PART 8

60 7 0
                                    

Beberapa minggu pun berlalu,aku pun sudah mula belajar.Hubunganku dengan Bella semakin hari semakin erat dan kami sering bersama walaupun Bella mengambil course berlainan.Pagi ini,aku dan Bella bangun awal pagi ini,kerana classku bermula jam 9.00 pagi manakala Bella pula  perlu mengikuti seminar di Seoul Meseum of Art (SEMA).Selepas 2 jam belajar,class pun tamat.Perutku berbunyi menandakan perlu di isi dengan makanan.Aku pun pergi ke kafeteria sebelum balik ke bilik.Aku membeli jajangmyeon dan air mineral lalu pergi ke kaunter untuk bayar.Aku membuka zip beg untuk mengambil wallet malangnya aku tak jumpa,aku menyeluk kocek seluar pun masih tidak menemui.Aku mula risau kerana tiada duit untuk membayar makanan.Tiba-tiba,datang seorang lelaki dan menghulurkan duit kepada pekerja di kaunter."Biar saya bayarkan".katanya kepadaku.Aku mengucapkan terima kasih dan mula mencari tempat duduk.Aku pun mula memerhatikan lelaki itu.Rupa-rupanya dia pun ingin membeli makanan dan terus beredar dari kafeteria.

3 minggu kemudian....

Aku pergi ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buku berkaitan business.Aku pun pergi ke beberapa bahagian dan secara kebetulan aku menemui lelaki yang telah membayarkan makanan.Aku ingin membayar semula duit dan mengucapkan terima kasih kerna telah menolong.Aku pun menuju ke arah lelaki itu yang sedang membaca buku di salah satu meja di perpustakaan."Hai,ingat saya lagi tak?saya Aera yang awak tolong bayarkan makanan saya tempoh hari".kataku kepadanya.Dia memandangku dan mula mengingati sesuatu."Ohh,awak rupanya,ingatkan siapa tadi.Saya Hanbin".balasnya pula.Aku menghulurkan duit kearahnya dan memberitahu yang aku ingin mengantikan semula duit yang telah dia gunakan untuk membayar makananku.Dia menolak dan memberitahu dia ikhlas untuk membayarnya.Aku pun meminta diri dan balik ke bilik semula.

Bella yang baru pulang dari seminar pun terus membersihkan diri.Bella pun keluar dari tandas dan duduk di meja belajar.Dia memakai beberapa skincare di wajah.Aku pun mula memberitahu sesuatu kepadanya."Bella,Aera nak cakap sesuatu la."Bella pun memandangku dengan muka teruja."Apa dia?macam berita baik je".balasnya."Bolehlah,gembira la juga.Aera rasa macam suka kat seseorang la.Minggu lepas,Aera nak bayar makanan kat kafeteria,tapi Aera lupa bawa wallet.Tiba-tiba ada lelaki ni datang dan bayarkan.Pastu Aera nak bayar balik duit dia haritu,tapi tak jumpa dia.Petang tadi kat perpustakaan nasib jumpa dia balik.Aera dah hulurkan duit,dia tolak pula.Jadi Aera pun balik la bilik."kataku panjang lebar.Bella pun tersenytum selepas mendengar ceritaku."Untunglah ada orang tolong bayarkan.Mungkin dia ikhlas nak belanja Aera la tu."balas Bella pula.Kami pun sambung berbual dan menceritakan hal yang berlaku sepanjang hari ini. 

Keesokkan harinya aku pergi ke kelas seperti biasa,dan berharap supaya dapat bertemu dengan Hanbin lagi kerana ingin meminta ID kakaotalknya.Selepas beberapa jam mengikuti class,akhirnya aku pun keluar dan bergerak menuju ke perpustakaan.Nasib aku baik harini kerana Hanbin sudah ada di perpustakaan dan sedang mengulang kaji.

"Hai Hanbin"kataku untuk memulakan perbualan."Hai,Aera"balas Hanbin.Aku pun mula memberanikan diri untuk meminta sesuatu"Aera nak minta sesuatu,kalau Hanbin tak kisah boleh tak nabila minta ID kakaotalk Hanbin?"Pada mulanya,Hanbin terlihat teragak-agak kerana mungkin kerana kami baru beberapa kali berjumpa,tetapi aku sudah mahu meminta IDnya.Tapi akhirnya dia bersetuju.Aku pun saling menukar ID masing-masing dan mengundurkan diri setelah mendapat ID kakaotalk miliknya.

Setelah aku mendapat ID kakoatalknya,kami pun mula chat antara satu sama lain.Sepanjang kami berbual Hanbin tidak terlalu terbuka orangnya dan jarang membuka chat.Hanbin hanya free dan mula membalas chatku hanya waktu malam dan menamatkan perbualan sekitar jam 11 malam.Aku pun tidak mahu menganggunya dan hanya chat apabila perlu.Kami pun sudah berkawan hampir 4 minggu,dan sampai sekarang aku masih belum memberitahu yang aku menyukainya. 

Tanpa pengetahuan Aera, sebenarnya Hanbin sudah mempunyai girlfriend dan mereka telah menjalinkan hubungan hampir 8 bulan.Hanbin mulanya memang berasa tidak senang ketika Aera meminta ID kakaotalknya untuk berbual kerana takut girlfriendnya salah faham .Jadi Hanbin menggunakan dua nombor telefon.Nombor telefon pertama digunakan untuk mengubungi girlfriendnya manakala yang kedua untuk berbual dengan Aera.Tetapi nombor yang digunakan untuk berbual dengan Aera jarang Hanbin gunakan dan hanya membukanya ketika malam hari.Hanbin pun berfikir yang dia perlu berterus terang kepada sebelum Aera meluahkan perasaan kepadanya.

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now