Ateez p.o.v
" Korang gila. Kenapa korang datang sini? Macam mana kalau diaorang tahu kitaorang upah korang untuk perhatikan diaorang?" Geram chan menuturkan. Ateez di depan mereka dengan muka selamba je macam takde apa-apa yang berlaku.
" Dah orang ajak, takkan nak tolak pula? Makan free tu. Siapa tak nak?" Soal Hongjoong balik. Geram rasanya. Boleh tak campak je ateez ni ke Itali balik? Dahlah balik Korea tak cakap apa-apa. Ini ke kawan sejati? Haih. Stres betul.
" Relak lah.. Bertahun kot kitaorang jadi bodyguard tak rasmi itzy. Tak pernah ada orang tahu atau tanya tau.. Sekarang ni apa kata kita masuk balik dan buat macam biasa je? Okey?" Ajak seonghwa pula. Mereka megikut kata-kata lelaki itu dan melangkah masuk ke dalam dewan semula.
" Korang enam belas ni pergi mana? Tiba-tiba je hilang. Aku ingat dah kena nyorok dengan bunian sekolah tau." Tanya seungyeon risau. Penat cari ingatkan bunian sekolah ni memang betul-betul wujud. Nasib tak kena culik.
" Takde kitaorang kat luar. Saja nak berkenalan. Mana tahu boleh jadi kawan baik kan?" Minho menepuk bahu yunho sedikit kuat namun kelihatan mesra. Yunho menahan sakit apabila ditampar oleh minho dari belakang. Kalau tahu macam ni baik dia duduk rumah je.
" Oh.. Baguslah tu dah beramah mesra. Mana tahu kot-kot boleh jadi adik ipar ateez ke.." Sebuah cawan kertas mendarat di kepala sangyeon sebaik sahaja dia habis bercakap. Sangyeon tergelak kecil memandang yuna di belakangnya.
" Alah gurau jelah.. Cik Shin Yuna ni.. Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua." Guaru sangyeon. Dia mengajak ateez dan stray kids duduk di meja yang disediakan untuk bersama-sama makan malam hari ni.
" Jom duduk." Ajak sangyeon. Kakinya hampir menjadi mangsa sepakan yena sebab tempat yang dia suruh stray kids duduk adalah di depan itzy. Ulang balik. ITZY! Budak ni memang nak kena betullah.
" Jadi semua dah ada. Silakan ketua kelas yang disayangi untuk menyampaikan sedikit ucapan sebelum kita menjamah makanan." Kata Vivi. Jacob bangun dengan bangga sehingga mereka semua memandang dia dengan jijik.
" Hari ni adalah hari majlis reunion kita. Setelah beratahun-tahun kita tak jumpa, akhirnya kita boleh berkumpul semula di sini. Itzy, Loona, Gidle, Stray kids, The Boyz dan X1 berkumpul semula sebagai satu kelas. Kita juga ada jemputan khas yang dibawa Itzy iaitu Ateez. Wah.. hensem betul. Nasib Loona tak pergi sekali, kalau tak mahu kena putus kami.." Gurau Jacob dengan senyuman manis.
" WOI! Jangan bagi aku muntah kat sini boleh tak? Sila hormat orang single!" Minhee geram. Aduh.. Kesian diriku yang single ni. Ada couple classmate yang sangat-sangat sweet sampai bersemut. Patutlah dulu banyak semut dalam kelas.
" Alah relaklah.. Jangan risau. Adalah orang yang nak nanti. Kau hensem apa minhee. Kau hanya perlu yakin dengan diri sendiri je okey?" Nasihat Q selamba.
" Dah, dah tu. Tak habis dengan topik single mingle ni. Sambung cepat!" Arah yeji pula. palah nasib classmate yang suka bergurau ni. Diaorang mana pernah serius. Dalam kelas masa ujian pun selamba meniru.
" Okey. Relaks yeji. Kau kena tenang. Nanti karang kesian hyunjin asyik kena marah. WOI! Jangan baling high heels kau!" Jacob membalas. Yeji membesarkan mata kucingnya dengan high heels yang sedia nak dibaling ke arah jacob.
" Tanpe melengahkan masa lagi, mari kita makan! HAHAHAH!!" 25 orang perempuan kecuali jinsoul sedia nak membuka kasut untuk dijadikan makan malam untuk jacob hari ni.
" Wei.. relaklah. Korang ni ganas betullah. Dah lapar kan? Jomlah makan.." Ajak jacob sedikit ketakutan. Mereka memakai kasut mereka semula dan duduk semula di tempat masing-masing. Jinsoul tergelak kecil sebelum memberi seorang demi seorang pinggan kertas dan mangkuk kertas yang perlu digunakan.
" Siapa bawa biskut ni? Dah macam ayam goreng aku tengok. Ingat ayam, rasa biskut pula." Komen junho. Namun kemudian dia senyap melihat sudu di tangan ryujin patah dua. Tahulah dia siapa yang bawa biskut serupa ayam goreng itu.
" Eh, bentuk tak cantik. Tapi rasa dia sedap. Ada rasa bulu kucing lagi. Sedap." Muka Heejin pasrah memegang sehelai bulu kucing. Itzy tergelak. Itu mesti kerja kucing ryujin tu. Tak pun anjing milik tzuyu.
" Makan jelah. Banyak soal betul." Balas ryujin geram. Dia mengambil spaghetti sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk. Spaghetti itu dimakan dengan perlahan. Um.. Sedap. Siapa yang bawa ni memang bagus memasak. Tapi siapa? Yves ke? Tapi tadi rasanya Yves bawa Stew Ayam je.
" Siapa bawa spaghetti ni? Sedap rasa dia." Puji ryujin sambil memndang kawan-kawannya. Kunyahannya terhenti memandang felix mengangkat tangan.
" Jangan muntahkan balik ryu. Kurang ajar namanya." Ugut yeojin di sebelah ryujin. Dia hanya menahan hasrat hari nak muntah semula dan menelan spaghetti itu.
" Hehehe. Spaghetti sedap. Korang patut rasa." Biskut yang dibawa dicapai sekeping sebelum digigit sedikit. Ya Tuhan! Kenapalah aku pilih spaghetti tadi? Patut makan je nasi goreng dulu. Tapi sayanglah aku tanya tadi, dah takde selera nak makan lagi spaghetti tu. Sedap rasa dia..
" Nah. Makanlah ryu. Saya tahu kamu nak lagi." San memberikan mangkuknya yang berisi spaghetti kepada ryujin. Ryujin tersenyum dan mengangguk perlahan. Tak sedar felix memerhatikan mereka dengan geram dari depan ryujin. Cemburu lah tu.. Tulah dulu dah elok-elok couple pergi mainkan hati dia. Kenalah balik. Kalau tak, dah macam the boyz loona sekarang ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
STORY THAT WON'T END
RandomCINTA? BAGI ITZY.. CINTA ITU JAHAT. DIA MENGABURI PANDANGAN BAIK DAN MEMBUATKAN HATI BERKECAI. BAGI STRAY KIDS, CINTA ITU BAIK. MEREKA BERTEMU DENGAN GADIS YANG SEMPURNA KERANA PERKATAAN CINTA. NAMUN, LANGIT TAK SEMESTINYA CERAH. SUATU HARI, RAHSIA...