BAB 27

62 5 0
                                    

Majlis perkahwinan Eunbi dan Chan,

Eunbi p.o.v

     " Hai Unnie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Hai Unnie... Kami datang nak menghuru-harakan majlis hari ni..." Eunbi tak berpaling memandang ke belakang mendengar suara itu. Siapa lagi selain rakan-rakannya yang berani nak menghuru harakan majlis kahwinnya hari ni? Kawan-kawannya je yang berani nak melawan si CEO Chris Company tu.

      " Eish korang ni... Kalau malu-malu sikit boleh tak? Ini takde rasa malu betul kan?" Soal Eunbi perlahan. Mereka hanya tergelak kecil sebelum masing-masing mencari tempat duduk di dalam bilik yang menempatkan Eunbi yang masih sedang dimekapkan oleh tukang mekapnya.

     " Alah Unnie ni... Macam tak biasa... Unnie nak ke kitaorang hancurkan majlis ni supaya Unnie tak payah kahwin dengan lelaki tak guna tu? Boleh je kitaorang buat..." Kata Lia perlahan. Eunbi menatapnya tajam dari pantulan cermin sehingga membuatkan gadis itu menelan air liurnya perlahan. Tajam betul pandangannya.

      " Lepas tu nak buat Nayeon Unnie kejar aku sampai ke hujung dunia? Tak payah... Nayeon Unnie dah habis banyak simpanan dia untuk majlis aku ni. Tak payah gedik-gedik nak hancurkan." Balas Eunbi pula. Memanglah dia tak nak kahwin, tapi mengenangkan pengorbanan si kakak untuk dirinya, tak sanggup pulak dia nak hancurkan majlis ni.

      " Kitaorang bagi cadangan je. Tak nak ikut sudah... This is not our life. Your life Unnie..." Kata Ryujin pula mengingatkan ahli tertua dalam gengnya itu. Beberapa minit selepas bilik itu kembali senyap, pintu diketuk dan Nayeon membuka pintu itu dari luar. Tersenyum dia memandang adiknya yang dah bersiap dan rakan-rakan adiknya yang tengah duduk santai di dalam bilik itu. 7 orang rakan adiknya. Semua tu akan jadi pengapit adiknya hari ni.

       " Eun, semua dah sedia ke? Tetamu dah tunggu kamu." Kata Nayeon mengisyaratkan sudah tiba masnaya Eunbi melangkah keluar dari bilik itu dan melangkah keluar juga dari hidupnya sebagai anak dara kepada isteri orang. 

      " Kami pergi dulu Unnie. Tunggu Unnie kat depan sana. Hati-hati berjalan. Jangan sampai terseliuh pula. Risau tengok kasut tumit tinggi tu..." Pesan Chaeryeong sebelum mereka semua pantas menuju ke pentas perkahwinan. Eunbi menghela nafas perlahan sebelum memandang ke bunga yang berada di tangannya. Ayahnya dah takde untuk iringkan dirinya di atas altar. Bertuahnya orang yang masih ada ayah....

      " Eun jalan sendiri je ke? Takde sesiapa nak bawa Eun macam seorang ayah selalu buat?" Soal Eunbi pada Nayeon. Nayeon menggelengkan kepala perlahan. Sayang mereka berdua hanya membesar dua orang bersama. Tiada sosok yang dinamakan ayah untuk kehidupan kedua-duanya.

      " Kakak tak boleh pulak nak temankan Eun... Jalan baik-baik eh. Jangan risau. Semuanya akan okey je..." Pesan Nayeon sebelum meninggalkan Eunbi seorang diri. Eunbi mengeluh perlahan sebelum memasang senyuman paling palsu yang dia boleh buat. Mereka berdua berkahwin ni dengan tertutup. Tetamu yang dijemput? Kakak kepada ahli Itzy yang lain, Itzy sendiri. Stray Kids dan ibu bapa kepada Stray Kids. Tak lupa juga semua rakan kelas mereka kecuali Gidle sebab mereka tengah berseronok bercuti di Paris sekarang ni. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now