CINTA?
BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI.
BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA.
NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...
" UNNIE!!" Suara beberapa orang perempuan agak mengejutkan eunbi yang sedang bersiap sedia untuk comeback stage nya lagi beberapa minit. Pintu biliknya dibuka dan seperti yang dijangka 7 orang rakan baiknya menerjah masuk ke dalam biliknya gembira.
" Kitaorang bawa hadiah untuk unnie. Kejam eh unnie tak nak bagitahu dah debut. Kalau kitaorang tak tengok mcountdown mesti tak tahu.. Apa pun tahnian untuk debut unnie!" Ucap wonyoung meletakkan bekas berisi kek coklat di depan eunbi. Eunbi sebenarnya sedikit terkejut melihat rakannya ada di sini.
" Kejap.. Macam mana korang boleh masuk sini? Hanya orang yang terlibat dalam music core je yang boleh masuk sini.. Macam mana korang boleh?" Soal Eunbi kepelikan. Mereka semua tergelak kecil sambil memandang yeji.
" Yeji dapatkan pas daripada papa yeji lah.. Alah bukan selalu unnie buat comeback stage kan? Ini debut unnie.. Takkan kitaorang nak lepaskan peluang nak tengok kan? Ye tak ye kan?" Balas Yeji pula. Jambakan bunga di tangannya diletakkan di meja yang berada di dalam bilik itu.
" Unnie patut hargai tau.. Penat ryu nak minta excuse kat tzuyu unnie untuk ambil off petang tau. Tu wony tu, penat dia nyorok-nyorok escape meeting sebab nak datang sini." Kata Ryujin pula. Eunbi tergelak kecil.
" Ceh unnie tak minta pun. Korang dah tengok Kim Lip ke?" Soal Eunbi kembali. Mereka mengangguk serentak. Kim Lip dah tengok awal-awal. Dia perform lagi awal dari eunbi. Masa mereka masuk, dia dah nak balik. Sebab tu tak dapat spend time lama sikit.
" Kitaorang nak tengok performance unnie live depan mata hari ni. Tak boleh elak punyalah.. Tapi sebelum unnie katanya ada satu performance khas dari CEO Chris Enternaiment dan rakan-rakan. Tu kan enternaiment unnie.. Siapa CEO dia?" Soal Chaeryeong pula perlahan. Eunbi memandang rakan-rakannya yang masih curious.
" Chan. Bang chan. Ex boyfriend unnie merangkap ex classmate kita." Jawab eunbi selamba. Mukanya tenang tapi muka yang lain semua terkejut.
" Kalau dia perform tu? Maksudnya dia perform dengan stray kids lah kan? OH MY GOD! Patutlah hari ni hyunjin tak masuk office!" Kata Yeji pula. Seketika kemudian, eunbi dipanggil untuk bersiap sedia sementara yang lain duduk di tempat penonton. Beruntuk takde penonton. Mereka duduk di depan sekali. Melihat stray kids sedang bersiap sedia. Semua buat-buat tak nampak je dengan ex mereka
" Apa tajuk lagi ni yuna?" Soal Chaeryeong perlahan. Tersentuh mungkin dengan persembahan itu. Yuna bertanya kepada staf yang ada di sana selamba. Dia mengangguk mendengar tajuk lagu yang diberitahu staf itu.
" Ex tajuk lagu dia unnie.." Balas Yuna sebelum sambung bermain telefon. Telinga mendengar suara ahli stray kids tangan masih di telefon bersama di telefon. Yena juga bermain telefon. Lebih kepada tipu orang. Dia buat kamera melihat persembahan stray kids diam-diam. Lebih kepada changbin sebenarnya.
" Unnie nak pergi mana? Eun unnie tak buat persembahan lagi?" Soal wonyoung melihat ke arah Lia. Tanpa memandang ke belakang Lia terus pergi dari situ. Mencari tandas. Dia menghantar mesej kepada wonyoung bahawa dia mencari tandas sebelum masuk ke dalam tandas.
------
Lia p.o.v
" Kenapa kau nangis Choi Jisu? Lemah betul kau! Bertahun kat Itali kau masih tak boleh lupakan si dia tu?" Soal Lia pada dirinya sendiri melihat pantulan dirinya di depan cermin itu. Mata dah tak merah. Hidung dah tak merah. Okeylah.. Keluar. Eunbi unnie mesti dah nak buat persembahan tu. Sebaik sahaja dia membuka pintu tandas, seseorang berada di luar bilik air itu dan membuatkan dia sedikit terkejut.
" Kenapa kau kat sini? Kau bukan patutnya ada kat sana dengan kawan-kawan kau ke?" Tanya Lia perlahan. Minho tertawa sinis melihat ke arah lia. Baru lepas menangis lah tu.
" Kau pulak? Kenapa lari? Aku belum habis perform lagi Cik Lia. Kau patutnya ada kat sana dengan kawan-kawan kau tunggu persembahan eunbi." Soal Minho balik. Terdiam Lia dibuatnya.
" Apa? Tak boleh aku pergi tandas? Kau nak apa sampai tercegat dengan tandas ni? Takde kerja nak stalk tandas perempuan ke?" Soal Lia semula. Dia berjalan mendekati Lia dan tersenyum sinis memandang muka gelabah Lia.
" Minji dengan Suho. Diaorang suruh aku ajak kau piknik hujung minggu ni kat Sungai Han. Dah sebab anak-anak aku, aku tak dapatlah nak tolak ye. See you tomorow Miss Lia. Pukul 4.30 petang. Okey?" Tanpa menunggu apa-apa balasan dari Lia dia terus berlalu dari situ. Memang buat Lia nak bertukar jadi Hulk kat sini.
" Ish.. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Selalu nak memaksa. Nak aje aku carut guna bahasa haiwan kat dia. Nasih hensem kalau tak dah memang aku carut. Uish.. Eun unnie nak buat persembahan dah.. Mati kalau aku takde. Mengamuk dia nanti.." Laju Lia berlari ke pentas utama semula. Habis kalau dia lambat.
-----
" Lambatnya.. Nasib tak terlepas lagi persembahan." Tegur yeji sebaik sahaja lia mengambil tempat duduknya. Baru nak mula persembahan. Dia hanya tersenyum senget. Yena menghulurkan sesuatu untuknya.
" Minho suruh bagi Choi Jisu. Dia kata Minji anak dia suruh bagi kat mama Lia dia.." Ucap Yena tanpa memandangnya langsung. Lia mengambil bekas itu dan mengangguk. Ada kertas kecil dan tertulis di situ, ' Mama Lia jangan lupa piknik hujung minggu ni. Sayang Mama Lia. From: Lee Minji And Lee Suho.'
" Ehem.. Tak sangka Lia dah ada anak dalam diam.." Gurau Yeji pula. Lia hanya senyap. Fokus dengan persembahan eunbi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.