CINTA?
BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI.
BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA.
NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...
" Hai Eun.. Lambat datang hari ni?" Soal Kim Lip yang sudah siap bersedia di dalam bilik latihan di CHRIS Enternaiment. Kim Lip dan Eunbi dikira sangat bertuah kerana tidak lama menjadi trainee di CHRIS Enternaiment. Kim Lip mempunyai masa 2 minggu sebelum debut manakala eunbi ada lebih kurang 3 minggu. Kedua-duanya dah siap merakam music video masing-masing.
" Haah lambat sikit. Sorrylah malam semalam lambat tidur. Nak hafal lagu dulu. Kau dah habis berlatih ke?" Soal Eunbi perlahan. Kim Lip menggelengkan kepala perlahan.
" Taklah. Baru nak start je ni. Kau pun start lah berlatih. Ini debut stage eun.. Kita kena buat yang terbaik untuk debut stage kita." Nasihat Kim Lip. Eunbi hanya mengangguk. Dia mula start berlatih ceography untuk lagu Door.
" Eun, macam mana kalau tiba-tiba debut kita cancel sebab masalah kewangan syarikat kita?" Soal Kim Lip tiba-tiba ketika mereka berdua selesai latihan pertama. Eunbi memandang rakan sekelasnya sebelum memandang ke siling bilik latihan.
" Entah. Kita dah siap buat music video. Takkanlah tiba-tiba cancel kan? Lagipun, kalau betullah cancel.. Mungkin Eun akan ikut cakap yeon unnie dan stay kat rumah dan tolong unnie buat perniagaan online dia je kot. Sampai bila eun nak terkejar-kejar untuk jadi idol kalau debut stage asyik fail je kan?" Balas Eunbi semula. Kim Lip mengangguk.
" Harap sangat tak gagal. Parents aku cakap ni peluang terkahir aku. Kalau aku masih tak jadi idol, aku akan say goddbye tu dunia industri. Aku akan sambung belajar dan jadi peguam macam omma dengan appa aku nak." Balas Kim Lip pula. Seketika sunyi ruang merek berdua sebelum seorang staf perempuan menerjah masuk bilik latihan mereka.
" Kamu berdua Kwon Eunbi dengan Kim Jung Eun kan? CEO nak jumpa kesemua artis yang akan debut solo hari ni kat meeting room." Kata staf wanita itu. Mereka berdua mengangguk dan mengikat rambut panjang mereka sebelum mencapai jaket. Hari ni sedikit sejuk juga sebenarnya.
" Eun kenal tak siapa CEO Enternaiment kita? Takde sesiapa pernah nampak dia tau. Dia sangat misteri. Orang cuma tahu syarikat ni diambil dari namanya. Itu je. Selalu dia melangkah masuk dia akan pakai topi dan mask. Sebab tu takde orang pernah nampak muka dia. Tapi ada dengar cerita, di hot tau.." Cerita Kim Lip. Mestilah dia tahu banyak gosip dalam syarikat ni. Dia jadi trainee lagi lama dari eunbi.
" Ye ke? Lagi hot dari sunwoo ke?" Eunbi menyakat rakan sekelasnya semula. Merah muka Kim Lip mendengar kata-kata eunbi.
" Ish Eun ni.. Sunwoo mestilah yang paling hensem di antara semua orang selepas appa kita.." Balas Kim Lip sebelum mencubit lengan eunbi perlahan. Suka dia menyakat orang eh.. Mereka tiba di depan bilik menyusarat. Pintu diketuk perlahan sebelum mereka melangkah masuk. Ada lebih kurang beberapa orang trainee juga yang akan debut tak lama lagi. Ada yang tinggal 1 minggu je lagi.
" Semua dah ada ye? Baiklah. Tujuan saya memanggil kamu semua adalah untuk memberitahu bahawa hanya akan ada 2 orang sahaja antara kamu semua yang akan debut untuk bulan ni." Kata CEO enternaiment itu. Kim Lip dan Eunbi kedua-duanya seperti mengenal suara itu. Suara yang accent aussie dia sangat kuat. Pantas kedua-duanya mengangkat muka. Kim Lip terkejut. Eunbi terkedu. Alamak.. Macam mana boleh mereka jadi trainee bawah rakan sekelas sendiri a.k.a Ex Boyfriend eunbi ni?
