PART 16 (ENDING)

87 4 0
                                    

Hujung minggu....

Sebelum Yujeong bertolak untuk ke Suncheon, dia memberitahuku untuk datang ke rumah halmeoni dan menjumpaiku supaya dapat melihatku kali terakhir. Kami sempat berbual seketika dan aku memberitahunya supaya berhati-hati Ketika memandu kerana beberapa hari ini hujan dan akan menyebabkan jalan menjadi licin.

"Baik saya akan berhati-hati ketika memandu, awak tak perlu risau. Nanti kalau saya dah sampai saya akan terus menelefon awak ya"Kata Yujeong sambil memberikan senyumannya yang manis itu.

"Okay, saya pegang kata-kata awak. Lepas je kerja awak selesai dekat sana, saya akan menyambut awak dekat sini. Kita keluar sama-sama lagi" balasku.

Habis sahaja kami berbual, Yujeong pun terus pergi ke kereta kerana ingin segera bertolak supaya tidak lewat sampai ke destinasi. Kami berdua pun sampai kearah kereta dan Yujeong mula memasuki kereta dan menghidupkan enjin. Aku hanya melambai dan mengucapkan selamat tinggal. Kereta pun mula meluncur keluar dari taman perumahan. Aku masuk ke dalam rumah dan bersiap-siap untuk membantu pembantu rumah halmeoni menyiapkan makanan tengah hari kami.

POV Yujeong

Dengan berat hati, aku terpaksa juga pergi ke Suncheon. Aku berasa berat hati kali ini untuk meninggalkan Aera. Sejak dua menjak ini, aku sering bermimpi akan berlaku kemalangan kepada diriku dan ia amat menghantui aku. Adakah mimpi tersebut salah satu tanda untuk aku pergi meninggalkan dunia ini? Aku takut untuk meninggalkan Aera. Aku tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika Aera terpaksa menghadapi situasi bahawa aku perlu pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya.

Tanpa disedari ketika Yujeong sedang leka memikirkan Aera, tiba-tiba kereta yang di pandu laju oleh Yujeong hilang kawalan menyebabkan kereta tersebut menuju ke jalan yang bertentangan menyebabkan pertembungan dengan kereta yang berada di jalan tersebut. Hentaman yang kuat berpunca dari perlanggaran menyebabkan kereta Yujeong di bahagian depan remuk dan hancur. Sebelum Yujeong tidak sedarkan diri, dia hanya mengingati wajah Aera sambil tersenyum.

POV Aera

Ketika aku sedang mencuci pinggan di dapur, tiba-tiba telefon berbunyi menandakan seseorang sedang menelefon. Ak uterus menutup pili paip dan mendapatkan telefon yang berada di ruang tamu.

"Hello" sapaku.

"Hello, selamat petang cik Kim Aera ke disana". Tanya seorang lelaki yang tidak dikenali di gagang telefon.

"Ya, saya Kim Aera. Awak siapa ya". Balasku kembali.

"Saya pegawai polis dari Bandar Suncheon. Ingin melaporkan teman lelaki awak telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di jalan sebelum ke bandar Suncheon. Kalau boleh, awak dibenarkan untuk ke Suncheon St, Carollo Hospital untuk melihat kondisi dia." Katanya.

Aku dengar secara tak langsung amat terkejut dan hilang kata-kata. Halmeoni yang baru turun dari biliknya kehairanan dengan tingkah lakuku. Halmeoni sempat bertanyakan soalan. Dengan suara yang perlahan aku mengatakan bahawa Yujeong terlibat kemalangan dan terus rebah tidak sedarkan diri selepas itu.

Beberapa jam kemudian....

Aku membuka mata dan melihat sekeliling. Aku telah pun berada di dalam bilik tidur. Dengan segera aku keluar dan mencari halmeoni. Aku ingin memberitahunya yang aku perlu pergi ke hospital untuk melihat keadaan Yujeong pada ketika ini. Halmeoni terlihat kerisauan di mukanya kerana memikirkan keadaan Yujeong serta aku yang berada dalam keadaan yang sedih. Pada ketika itu samchon Taebum juga telah berada Bersama dengan halmeoni dan menawarkan diri untuk menghantarku untuk ke hospital. Dengan tergesa-gesa aku mengambil sahaja baju hoodie milik Yujeong dan menyarungkannya dengan seluar palazzo bersama sneakers berwarna putih. Akum ula menaiki kereta dan hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Aku terlalu merisaukan keadaan Yujeong. Aku berdoa supaya Yujeong tidak berada dalam kondisi yang serius. Aku perlukan dia dalam hidup. Aku betul-betul menyayanginya.

Setelah tiga jam perjalanan...

