BAB 12

189 19 0
                                    

Itzy p.o.v

   " Dah minta kebenaran lah yeji?" Tanya eunbi perlahan. Yeji mengangguk sambil mengeluarkan sesuatu dari begnya. Ryujin yang pengsan tadi pun dah bangun walaupun muka masih pucat. Mereka kena turun jauh sikit dari tempat perhentian mereka untuk cari pokok yang mereka tanam 'benda' itu. Dan pastikan takde sesiapa yang ikut.

   " Dah. Tapi, ssaem kata kena hati-hati. Jangan salah cari pokok pula.." Balas yeji. Wonyoung dan yuna disuruh memerhatikan keadaan persekitaran. Pastikan semua sibuk.

  " Line clear sikit. Gidle dengan loona sibuk ambil gambar. The boyz dengan X1 sibuk berendam dalam sungai. Stray kids.. Tengah lepak dekat dengan sungai. Ada yang tidur tapi kebanyakan berbual. Harap diaorang tak sedar kita nak ke sana..

   " Okey. Jom. Tapi hati-hati tau.." Pesanan yena melekat dalam kepala. Eunbi dengan yeji pergi dahulu dan diikuti dengan ryujin, yena, lia dan chaeryeong. Yuna dan wonyoung akhir sekali. Dan takde sesiapa sedar kehilangan diaorang kecuali....

Stray kids p.o.v

   " Hyung, aku peliklah.." Hyunjin duduk di sebelah chan yang sibuk memerhati itzy yang macam buat rancangan nak membunuh je. Yeji keluarkan sesuatu dari begnya dan nyorokkan dalam bajunya. Apa agaknya benda tu?

   " Apahal? Pasal itzy tu ke?" Chan dan hyunjin memandang serantak ke arah itzy. Yuna dan wonyoung baru dekat dengan diaorang dan cakap sesuatu. Yeji bercakap lagi dan mereka mengangguk. Akhir sekali yena bercakap dan mereka turun dari situ.

   " Nak ikut?" Chan menyoal. Hyunjin mengangkat bahu. Dia memandang ahli yang lain. Han dan felix mengangguk. I.n dah tidur. Seungmin merenung ke pokok sampai tembus. Changbin dengan minho berbual berdua.

  " Jom. Kita follow.." Kata chan dan berdiri. Stray kids memandangnya sambil bangun. Stray kids ni dah tak sayang nyawa lagi..

-----

Itzy p.o.v

   " Sungguh babilah kau. Kenapa kau tanam 'benda' tu dalam betul? Kalau dah reput, kau aku tanam dalam ni.." Ryujin mengeluh sebelum eunbi menepuk bahunya.

  " Mulut tu shin ryujin.." Kata eunbi tegas. Ryujin menepuk mulutnya sendiri. Dia sambung menggali sehingga dia terjumpa sesuatu benda keras. Senyuman terukir di bibirnya apabila ternampak sebuah kotak.

   " Yes. Dah jumpa. Nah maknae.. Kau punya Shin yuna dan kim seungmin." Wonyoung terpinga-pinga. Dia pun maknae. Ryujin ni suka sangat buat macam ni.. Wonyoung dengan yuna disamakan jadi maknae.

   " Real maknae punya. Jang wonyoung dan yang jeongin." Ryujin menghulurkan kotak itu dengan senyuman lebar. Wonyoung tersenyum juga dan menyambut kotak itu. Atas kotak yang tertulis nama nya dengan nama i.n disapu perlahan.

   " Nah. Choi yena dan seo changbin. Han jisung dan lee chaeyeon. Shin ryujin dan lee felix. Eh, ni aku punya..." Ryujin tergelak sendirian melihat perangainya. Yeji dan eunbi menggeleng-gelengkan kepala mereka. Lia masih senyap.

     " Okey. Choi jisu dan lee minho. Hwang yeji dan hwang hyunjin and the lastest, kwon eunbi dan bang chan." Tuan punya kotak itu tersenyum mendapat barang masing-masing. Ryujin menanam semual segala tanah yang dikorek sebelum bangun bersama kotak nya. Mereka menaiki ke tempat perhentian semula.