" Maksudnya hanya akan ada dua orang trainee yang akan buat debut stage dan yang lain debut stage mereka akan dicancel kan?" Soal salah seorang trainee bakal debut di situ. Chan mengangguk perlahan. Dia perasan kedua rakan sekelasnya yang turut berada di situ. Salah seorang dari mereka dah macam cacing kena air garam. Tak senang duduk.
" Ya. Kami dah berbincang dan setuju yang dua trainee yang bertuah itu ialah Kwon Eunbi dan Kim Jung Eun." Kata Chan muktamad. Kesemua orang di dalam bilik itu terkejut. Mereka memandang Kim Lip dan Eunbi serentak.
" Tapi tuan, saya tinggal hanya seminggu je untuk debut stage. Tak boleh ke tak cancel kan debut stage saya?" Soal perempuan itu. Chan menggeleng laju.
" Keputusan muktamad. Kami tak puas hati, sila kemas barang dan pindah syarikat lain. Semua boleh beredar. Eunbi dan Jungeun. Saya harapkan yang terbaik dari kamu berdua untuk debut stage." Ucap Chan. Mereka semua beredar dari situ. Banyak suara tak puas hati berkata tentang Kim Lip dan Eunbi namun mereka berdua hanya tak mempedulikan. Tiba di bilik latihan semula, kedua-duanya berpelukan mesra.
" EUN!! KITA BERJAYA DEBUT! TAK LAMA LAGI KITA AKAN NAIK STAGE UNTUK DEBUT!!" Kim Lip adalah insan paling gembira. Eunbi hanya mengangguk dan membalas pelukan Kim Lip. Sebenarnya dia masih shock nampak chan ialah CEO Chris Enternaiment.
------
Chaeryeong p.o.v
" Apa ni nenek? Mana boleh nenek buat keputusan sesuka hati? Entah dengan lelaki mana nenek nak kahwinkan chaery. Ingat chaery apa? Patung yang sesuka hati nenek nak kahwinkan?" Soal chaeyoung tak puas hati apabila adiknya dan dia diberitahu oleh nenek yang nenek mereka nak kahwinkan chaery dengan entah lelaki mana untuk projek.
" Kamu dah berani nak lawan nenek chaeng? Ini nenek kamu tau! Kamu kena dengar cakap nenek sekarang ni! Nenek tak kira. Adik kamu tetap akan kahwin dengan lelaki tu tak kira apa pun jadi." Balas Nenek Lee tanpa mempedulikan perasaan dua cucunya di situ.
" Kenapa kami kena dengar cakap nenek? Nenek ingat tak dulu masa omma dengan appa meninggal dunia sebab accident, kat mana nenek? Sebulan kami hanya dijaga oleh jiran kami sendiri. Mana nenek dan mak cik yang sepatutnya yang jaga kami. Auntie Choi kat sebelah rumah kami ni lagi baik dari nenek dengan mak cik tau. Lepas nenek tahu yang harta omma dengan appa diwariskan kat kami berdua, baru nenek dengan makcik terhegeh-hegeh nak jaga kami." Ucap Chaeryeong pula. Cukuplah dengan sisi pemaaf dan baik dia selama ni. Dia takkan berlembut lagi untuk kali ni.
" Mak cik dengan nenek buat ni semua untuk kau chaery! Kau tak nak kahwin sampai bila-bila ke?" Ucap mak cik chaeryeong dan chaeyoung. Mereka berdua tergelak sinis.
" Chaery tak kahwin ke atau nak kahwin, nenek dan makcik tak payah sibuk. Nampak pintu tu? Silakan keluar." Halau Chaeryeong selamba.
" Nenek tak kira. Keluarga lelaki tu akan datang lagi dua hari. Apa pun jadi, chaery mesti kahwin dengan lelaki tu!" Ucap Nenek Lee lagi sebelum keluar. Chaeryeong menjulingkan matanya.
" Whatever..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.