Yujeong mengirimkan pesanan kepadaku. Dia memberitahu bahawa pada hujung minggu ini dia perlu ke Suncheon atas urusan kerja. Sementara menunggu hujung minggu, dia mengajakku untuk keluar menonton wayang. Aku pun dengan senang hati bersetuju dengan ajakannya. Pada malam itu, aku dan Yujeong saling menelefon antara satu sama lain dan aku merasakan kelakuan Yujeong sedikit aneh. Dia sering mengatakan sesuatu yang jarang dikatakan sebelum ini seperti bertanyakan keadaan bila seseorang kehilangan orang yang mereka sayangi. Dia berjanji denganku untuk selalu bersama dan tidak akan meninggalkan walau apa pun yang terjadi. Disebabkan aku mengetahui bahawa apa yang dia katakana tulus dari hati, aku turut berjanji untuk selalu ada untuknya dalam keadaan senang mahupun susah. Aku terlalu menyayangi Yujeong kerana dia adalah sosok seorang lelaki yang selalu ada untukku Ketika aku berada di bawah, selalu memberikan semangat serta menceriakan aku Ketika runsing.
Sehari sebelum Yujeong ke Suncheon....
Yujeong telah membelikan dua tiket filem untuk kami berdua meluangkan masa sebelum Yujeong bertolak untuk urusan kerjanya. Kami menonton filem dengan gembira dan berjalan-jalan di sekitar mall sambil membeli beberapa barang untuk dibawa Yujeong nanti. Setelah beberapa jam kami membeli barang, Yujeong memintaku untuk tunggu sebentar di dalam kereta kerana dia terlupa membeli barang itu ketika berada di mall tadi. Aku pun mengiyakan dan menunggu di dalam kereta sambil membuka sosial media supaya tidak kebosanan ketika menunggu. Masa pun berlalu dengan pantas, tanpa disedari aku telah tertidur ketika menunggu Yujeong. Yujeong telahpun membawa kereta untuk menghantarku pulang. Akan tetapi, Yujeong telah membawaku di hadapan taman yang berdekatan dengan perumahan halmeoni.
"Aera saya sebenarnya nak bagitahu, saya betul-betul sayang dan mencintai awak. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga hubungan kita hingga akhir hayat. Saya tak nak tinggalkan awak sendirian andai satu hari nanti saya perlu meninggalkan awak terlebih dahulu. Saya tak sanggup." Kata Yujeong sambil memandangku dengan perasaan sayu.
Aku yang mendengar luahan hatinya berasa Yujeong Kembali aneh dari beberapa hari lepas. Aku mengatakan kepadanya supaya tidak risau kerana hanya beberapa hari saja Yujeong perlu ke Suncheon. Habis sahaja urusan aku akan terus menyambut kepulanganya. Walaupun realitinya kami berdua berasa berat hati untuk berjauhan antara satu sama lain. Aku juga merisaukan keselamatan Yujeong pergi dan balik walaupun perjalanan hanya mengambil masa 3 jam setengah untuk sampai dan dia perlu tinggal di sana untuk beberapa hari. Tetapi aku menyembunyikan kekhawatiran supaya Yujeong berasa sedikit tenang.
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
RomanceSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...