2 tahun kemudian....
Setelah tamat pengajian di universiti,akhirnya aku pun telah bekerja di salah sebuah syarikat pengiklanan di bandar Seoul,manakala Bella bekerja sebagai pereka grafik dan Hanbin pula memegang jawatan penolong eksekutif di syarikat milik keluarganya.Walaupun semua sibuk dengan kerjaya masing-masing,tetapi kami bertiga masih rapat dan tentunya hubungan aku dengan Yujeong semakin hari semakin baik.Kami berdua akan berjumpa pada setiap hujung minggu untuk meluangkan masa berkongsi cerita.
Hujung minggu pun telah tiba,seperti biasa aku bangun lebih lewat dari biasa dan mula membuka Instagram selepas bangun tidur,tiba-tiba Yujeong menghubungiku.Aku terus menjawab panggilan."Hello"kataku."Aera petang ni awak free kan,saya bercadang nak bawa awak pergi makan dinner sama-sama,boleh ke?".kata Yujeong."Ohh.Saya memang free ini."Kataku sambil tersenyum."Okay,baguslah kalau begitu,jumpa awak nanti,bye."kata Yujeong sebelum menamatkan panggilan.Aku dengan hati yang berdebar kerana pertama kali Yujeong mengajakku untuk makan dinner bersama, terus menuju ke almari baju untuk memilih baju yang sesuai untuk dipakai semasa berjumpa Yujeong nanti.Setelah 20 minit aku membelek hampir 26 pasang baju,akhirnya aku menjumpai baju kemeja berwarna baby pink serta skirt bercorak floral berwarna putih silver membuatkanku terlihat manis tambahan dengan high heels berwarna putih menambahkan lagi gaya feminin.
Aku pun telah bersiap-siap untuk bertemu dengan Yujeong di restoran makanan Itali.Tiba saja aku di sana,terlihat seorang lelaki memakai mask hitam melambaikan tangan kearahku.Aku terus menuju kearah lelaki itu kerana aku tahu itu ialah Yujeong.Yujeong mengenakan pakaian casual serba hitam dan memakai sneakers berjenama Adidas berwarna putih.
Yujeong terus bangun dan membantu menarikkan kerusi untukku yang berada berhadapan dengan kerusi miliknya."Terima kasih",kataku kepada Yujeong dan dibalas dengan ucapan sama-sama selepas itu.Yujeong pun membuka mask miliknya dan berkata "Saya nak jumpa dengan awak harini sebab nak meluahkan sesuatu.Sebenarnya saya dah lama suka awak sejak saya selamatkan awak dari peragut dulu.Saya nak beritahu awak dari dulu,tapi saya belum bersedia dan rasa malu waktu itu.Jadi saya mula rapat dan jadikan awak kawan je selama ni.Sekarang saya dah bersedia dan saya nak luahkan perasaan saya dekat awak."kata Yujeong bernada serius.Aku berasa sangat terkejut dengan luahan yang baru saja diucapkan oleh Yunhyeong.Ketika itu,aku tidak tahu nak ucapkan apa kerana terkelu.Aku tidak menyangka Yujeong telah menyimpan perasaan kepadaku setelah sekian lama."Saya tahu mesti awak terkejut selepas mendengar perkara ini.Saya akan cuba yang terbaik untuk bersama dengan awak.Jadi sudikah awak menjadi teman wanita saya?"kata Yujeong sambil menyeluk poket seluarnya dan didapati sekotak cincin dikeluarkan lalu diberikan kepadaku untuk memakainya.
Tanpa disedari aku telah mengalirkan air mata kerana berasa terkejut dan gembira tentang perkara yang sedang terjadi.Aku menghulurkan tangan kananku ke atas meja dan meregangkan jari untuk memudahkan Yujeong memakaikan cincin itu di jari manis milikku.Kami berdua berasa gembira kerana kedua-duanya saling menerima antara satu sama lain.Pada pukul 10.00 malam Yujeong telah menghantar aku untuk pulang ke rumah menggunakan kereta miliknya."Terima kasih,untuk hari ini,saya tidak akan lupakan momen indah ini dalam hidup saya",kataku kepada Yujeong."Saya juga sangat gembira harini sebab akhirnya saya telah menemui seseorang yang amat bermakna untuk saya",kata Yujeong pula.Aku pun keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
RomansaSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...