PART 1

359 11 0
                                    

Aku ialah Lily seorang gadis yang berumur 16 tahun yang tinggal di New Jersey,AS.Kehidupan aku seperti biasa dan normal  setiap hari iaitu bangun awal pagi dan bergegas untuk pergi ke sekolah menaiki bas.Di rumah, aku seorang anak yang periang dan gembira.Tambahan pula,aku adalah anak tunggal dalam keluarga.Papaku seorang chef di salah sebuah restoran terkenal di New Jersey,manakala mama yang merupakan warga korea yang bekerja sebagai doktor haiwan,tetapi tiba saja di sekolah, sifatku yang periang dan gembira berubah 360 darjah. 

7.30 pagi,di Sekolah Tinggi Edward

"Tengok siapa yang dah sampai awal harini.Dari jauh dah nampak kelibat mungkin sebab lemak yang banyak"Kata Sarah sambil tersenyum sinis kearahku. 

Aku hanya mampu bersabar dan mendiamkan diri.Sebenarnya ini bukan kali pertama Sarah mengejekku bersama temannya tetapi sudah hampir 2 tahun.Aku dibuli oleh classmateku disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.Aku cuba untuk mengurangkan makan tetapi sukar.Lagipun dari kecil berat badanku tak pernah merosot dan hanya bertambah saja. Aku membuat aduan kepada guru tentang Sarah yang selalu membuli,tetapi guru tidak pernah memarahi Sarah kerana bapanya merupakan pengetua sekolah.Akhirnya aku hanya bersabar dengan perangai Sarah yang selalu menjatuhkan maruahku.Sepanjang aku dibuli,mama dan papa tidak pernah tahu kerana aku takut mereka tidak percaya lagipun mereka pernah jumpa Sarah dan sepanjang pertemuan itu Sarah hanya berkelakuan baik  walaupun aku tahu itu hanya lakonan semata-mata.

Waktu rehat...

"Emm,nak makan apa ya harini?rasa tak lapar pula,ambil cereal sajalah."kataku dalam hati lalu menuju ke arah kantin dan mula beratur.Sampai giliranku,aku mengambil dulang dan meletakkan semangkuk cereal,air kotak berperisa coklat dan sebiji epal.Aku pun mula mencari meja kosong untuk diduduki.Tiba-tiba Ameline melambaikan tangan dan mengajakku untuk duduk bersama.Aku mula menuju kearahnya dan duduk.

"Terima kasih sebab bagi tempat duduk"kataku kepada Ameline.

"Sama-sama"balasnya.kami pun mula makan makanan yang dibeli sebentar tadi.Ameline merupakan pelajar class 4-1 dan dia adalah seorang pelajar yang bijak serta baik.Ameline saja yang nak berkawan denganku di sekolah ini.Kami banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk belajar bersama-sama.Beberapa minit kemudian, Sarah dan beberapa temannya datang kearah mejaku dan Ameline.Dia terus merampas susu kotak yang aku beli dan mula membukanya lalu minum.

"Lily,makan cereal je harini?cukup ke tu,nanti lapar dalam calss macam mana?"Kata Sarah dan mula ketawa bersama temannya.

"Aisshh,dia lagi.Kalau satu hari takde tak boleh ke.Cepat la ghaib dalam dunia aku perempuan ni."Bisik hatiku kerana geram dengan perangai Sarah yang biadap.Belum sempat aku nak membalas soalannya,Ameline tiba-tiba memanggil nama Sarah dengan tegas,

"Sarah,boleh tak satu hari tak ganggu Lily,Saya yang penat tengok hari-hari Lily kena buli dengan Sarah.Cuba la jadi baik sikit dan jangan body shaming orang lain."kata Ameline sambil memandang Sarah.Aku terkejut dengan apa yang dibuat oleh Ameline.First time Ameline meluahkan amarahnya dan memihak kepadaku.

"Ohh,sekarang dah ada yang backup ya.Okay takpe harini aku lepaskan kau,tapi akan datang siap aku kerjakan."Sarah mula membaling susu kotak yang dipegangnya ke lantai dan  keluar dari kantin.Semua orang memandang mejaku dan melihat Sarah pergi dalam keadaan marah.

Aku mengucapkan terima kasih kepada Ameline kerana menghalang Sarah yang cuba membuliku.Dia menasihatiku supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana bimbang Sarah akan buat sesuatu di luar jangkaan.Aku hanya mengangguk dan segera menghabiskan makanan tadi. Setelah siap makan,kami mula berjalan untuk balik ke kelas masing-masing kerana masa rehat hampir tamat.


RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now