BAB 7

203 17 0
                                    

Author  p.o.v

   " Wonyoung, bangun.. KIta dah sampai ni.." Suara yuna mengejutkan wonyoung yang tidur lena sepanjang dalam bas. Wonyoung tepisat-pisat membuka matanya. Mukanya sembap kerana lama sangat tidur. 3 jam kot.. Dia dan yuna antara yang terakhir meninggalkan bas. Mereka berdua mengambil barang yang ditinggalkan di dalam bas sebelum keluar.

   " Baiklah murid-murid. Kita dah sampai ke destinasi kita. Untuk ke kawasan penginapan kita, kita kena lalui jalan hutan ni. Tapi, jangan risau. Akan ada petanda laluan supaya kita tak sesat. Cuma, laluan agak curam. Jadi, bantu membantulah eh.." Arahan ssaem tiffany diikuti oleh semua orang. Mereka mula dengan perlahan-lahan. Ssaem tiffany dan ssaem nickhun terlebih dahulu jalan diikuti dengan loona, x1, itzy, stray kids, gidle dan yang terakhir ialah the boyz.

    " Hati-hati yeji.. Situ curam sikit.." Hyunjin sempat bersuara. Yeji buat pekak segala badak je.. Tapi, disebabkan dia buat pekak segala badak tu lah, dia tergelincir. Cantik betul jatuh dia.. Nasib hyunjin sempat sambut. Kalau tak, mungkin ahli the boyz yang sambut dan hyunjin akan cemburu.

   " Dah cakap.. tak nak dengar.." Hyunjin menegakkan badan yeji kembali dan suruh dia berjalan dengan berhati-hati. Muka yeji kemerahan kerana adegannya diperhati oleh itzy dan stray kids. Mereka agak jauh ketinggalan. Dia pantas memeluk lengan eunbi dan berjalan bersama-sama. Malu doh..

   " Ryujin, kau okey?" Tanya felix perlahan pada ryujin yang tiba-tiba berhenti. Ryujin menggeleng perlahan. Stamina dia makin tak kuat sejak beberapa hari ni. Felix berhenti dan duduk di sebelah ryujin. Dia menghulurkan sebotol air minarel. Ryujin memandangnya sambil mengangkat kening.

   " Nah, minum sikit.. Bgai ada tenaga balik.." kata felix perlahan. Stray kids dengan itzy tak sedar pun mereka berdua jauh ketinggalan. Ryujin meneguk air minarel itu sedikit. Dia kembalikan botol itu kepada felix.

   " Kau larat tak?" Tanya felix. Ryujin tersenyum sinis. Kau risaukan aku ke felix? Sejak bila kau jadi prihatin ni?

   " Kenapa? Kalau aku tak larat, kau nak dukung ke?" Tanya ryujin sambil tergelak sinis. Felix mengangguk laju. 

   " Boleh je. Naik belakang aku.." Felix menundukkan badannya. Pantas ryujin menolak badan felix. 

   " Kau gila? Aku boleh jalanlah.." Kata ryujin namun belum sempat dia berjalan, tubuhnya terhuyung-hayang balik  dan membuatkan dia terjatuh semula.

   " Aku dah cakap kau tak larat.. Naik belakang aku. Kalau tak, aku dukung kau gaya bride style. Pilih mana kau nak.." Ugut felix. Ryujin menjeling felix sebelum dia naik ke belakang felix. Naiblah ryujin ni ringan bak kapas.

   " Aku berat ke? Sorry menyusahkan kau je.." Kata ryujin. Felix menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tergelak kecil.

   " Takdelah.. Kau ringan je.. Lebih kurang berat adik aku.. Tapi, adik aku lagi ringan lah.." Sempat lagi felix menyakat ryujin. Gelak ryujin kedengaran walaupun perlahan. Macam manalah aku nak lupakan kau felix? kalau kau asyik macam ni? Pindah sekolah pun belum tentu aku dapat lupakan kau..

------------------

    " semua dah ada kat sini? Aik? Itzy dan stray kids, mana felix dan ryujin?" tanya ssame tiffany. Barulah strayitzy sedar kehilangan dua orang ahli mereka itu. kelam kabut mencari sebelum suara felix kedengaran.

   " Sini, ssaem... Sorry lambat sikit. Ryujin ni lemah sangat.." Kata felix sebelum menurunkan ryujin. Ryujin cepat-cepat berjalan ke arah itzy dan memegang lengan lia erat. Tangannya sejuk walaupun hanya berada di belakang felix.


STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now