BAB 6

210 17 0
                                    

Ryujin p.o.v

   " Dengar cakap ssaem tau.. Kalau ada apa-apa.. Call unnie kamu ni. Jangan jalan tengah malam seorang diri dan pastikan sentiasa bersama itzy, okey?" Tzuyu mengusap kepala adiknya itu. 

   " Unnie, ryu dah besarlah.. Macam tak biasa.." Ryujin tergelak sambil memandang muka kakaknya yang risau itu. Memang lah risau.. Dia kan satu-satunya adik kakak. Mana tak risau.. Dahlah perempuan.

   " Ok lah.. Unnie nak pergi dulu. Jaga diri tau.." Kereta tzuyu meluncur laju pergi dari situ selepas Ryujin menyalam dan melambai tzuyu. Ryujin mengangkat begnya dan menuju ke tempat di mana kawan-kawannya menunggu.

   " Ei.. panasnya.. Bilalah boleh pergi dari sini?" Minnie merungut kuat. Dia ni pun satu merungut tak pandang kiri dan kanan. Kira bersyukurlah dia dapat duduk. Ahli itzy semua berdiri. Siap main gayut-gayut kat tiang bus stop ni..

  " Kalau kau panas sangat, kenapa pakai baju bulu-bulu tu macam nak pergi vacation? Eh, nenek.. Kita nak pergi hutan tau. Bukan nak pergi hotel 5 bintang.. Apa punya perempuan ni.." Yuna memperli. Semua orang menggelakkan minnie kecuali gidle. Maklumlah, gaya diaorang pun sama je..

   " Eh, ssaem!" Belum sempat itzy dan gidle bergaduh, ssaem tiffany muncul dulu. Bersamanya ialah ssaem nickhun, cikgu bahasa thailand. 

   " Good morning everybody.. ready for a vacation to jungle? Mmm... Gidle, kamu okey ke pakai macam ni? Saya cadangkan kamu tukarlah baju sukan dengan seluar track dari pakai macam ni.." Nasihat ssaem tiffany. Gidle mengelengkan kepala.

   " Alah.. Biar je ssaem. Kalau tak larat nanti, stray kids ada boleh angkat kan.." Kata yena perlahan. Muka dia beku je. Siap telinga disumbat earphone lagi. Fikirlah lagu apa dia dengar tu..

    " Tak nak.. Kalau itzy boleh lah juga.. Kalau diaorang perlukan pertolongan tha boyz kan ada.." Jawab changbin pula. Yena menjelingnya tajam sebelum dia fokus semula di buku yang dipegangnya.

    " Ok, stop gaduh ok.. Sekarang ni pun bas dah sampai.. Jadi, kamu boleh duduk dengan pasangan kamu. Tak kira lelaki ke perempuan asalkan duduk, ok?" Tanya ssaem tiffany. Mereka semua mengangguk dan  itzy masuk ke dalam bas dulu dan mengambil tempat di tengah. Eunbi dengan yeji, wonyoung dengan yuna. Ryujin dengan lia. Yena dengan chaeryeong.

    " Aku nak tidur...." Wonyoung menyanyi riang sebelum memakai sweater bewarna pink sebelum melelapkan mata. Yuna tersenyum sebelah.


STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now