Aku tiba di perkarangan hospital dan terus ke kaunter utama untuk bertanyakan di mana Yujeong berada. Setelah nurse di situ mengatakan Yujeong telah dipindahkan dari wad kecemasan ke bilik ICU kerana dia masih belum sedarkan diri. Aku terus berlari tanpa menghiraukan di mana samchon Taebum berada. Pada ketika itu aku hanya ingin bertemu Yujeong saja. Sampai sahaja di bilik ICU, aku mendapatkan katil Yujeong. Kelihatan sekujur tubuh yang penuh berbalut dengan pembalut kain dan terlihat banyak calar luka yang terhasil akibat kemalangan. Tanpa sengaja, air mataku mengalir jatuh ke pipi kerana berasa sedih dan kasihan dengan Yujeong. Aku memeluknya dengan lembut dan memberikan ciuman di pipi sebelah kiri.

"Awak, tolong kuat untuk diri awak. Tolong kuat untuk saya juga. Saya sayangkan awak dan saya tak nak awak tinggalkan saya macam ni. Awak dah janji kan untuk selalu dengan saya walau apapun terjadi. Saya akan cuba dan termampu saya untu menjadi paling terbaik dalam hidup awak. Susah atau senang kita kena hadapi bersama." Ucapku sambil menitiskan air mata sambil mengusap tangan Yujeong yang berbalut itu.

Ketika Yujeong dirawat di hospital, aku sering menjaganya dan akan bertemu dengan eomma Yujeong. Dia berasa sedih dan kasihan kepada kami berdua. Eomma Yujeong cuba untuk memintaku pulang dan dia akan mengantikan tempatku sementara aku berehat kerana telah beberapa hari aku tidur di hospital semata-mata untuk menjaga Yujeong. Aku dengan baik menolak pelawaan eommanya dan berkeras hati untuk selalu bersama Yujeong kerana aku ingin menjadi orang pertama yang akan melihat Yujeong apabila dia sedar nanti.

Tiba-tiba,aku melihat jari Yujeong bergerak sedikit menandakan dia telah sedar dan terusmemanggil doctor untuk memberitahu keadaan Yujeong. Setelah doctor memasukiruang bilik dan merawat Yujeong untuk melihat tindak balas yang dilakukanYujeong sebentar tadi. Akhirnya, Yujeong telah pun sedarkan diri tetapi kondisitubuhnya masih lemah dan tidak mampu untuk membuat sebarang pergerakan yang besar. Aku dengan gembira mendengar apa yang dikatakan doktor terus ke Yujeong dan memberikan senyuman kepadanya. Dia yang melihat kehadiran aku, turut tersenyum dan kami saling memengang tangan antara satu sama lain dalam waktu yang lama.

Pada waktu malam...

Hanya aku dan Yujeong saja pada ketika itu, aku menyuapkan bubur kepadanya setlah beberapa hari dia tidak makan. Aku mengatakan kepadanya selepas bubur yang dimakannya habis bahawa aku akan sentiasa berada di sampingnya dan menjadi orang yang terdekat yang dapat memberikan semangat dan kasih sayang yang tidak ternilai hingga akhir ayat. Selepas aku berkata seperti itu, dia terus menarik tanganku dengan lembut dan memelukku dengan erat.

"Saya akan selalu untuk awak juga, saya akan berikan segala-galanya asalkan awak sentiasa bersama saya." bisik Yujeong di telingaku semasa berpelukan.

Aku pun membalas pelukannya dan kami membatukan diri beberada detik dan merasakan kehangatan badan antara satu sama lain sebelum kedua-duanya melelapkan mata dan di buai mimpi. 

Keesokkan harinya.....

Aku tiba-tiba merasakan pelukan yang diberikan Yujeong tidak lagi hangat seoperti malam semalam. Aku merasakan tangannya mulai kesejukan. Dengan pantas aku meletakkan jariku di hidung Yujeong untuk merasakan nafasnya. Tetapi aku tidak lagi merasakan nafas keluar dari hidung Yujeong. Aku mendekatkan telinga untuk mendengar degupan jantung, tetapi tidak kedengaran juga. Ak uterus berlari sekuat hati untuk memanggil doktor sambil air mata telah jatuh dengan banyak di pipi.

Beberapa minit selepas doktor melihat kondisi Yujeong, akhirnya Yujeong disahkan meninggal dunia pada jam 0818 pagi. Aku secara tiba-tiba merasakan lutut tidak mampu lagi berdiri dan terus terduduk menangis mendengar apa yang dikatakan doktor. Akhirnya orang yang aku sayangi selama ni, yang sering mendengar segala masalah, cerita yang mengembirakan telah pun pergi meninggalku untuk selama-lamanya. Halmeoni, samchon Taebum, eomma Yujeong akhirnya telah menedengar berita duka ini dan terus bergegas ke hospital. Pihak hospital akhirnya menguruskan Yujeong. Yujeong akan disemadikan di Seoul Memorial Park.

Walaupun aku masih tidak dapat menerima berita sedih ini, tetapi aku cuba untuk menjadi seorang yang kuat di hadapan orang-orang yang aku sayang. Aku tak akan melupakan segala memori yang telah aku dan Yujeong ciptakan selama ini. 

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now