Masa pun berlalu dengan pantas, hanya tinggal beberapa hari saja cuti semestar berakhir dan aku perlu mendaftar semula ke universiti untuk semestar baharu.Hari ini aku bercadang pergi ke Gangnam kerana ingin membeli barang untuk dibawa ke universiti nanti.Selepas selesai mengemaskan bilik tidur,aku pun keluar bilik dan mula membantu halmeoni serta dua orang pembantu rumah yang sedang sibuk di dapur.Halmeoni memanggilku untuk duduk di meja makan lalu memberikan papan pemotong kepadaku untuk memotong sayur-sayuran.Selepas selesai semua kerja,aku pun pergi ke rak untuk mengambil makanan kucing untuk diberikan kepada Tommy iaitu kucing kesayangan halmeoni.Beberapa minit kemudian,aku pun naik ke bilik dan merehatkan badan seketika dan mula menulis nota di phone untuk menyenaraikan beberapa barang yang akan dibeli petang ini sebelum membersihkan badan.
Gangnam, 4.00 petang...
Aku pun masuk ke kedai buku untuk membeli buku nota,pen,sticker,dan buku puisi.Selain itu,aku pergi ke beberapa kedai pakaian,aksesori dan terasa untuk singgah ke cafe untuk menghilangkan dahaga sebelum balik.Dalam perjalanan ke cafe,tiba-tiba seseorang yang datang dari arah belakang menarik beg aku dan cuba merampasnnya.Aku pun dengan terkejut mula bergelut dengan peragut itu,tetapi nasib tidak menyebelahiku.Peragut itu merampas dengan keras dan melarikan diri.Aku yang sedang buntu mula menjerit meminta pertolongan dan cuba mengejarnya.Peragut itu pun lari di kaki lima sebuah kedai yang pintunya tertutup,tiba-tiba seorang lelaki keluar dari pintu kedai lalu melunjurkan kakinya tanpa disedari peragut kerana sedang menolehkan pandangan ke arahku ketika itu.Peragut itu pun terjatuh dan mukanya mencium jalan kerana melanggar kaki tersebut.Beg yang diragutnya itu terlepas dari tangan lalu lelaki yang keluar dari kedai itu pun mengambilnya.Beberapa orang yang melihat kejadian itu pun mula mendekati peragut dan menangkapnya sebelum menelefon polis.Aku yang sedang tercungap-cungap kepenatan kerana mengejar pun mula berasa lega kerana ada seseorang menolong.
Aku pun berjalan menuju ke arah lelaki yang menolongku tadi.Dia yang menyedari kedatanganku terus tersenyum dan menghulurkan beg kepadaku.Sebelum sempat aku mengucapkan terima kasih,dia menanyakan soalan kepadaku."Awak okay ke?ada cedera ke".Aku pun menganggukkan kepala kepadanya."Saya okay,tak cedera pun cuma penat sebab berlari.Terima kasih sebab tolong saya".Kataku."Sama-sama.Tapi lepas ni awak kena lebih hati-hati kalau keluar sorang-sorang".balasnya pula.Aku pun mengatakan"Okay,saya akan lebih peka dan berhati-hati lepas ni"sambil membongkokkan badan tanda berterima kasih kepadanya.
Selepas beberapa minit,polis pun datang ke tempat kejadian.Aku dan lelaki itu pun disoal siasat tentang apa yang berlaku sepanjang kejadian tadi.Setelah selesai memberikan keterangan,peragut itu pun ditangkap dan dibawa ke balai polis dan orang ramai yang berkumpul mulai surut untuk melanjutkan aktiviti mereka.Jadi tinggal aku dan lelaki yang membantuku tadi di situ.Tanpa berfikir panjang,aku pun mengajaknya untuk minum bersama di cafe yang ingin aku kunjungi .Dia pun bersetuju dan kami berdua jalan bersama-sama hingga sampai ke destinasi yang ingin dituju.Aku dan lelaki tadi pun mula duduk di salah sebuah meja di dalam cafe itu,dan memesan minuman ."Nama saya Ahn Aera"kataku kepadanya."Nama saya Kang Yujeong"balasnya pula.Kami pun menanyakan beberapa soalan antara satu sama lain.Tanpa diduga,perbezaan umurku dengan dia ialah 4 tahun dan dia bekerja sebagai seorang producer di salah sebuah agensi di Seoul.Kami pun mula menceritakan tentang diri masing-masing.Di samping itu,Yujeong memberikan nombor phonenya untuk kami berhubung nanti.
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
RomanceSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...