CINTA?
BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI.
BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA.
NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Ish.. Orang tua tu memang tak dengar cakap kan unnie? Nak aje aku sepak dia tapi bila ingat yang dia ibu kepada appa, aku terpaksa batalkan sebab hormat dia. Sibuk nak jodohkan orang. Kenapa tak dia sendiri je kahwin dengan orang tu? Habis cerita." Bebel Chaeryeong melihat neneknya bersama beberapa orang tetamu di ruang tamu. Dahlah guna rumah orang pulak tu. Punya banyak cucu yang lain, kenapa chaeryeong juga yang kena semua ni?
" Orang gila je nak kahwin dengan perempuan tua tu. Nah tolong bawa ke depan. Kalau nenek tanya mana unnie, cakap je unnie keluar dengan boyfriend." Kata chaeyoung meletakkan jag berisi air itu di depan chaeryeong. Chaeryeong mencebik namun tetap mengikut cakap chaeyoung. Jag itu diletakkan di atas dulang dan dibawa ke depan. Dulang itu juga dah tersedia beberapa buah cawan plastik. Malas nak gaya sopan sangat dia terus ke depan. Letak dulang dan bla terus. Namun belum sempat dia berlalu, nenek Lee terlebih dahulu menghalangnya.
" Lee Chaeryeong. Duduk kat sini. Bakal mak mertua kamu nak jumpa kamu." Chaeryeong menjulingkan mata ke atas. Dia mengambil tempat duduk sebelah mak ciknya dan menyilangkan kaki. Nampak sangat kebiadapannya.
" Ha. Puan Han, Tuan Han.. Inilah cucu saya. Lee Chaeryeong namanya. Ada lagi seorang tapi yang tu dah bertunang. Lee chaeyoung yang lagi seorang tu.." Beritahu Nenek Lee. Wanita dan lelaki yang bernama Tuan dan Puan Han itu mengangguk faham sebelum memandang ke arah chaeryeong yang masih dengan kaki menyilang. Pandangan keibuan Puan Han membuatkan chaeryeong rasa serba salah kerana sedikit biadap. Dia meletakkan kakinya di bawah semula.
" Chaeryeong, ni anak kami. Han jisung nama dia. Nenek kamu dah bagitahu kan yang kamu akan dijodohkan dengan dia kan?" Soal Puan Han lembut. Chaeryeong memandang Han datar. Urgh... Lelaki ni.. Apa lelaki lain kat dunia ni mati ke sampai aku kena dijodohkan dengan mamat tupai ni?
" Boleh tak kalau saya kata saya nak tolak perjodohan ni? Nampak teruk auntie tau. Marriage bussiness. Auntie tahu tak berapa ramai pasangan kat luar sana yang gagal dalam rumah tangga hanya kerana marriage bussiness ni? Dalam novel dengan dunia realiti kedua-duanya sangat berbeza. Dalam novel, pasangan yang berkahwin kerana marriage bussiness ni akan hidup bahagia selama-lamanya. Tapi realitinya tak auntie.. Semuanya akan sengsara juga akhirnya." Bebel chaeryeong di situ. Bila dia tengok Puan dengan Tuan Han, baru dia tahu ssaem yoona hanya ibu saudara han. Bukan ibu kandung. Selama ni semua orang ingat ssaem yoona ibu kandung Han.
" Ini bukan setakat marriage bussiness Chaery. Han menyukai kamu. Dia sendiri yang cadangkan perkahwinan ni.." Kata-kata Nenek Lee membuatkan Chaeryeong menjeling ke arah Han yang buat muka tak tahu itu. Dia bangun dari duduknya dan menatap keluarga Han di depannya.
" Suka hatilah nak buat apa. Tapi jangan salahkan saya kalau anak Auntie tu menangis sebab kena dera mental dengan isteri sendiri." Kata chaeryeong selamba sebelum naik ke biliknya. Malas gila nak layan. Chaeyoung di dapur tergelak melihat muka pucat nenek dan mak ciknya itu. Tulah.. Kejutkan lagi sisi lain dalam badan chaeryeong.. Terima jelah..