   " Let's go girl!" Mereka semua tersneyum dan menuju ke sungai itu semula.

Stray kids p.o.v

   " Wei, cepat! Diaorang nak naik balik!" Seungmin menolak badan chan. Tak sempat nak tengok apa benda diaorang buat, ni dah sampai balik. Kelam kabut semua ke tempat mereka semula dan buat bodoh. Itzy ke tempat beg mereka dan menyimpan kotak masing-masing ke dalam kotak. Stray kids memerhati.

   " Apahal pandang-pandang? Ada hutang ke?" Lia menyoal. Dia memandang stray kids yang masih memandang mereka. 

   " Nak pandang pun salah ke? Ingat korang cantik sangat ke sampai kitaorang tak puas pandang? Cantik lagi gidle tu.." Balas Lee know. Dia perasan muka lia macam berubah apabila dia cakap macam tu. Ryujin mengusap belakang lia lembut. Nak tenangkan dia lah tu..

  " Dah tu, pandanglah sana. Sibuk je pandang orang.." Balas yena pula. Begnya di zip sebelum si itik tu berlari-lari ke arah geng loona. Sempat pula dia masuk dalam selfie chuu dengan heejin. Sampai kena lepuk dengan dua orang tu.

   " HYUNJIN!" Hyunjin mengangkat kepala apabila terdengar suara yeji namun hampa kerana yeji panggil kim hyunjin loona bukan dia.

   " Aku nak getback balik wei.. Sunyi rasa hidup ni tanpa diaorang.." Seungmin mengeluh perlahan. Han menepuk bahunya lembut.

   " Sabarlah wei.. susah nak cairkan ais yang sekarang ni dah jadi batu.." Katanya perlahan. Chan mengangguk perlahan.

Itzy p.o.v

   " Kau pahal yeji? Aku bukannya duduk sepuluh kilometer dari kau. 1 kilometer pun tak sampai, yang kau jerit macam tarzan tu kenapa?" Bebel hyunjin. Yeji tersenyum sebelum duduk di sebelah hyunjin. Senyuman diukir.

   " Saja.. Kau tu kan pekak sikit.." Balas yeji selamba. Bahunya dipukul oleh hyunjin. Haseul muncul entah dari mana dan duduk di sebelah yeji. Dia menghulurkan sebotol 100plus kepada yeji.

   " Kenyataan hyunjin. Jangan nak belasah yeji kat sini.. Karang nanti sungai yang cantik ni jadi medang peperangan hyunjin dengan itzy ft loona.."  Kata haseul selamba. Hyunjin menjeling haseul kerena mulutnya.

  " Wait. Kenapa itzy ft loona. Kenapa bukan loona vs itzy?" Tanya wonyoung. Yuna dengan yeojin sebelahnya mengangguk. Haseul tersenyum jahat sambil mengangguk-angguk.

  " Loona tak nak masuk campur. Jadi,kitaorang akan duduk tepi memerhati peperangan sambil makan popcorn. Biar itzy belasah hyunjin.." Serentak kepalanya dipukul oleh eunbi dan vivi dari belakang.

  " Dasar takde semangat setiakawan betul.." Dia tergelak besar menyebabkan yang lain pun sama tergelak. Mereka tergelak sehingga satu suara menyapa,

   " Sewel betul gelak macam tu.. Mesti lari dari hospital sakit mental.." Mereka menjeling  miyeon dan soyeon yang berada di situ tajam. Kalau tak mengganggu orang setahun tak sah, kan? Mesti kena ganggu.

   " Sibuklah nenek ni. Main jauh-jauh. kalau betul-betul aku sewel, aku tembak kau guna senapang gajah datuk aku.." Balas ryujin pula. Heejin yang bersamanya mengangguk dengan senyuman evil. Mereka serentak menjulingkan mata apabial gidle pergi dengan gaya divanya. Malas nak layan orang miring. Dahlah tak bagi salam, lepas tu main tegur je..

STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now