanya dan muka Lia. Dia mengeluarkan bekas sandwhiches dari dalam bakul piknik.