Akhirnya cuti semestar bermula,aku pun tinggal semula di rumah halmeoni.Pada mulanya aku bercadang untuk balik ke New Jersey selama 2 minggu tapi tak kesampaian kerana papa dan mama masing-masing sibuk di restoran dan klinik,jadi mesti aku keseorangan di rumah.Kalau di rumah halmeoni sekurang-kurangnya tak rasa sunyi,boleh la juga aku keluar bersiar-siar dan minum di cafe.Sepanjang aku berada di rumah halmeoni,aku sering contact bersama Bella dan berbual dengannya untuk mendapatkan tips meluahkan perasaan dengan Hanbin nanti.Setelah beberapa minggu,akhirnya aku telah bersedia untuk bertemu dengan Hanbin.
8.00 pagi...
Aku bangun awal pagi dan segera membersihkan diri kerana harini ada sesuatu perkara yang aku perlu lakukan.Setelah siap,aku turun ke tingkat bawah untuk breakfast bersama halmeoni dan samchon Taebum.Aku memberitahu halmeoni untuk keluar berjumpa dengan kawan pada petang ini.Selepas halmeoni mengizinkan,aku terus menghabiskan makanan dan segera naik ke bilik.Aku mendapatkan phone yang berada di atas meja lalu terus membuka kakaotalk untuk menghantar mesej kepada Hanbin
"Hello Hanbin,Aera nak jumpa Hanbin petang ni di Incheon boleh?Aera ada sesuatu nak beritahu."tulisku dan mula menghantar mesej kepada Hanbin.Beberapa minit kemudian Hanbin membalas mesej yang aku berikan kepadanya tadi."Aera nak jumpa Hanbin ya,boleh.Kita jumpa pukul 3.00 petang".balasnya.Aku pun mengatakan okay dan menghantar lokasi untuk berjumpa.Aku pun berasa gembira bercampur gugup kerana akhirnya masa yang ditunggu untuk meluahkan perasaan kepadanya pun tiba.Aku segera menuju ke almari pakaian dan mula mencari pakaian yang sesuatu untuk dipakai petang nanti.Sehelai demi sehelai baju aku keluarkan dari almari dan diperagakan di depan cermin,kalau baju kurang sesuai aku akan letakkannya di atas tilam.10 minit pun berlalu,akhirnya aku memilih dress bercorak floral berwarna merah,dan kasut sneakers berwarna putih.Baju yang berada di atas tilam pun mula disusun semula di dalam almari,dan aku mengemaskan bilik yang kelihatan berselerak itu.
Beberapa jam kemudian....
Setelah bersiap,aku pun keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke station subway untuk pergi ke Incheon.Akhirnya aku pun tiba ke destinasi selepas 15 minit perjalanan.Aku pun mula memasuki salah sebuah restoran yang ada di bandar Incheon dan menunggu kedatangan Hanbin.Beberapa minit kemudian,Hanbin pun masuk dan duduk berhadapan denganku.Kami mula memesan makanan dan memulakan perbualan antara satu sama lain.Ketika itu,hati memang teras sangat gugup dan hampir tidak memandang Hanbin,walaupun selama ini aku biasa saja kalau berjumpa dengannya.Tiba-tiba Hanbin bertanya kepadaku.
"Aera nak jumpa Hanbin harini kenapa?Ada nak bagithu apa-apa ke."Aku pun dengan perlahan memandang kearahnya dan berkata "A'ah memang ada sesuatu Aera nak bagitahu Hanbin,tapi harap Hanbin tak terkejut.Sebenarnya Aera nak jumpa Hanbin sebab Aera nak luahkan perasaan.Aera dah lama suka kat Hanbin sejak Hanbin tolong Aera bayarkan makanan di kafeteria.Aera nak beritahu Hanbin tapi Aera masih belum berani.Jadi setelah sekian lama baru Aera bagitahu."kataku panjang lebar.Hanbin pun mula membatukan diri setelah mendengar luahan yang baru aku ucapkan tadi.Raut mukanya seperti seseorang yang berasa serba salah.Akhirnya dia pun mula mengucapkan sesuatu selepas beberapa detik kami mendiamkan diri."Hanbin serba salah sekarang ni sebab Hanbin tak bagitahu perkara yang sebenar awal-awal lagi.Hanbin memang dah rasa benda ni akan berlaku,tapi Hanbin hanya diamkan diri saja.Hanbin sebenarnya dah ada girlfriend,dan kami hampir setahun bersama.Hanbin minta maaf sebab Hanbin kena tolak perasaan cinta Aera dekat Hanbin,sebab Hanbin sayangkan dia."
