PART 5

100 6 0
                                    


5.00 pagi.....

Aku bangun awal pagi ,dan mula bersiap-siap kerana perlu ke Newark Liberty International Airport sebelum pukul 8.00 pagi.Perjalanan ke sana mengambil masa 40 minit untuk sampai.Dalam perjalanan aku hanya mendengar lagu illusion dari B.I di headphone sambil termenung memandang ke arah luar tingkap dan melihat pemandangan untuk kali terakhir sebelum berhijrah ke Seoul.Aku pun membuka camera phone dan mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.Mama hanya melihat kelakuanku dan hanya tersenyum memandang kearah papa yang sedang memandu.

Tiba saja di airport aku,mama dan papa mencari tempat di ruangan menunggu,kerana jadual penerbanganku masih lama lagi.Kami berbual-bual dan mengambil gambar bersama.Sebelum  menaiki pesawat,aku singgah ke kedai serbaneka yang berada di dalam airport dan membeli beberapa snack dan air kotak.Setelah sekian lama,akhirnya giliran aku untuk berlepas.Selepas mendengar annoucment, aku mula bangun dari tempat duduk dan memeluk mama dan papa sebelum pergi ke ruangan pelepasan.Aku melambaikan tangan ke arah mereka dan hilang dari pandangan selepas berjalan beberapa langkah.

Aku masuk ke dalam pesawat dan mula mencari nombor kerusi .Tempat dudukku berada di sebelah tingkap dan aku sangat gembira kerana dapat melihat pemandangan awan.Aku pun duduk di kerusi dan beberapa minit kemudian,seorang penumpang datang dan duduk disebelahku.Aku mengukirkan senyuman kepadanya dan dia pun mula membalasnya.15 minit kemudian,pilot pesawat mula membuat annoucment untuk berlepas dan para pramugari,pramugara mula menunjukkan cara-cara memakai tali pinggang keselamatan kepada para penumpang. Perjalanan dari Amerika ke Korea mengambil masa kira-kira 15 jam dan ini amatlah memenatkan.Jadi sepanjang berada dalam pesawat aku hanya makan,mendengar lagu dan selebihnya tidur hinggalah sampai ke destinasi.

Akhirnya setelah sekian lama,aku telah tiba di Incheon International Airport.Aku menunggu di ruangan mengambil beg dan meluncur keluar dari ruangan pelepasan.Di sana,aku telah dijemput oleh halmeoni dan samchon Taebum.Aku memeluk erat dan bersalaman dengan mereka berdua.

"Cucu halmeoni sudah cantik sekarang.Dah lama kita tak berjumpa,terakhir halmeoni sama Aera waktu umur 12 tahun,sekarang sudah 18 tahun".kata halmeoni kepadaku.Raut wajahnya sangat gembira kerana dapat bertemu denganku setelah sekian lama."halmeoni ni,malu Aera halmeoni puji"balasku sambil ketawa.Halmeoni dan samchon Taebum pun turut ketawa.Kami bertiga pun berjalan menuju ke kereta dan pulang ke rumah.Aera ialah nama koreaku,jadi halmeoni dan keluarga mama di sini menggunakan panggilan ini. 

"Halmeoni,nanti boleh tak Aera nak pergi jalan-jalan sekitar Seoul? Aera nak shopping kat sana nanti".kataku kepada halmeoni di dalam kereta yang dipandu oleh samchon Taebum."Boleh je,nanti samchon kamu hantarkan sebab kalau Aera nak naik subway takut tersesat nanti.Aera kan belum terbiasa kat sini".Balas halmeoni.Aku pun mengangguk tanda setuju.

Sampai saja di rumah banglo halmeoni,aku membantu samchon Taebum yang sedang mengangkat barangku dan masuk ke dalam rumah.Aku disapa oleh 2 orang pembantu rumah halmeoni.Aku membalas sapaan mereka dan mengikuti halmeoni untuk masuk ke dalam bilik tidur yang telah disiapkan oleh pembantu rumah.Halmeoni menyuruhku untuk rehatkan badan kerana dia tahu perjalanan dari amerika ke Seoul sangat jauh dan memenatkan.Aku pun mula baring di atas tilam dan selepas beberapa minit aku pun tertidur tanpa membersihkan badan terlebih dahulu.

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now