Setelah 1 tahun berlalu....
Aku,Ameline,Daniel akhirnya telah menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Edward malangnya Ameline dan Daniel perlu berpindah dan tinggalah aku seorang di New Jersey.Ameline sekeluarga perlu berpindah ke Kanada kerana ayahnya telah dinaikkan pangkat oleh syarikat manakala Daniel pula tinggal di New York kerana mendapat tawaran menjadi seorang model majalah pakaian berjenama iaitu 'Loius Vuitton'.Aku pula di rumah mula bercita-cita untuk mengurangkan berat badan.Pada mulanya aku mengeluh kerana perlu diet dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Tapi setelah beberapa minggu aku menyekat makanan manis dan mula berjogging pada setiap hari,akhirnya aku sudah terbiasa dan berat badanku semakin hari semakin berkurang.setelah 5 bulan aku melakukan rutin tersebut,berat badanku telah mencecah 48kg.Aku sangat bangga dengan perubahan drastik itu dan akan cuba untuk mengekalkan berat badan ideal yang aku perolehi.
8.00 malam...
Aku,mama dan papa makan malam bersama.Mama telah menyediakan beberapa makanan korea seperti tteokbokki,gimbap,dan jajangmyeon harini kerana sudah lama kami tidak merasainya.Kami makan bersama-sama sambil berbual.Selesai saja makan,aku menolong mama mengangkat pinggan magkuk lalu mencucinya di dapur.Setelah siap,papa dan mama memanggilku ke ruang tamu kerana mereka ingin mengatakan sesuatu hal.Aku pun berjalan menuju ke sofa lalu duduk menghadap mereka.
"Papa dengan mama ada bincang sesuatu kelmarin.Kami nak Lily sambung belajar di Seoul,tapi sebelum masuk ke universiti Lily boleh tinggal di rumah halmeoni dulu untuk biasakan diri di sana."Kata papa kepadaku."Belajar kat Seoul ?,emm macam best.Lagipun aku dah takde kawan kat sini,baik aku pun berhijrah juga."Bisik hatiku sebelum mula berbicara kepada mama dan papa. "Lily okay je kalau nak belajar di sana,bila Lily boleh pergi?" kataku dengan muka teruja."Wahh,nampak gembira anak mama ni lepas bagitahu boleh belajar di sana.Kalau Lily tak kisah 2 minggu lagi sudah boleh pergi".Kata mamaku pula."Okay,Lily dah boleh mula mengemas barang-barang untuk bawa ke sana."kataku sebelum meminta diri untuk masuk ke bilik.Aku pun mula membersihkan almari dan membuang beberapa barang yang tidak digunakan lagi untuk memudahkan kerja pada pagi esok untuk memasukkan barang ke dalam beg bagasi.
7.00 pagi....
Aku bangun dan mula bersiap kerana pagi ini aku perlu bersenam.Setelah siap memakai pakaian sukan,aku mula menuruni tangga dan mencari kelibat mama.Aku meminta izin dengan mama yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke klinik.Papa pula telah bergegas ke restoran lebih awal harini kerana hari minggu ramai pelanggan datang ke sana.Aku mula memanaskan badan dan berlari-lari anak di sekitar perumahan.Selepas 30 minit aku pun kembali pulang ke rumah.Sampai saja di rumah,aku membersihkan diri dan pergi ke dapur untuk breakfast.Mama telah membuat pancake dan aku mula mengambil pinggan dan meletakkan 2 keping pancake lalu menyiramkan sos mapel keatasnya.Aku mula makan beberapa suap sambil jariku sibuk menaip mesej kepada Ameline dan Daniel.
"Ameline,Daniel aku ada berita gembira nak share. Dua minggu lagi,aku dah nak bertolak ke Seoul.Aku sambung belajar di sana,dan sebelum belajar aku duduk rumah halmeoni aku dulu."tulisku sebelum menghantar mesej kepada mereka berdua di dalam group. "Betul ke ? bestnya dapat belajar kat Seoul, lagi-lagi ada ahli keluarga tinggal sana."balas Daniel.Selang beberapa minit Ameline pula mengantar mesej."Hati-hati kat sana.Jangan lupa Ameline dengan Daniel pula kalau sudah tinggal kat sana".Aku pun membalas semula pesanan kepada mereka berdua sebelum menamatkan perbualan."Okay,aku akan berhati-hati kalau dah sampai kat sana dan aku tak kan lupa kat sahabat aku ni.Korang berdua la jiwa aku".Aku pun mula menghabiskan pancake yang terakhir dan mencuci pinggan.Selepas siap,aku naik ke bilik dan mula mengemas pakaian dan barang untuk dibawa nanti.
Masa pun berlalu dengan pantas,esok aku perlu bangun awal pagi kerana flight yang aku naiki mula bertolak pada pukul 9 pagi.Beg yang aku kemas sebelum ini telah siap dibungkus dan diletakkan di tepi pintu.Selepas makan malam,papa dan mama telah memberitahu beberapa perkara kepadaku.Mereka meminta aku untuk jaga diri di sana,walaupun Korea adalah rumah kedua aku, tetapi jika sudah lama tidak pulang,akan rasa kelainnanya.Aku mengiyakan apa yang diberitahu oleh mama dan papa.Walaupun mereka tahu aku seorang yang baik,tetapi mereka masih mengingatiku untuk sentiasa berkelakuan baik dengan halmeoni.Halmeoni ialah ibu mama dan halmeoni juga tinggal bersama namdongseang mama iaitu samchon Taebum.Aku pun balik ke bilik untuk tidur selepas papa dan mama selesai menasihatiku.
![](https://img.wattpad.com/cover/275190136-288-k703503.jpg)
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
عاطفيةSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...