Selepas mendengar apa yang diberitahu Hanbin,hati aku terasa seperti berhenti berdetak,mata aku yang tadi memandang ke bawah mula mengeluarkan air hangat dan turun menitis ke pipi.Aku rasa seperti hancur dan perasaan aku hilang seperti ditiup angin.Kami pun mula mendiamkan diri dan berusaha untuk mengawal emosi.Setelah keadaan kembali normal,aku mula menanyakan soalan lagi kepada Hanbin."Hanbin tak nak beritahu Aera ke siapa girlfreind Hanbin?".Lalu Hanbin pun mengeluarkan phonenya dari poket seluar dan menghubungi seseorang."Hello awak busy ke?saya call sebab ada kawan saya nak jumpa awak ni.Nanti saya bagi location okay."dan Hanbin menamatkan panggilan.Dia memberitahu sekejap lagi,dia sampai.Aku pun memberikan isyarat jari okay kepadanya.
Setelah sekian lama,tiba-tiba Hanbin pun mengangkat tangan dan memanggil seseorang,akhirnya girlfriend Hanbin pun tiba.Aku berasa malu untuk bertemu,tetapi aku beranikan diri juga dan jika tidak keberatan aku ingin berkawan dengannya.Aku pun menolehkan kepala,dan tidak menyangka rupa-rupanya girlfriend kepada Hanbin ialah Bella,teman baik aku sendiri.Aku rasa seperti dunia berhenti berputar seketika kerana aku tak percaya orang yang aku selalu luahkan tentang Hanbin,yang berikan semangat untuk aku luahkan perasaan kepada Hanbin adalah girlfriend Hanbin sendiri.Bella yang melihat aku pun turut terkejut kerana tidak menyangka Hanbin dan aku telah bertemu dan kenal antara satu sama lain.
"Aera,awak dah kenal Hanbin ya,saya baru bercadang nak awak berdua berjumpa minggu depan tapi sudah bertemu dulu"kata Bella kepadaku.Bella seperti masih tidak memahami situasi sekarang,mukanya seperti tenang dan tiada masalah.Aku dengan berani mula mengenggam kedua-dua tangannya."Bella,Aera minta maaf sebenarnya orang yang Aera suka ialah Hanbin.Aera memang tiada niat nak ambil dia dari Bella.Lagipun Aera baru tahu tadi yang Hanbin dah ada Bella.Aera memang jahat,maafkan Aera ."kataku dan air mata yang telah berhenti tadi mula berguguran semula.Bella pun melepaskan gengamanku dan mula mencari sesuatu di dalam begnya.Dia memberikan tisu dan memintaku mengelap air mata sambil mengusap lembut belakangku.Hanbin pun mendiamkan diri dan memerhatikan kami berdua,kerana dia baru mengetahui yang Bella dan Aera ialah teman baik."Takpe bukan salah Aera,Bella yang salah sebab rahsiakan hal ni.Benda dah jadi kita dah tak boleh buat apa.Lagipun Aera bukan buat perkara bukan-bukan kan,jadi Aera tak salah."balas Bella pula.
Akhirnya,aku pun mula melapangkan dada dan cuba membuang perasaan cinta aku kepada Hanbin walaupun sukar tapi aku perlu kuat untuk hadapi kerana Bella ialah sahabat dan teman baik aku sepanjang aku berada di SNU.Dia banyak membantuku dan selalu memberikan semangat kepadaku ketika aku stress dan menghadapi masalah.Aku tak nak jadi punca hubungan orang lain terseksa.Aku bertekad untuk mulakan hidup baru,dan cuba berbaik-baik dengan Hanbin walaupun mulanya berasa kekok,tapi akhirnya kami bertiga menjadi teman dan selalu bersama.
![](https://img.wattpad.com/cover/275190136-288-k703503.jpg)
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
RomanceSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...