BAB 16

155 15 1
                                    

Rumah Lia,

Lia p.o.v

    " Aduh anak dara seorang ni.. Dah besar panjang pun masih tak boleh bangun pagi! Eh, bangunlah.." Mina menepuk kaki lia menyuruh adiknya itu bangun. Lia membuka matanya sebelum menutupnya kembali.

    " Lia masih ngantuklah unnie.. Janganlah kacau.." Rengak lia. Sekali lagi kakinya ditepuk oleh mina. Berbisa betul tepukan kakak dia. Boleh patah kaki dia kalau setiap hari macam ni. Mulutnya dimuncungkan sebelum dia duduk di katilnya.

    " Pergi mandi. Hari ni tolong kakak jaga tadika. Awak tu dah boleh jadi mak orang dah.. Pun masih malas lagi.." Bebel mina lagi sebelum mengambil tuala adiknya yang disangkut dan membalingnya kepada lia. Lia pantas menangkap sebelum masuk ke bilik air. Nak tak nak, kena ikutlah kalau dia tak ikut, berlebam paha dia kena cubit dengan mina. Kakak dia tu champion mencubit ni.. Selesai mandi, dia memilih untuk pakai baju tshirt putih bersama seluar jean biru. Terus turun ke bawah untuk sarapan. Roti bakar je? Bolehlah..

    " Jom cepat. Kejap lagi budak-budak tu dah sampai." Mina terus mengajak lia sebaik sahaja adiknya menghabiskan sekeping roti. Lia sempat meneguk susu di dalam gelas sebelum kelam kabut mengambil beg tangannya dan memasuki kereta mina untuk ke bangunan tadika.

Tadika ChoiMN,

    Pergh.. Cantik nama kakak dia je kat situ.. Yelah siapalah dia kan.. Mungkin adik angkat mina je. Rasa nak merajuk je.

    " Jangan nak merajuk. Kakak tak letak nama kamu kat situ sebab dulu kamu kata tak nak kerja dengan kakak." Bisik mina di telinga lia sambil tangannya membuka pagar tadika itu. Lia hanya mendiamkan diri. Susah betul ada kakak yang pandai bawa riak muka seseorang. 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now