BAB 14

194 15 0
                                    

7 tahun kemudian,

Hyunjin p.o.v

      " ENCIK HYUNJIN!" Suara p.a hyunjin, yunho mengejutkannya. Yunho menggelengkan kepalanya melihat hyunjin yang dari tadi mengelamun. Hyunjin memandang ke yunho sebelum mengangkat keningnya.

     " Tadi tuan hwang datang. Dia kata dia tunggu encik hyunjin kat bawah. Nak ajak makan tengah hari sama-sama kot.." kata yunho memberitahu sambil meletakkan sebuah fail  hitam di atas meja hyunjin.

     " Ni fail maklumat pasal model syarikat yang baru. Tuan hwang yang rekomen. Nanti encik hyunjin tengok eh.. " Pesan yunho sebelum keluar dari bilik itu. Hyunjin memandang fail itu sebelum matanya memandang keluar tingkapnya. Dia mengambil blazernya sebelum menyarungkan. Nak jumpa ayahnya di restoran kat bawah.

--------

     " Jarang appa nak jumpa hyunjin waktu ni. Kenapa rajin pulak datang sini?" Tanya hyunjin sebaik sahaja dia duduk di depan ayahnya. Tuan hwang dah siap order makanan dan air untuknya. Restoran 5 bintang tu kelihatan agak sunyi. Belum waktu makan tengah hari lagi sepatutnya.

    " Aik? Nak jumpa anak sendiri pun tak boleh ke? Kena buat appoiment ke?" Tanya tuan hwang semula. Hyunjin tergelak kecil sebelum air epal di hadapannya diminum perlahan.

   " Takdelah.. Appa jarang jumpa hyunjin waktu pejabat. Selalunya kat rumah baru bincang. Kenapa? Appa nak serahkan syarikat hwang sepenuhnya dekat hyunjin ke?" Tanya hyunjin selamba. Syarikat hwang sekarang ni dijaga oleh 3 orang. Sana noona, appa dan hyunjin. Yeji? Tak berminat katanya masa appa telefon dia dulu.

    " Anak appa yang seorang tu katanya nak balik esok. " Kata tuan hwang. Hampir tersembur air di dalam mulut hyunjin. Nasib dia dapat tahan. Anak mana pulak appa aku ni kata? Dia ada isteri lain ke?

    " Siapa appa? Berapa banyak isteri appa ada?" tanya hyunjin polos sebelum kepalanya diketuk oleh seorang wanita yang agak berumur. Ommanya atau lebih senang dikenali omma yeji dan sana. Omma tiri hyunjin.

     " Kamu ni hyunjin. Mulut tu kan.. Appa kamu maksudkan yeji nak balik Korea esok. Dah lama katanya tak jejak kan kaki kat Korea. Yelah.. Hampir 7 tahun dah dia duduk kat Itali. Tak pernah balik. Sekarang ni katanya nak kerja dengan appa je.." Balas puan hwang pulak. Hyunjin memandang appanya yang mengangkat bahu. Ingat appa datang seorang diri je.

  " Ingatkan dia tak nak balik lagi sampai bila-bila. Dah 7 tahu jenguk omma pun tak nak. " balas hyunjin pula.

   " hyunjin, 7 tahun tu jugalah dia cuba padamkan ingatan dia tentang penipuan kamu. Tapi dia gagal. Dia tak boleh lupakan apa yang kamu buat kat dia. Lagipun, yeji dan itzy dah makan cantik sekarang ni. Kejap. Omma hantar gambar terbaru mereka kat kamu." kata puan hwang sebelum memandang hyunjin dengan pandangan lembut. Mulanya dia agak marah pada anak tirinya kerana mempermainkan hati anak kandungnya. Namun, setelah diberi penjelasan, barulah dia agak tenang. Dia memang tahu yeji dan hyunjin ada hubungan lebih dari adik beradik, cuma dia takde bukti tentang hubungan itu.

     Hyunjin mengeluarkan telefonnya apabila kedengaran bunyi mesej dihantar. Dia hampir mengukir senyuman melihat kesemua gambar itu namun cepat-cepat dia cover.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
STORY THAT WON'T ENDWhere stories live. Discover now