PART 6

86 7 0
                                    

Keesokkan harinya...

Aku tersedar daripada tidur kerana berasa silau disebabkan oleh  sinaran matahari yang masuk dari tingkap bilik. Aku melihat jarum jam yang menunjukkan pukul 7.40 pagi di atas meja sambil  meregangkan badan ke kiri dan ke kanan beberapa kali dan mula berdiri untuk keluar  mencari kelibat halmeoni.Sampai saja di dapur, halmeoni yang sedang duduk di meja makan menyapaku."Selamat pagi Aera,mari kita breakfast sama-sama."Kata halmeoni lalu menepuk kerusi yang berada di sebelahnya."Okay halmeoni,tapi Aera nak pergi tandas dulu".kataku.Halmeoni mengangguk kepadaku sambil menunjukkan jari 'okay' tanda faham.Aku pun membersihkan muka dan mengosok gigi,selepas beberapa minit aku menuju ke meja makan dan breakfast bersama halmeoni.Pelbagai jenis makanan telah dihidangkan oleh pembantu rumah."Banyaknya makanan ada bibimbap,japchae,dakjuk dengan kimchi juga"kataku sambil melihat makanan itu dengan penuh berselera."Halmeoni yang suruh mereka buatkan makanan ni khas untuk Aera,lagipun mesti Aera dah lama tak rasa kan?"kata halmeoni sambil ternyum."Halmeoni ni sweet la,tahu-tahu je Aera dah lama tak makan makanan ni."balasku dan terus memeluk halmeoni dengan erat.

Aku pun mula makan dengan berselera sekali disebabkan aku terlepas makan malam kerana tertidur.Suasana banglo harini ada kelainan dan aku pun memerhatikan sekeliling.Halmeoni yang melihat kelakuan anehku terus bertanya "Kenapa Aera?macam ada yang pelik je."kata halmeoni kepadaku."Mana Samchon Taebum?bukan dia tinggal dengan halmeoni ke."kataku sambil menyuapkan bibimbap ke dalam mulut."Ohh,samchon Taebum keluar awal pagi tadi.Dia kena pergi Busan sebab ada meeting".balasnya.Kami pun berbual-bual sehingga selesai makan.

3.00 petang...

Samchon Taebum pun telah pulang dari meeting dan mula membersihkan badan sebelum turun ke ruang tamu untuk sertai aku dan halmeoni yang sedang menonton televisyen.10 minit kemudian,Samchon Taebum pun duduk di sebelahku dan menonton televisyen.Tiba-tiba dia mengajukan soalan kepadaku."Aera cakap semalam nak pergi Seoul kan?".Aku pun mengiyakan persoalannya."Kalau macam tu pukul 4.30 nanti kita pergi nak tak?sebab samchon rasa nak pergi jalan-jalan pula".kata Samchon Taebum."Betul ke?Aera ikut je kalau samchon okay.Aera naik atas la macam tu,nak bersiap."kataku kepadanya lalu terus naik ke bilik untuk menukar baju.Halmeoni dan samchon Taebum berasa gembira kerana melihat aku yang sedang teruja untuk keluar petang itu.

Setelah siap menukar baju,aku dan samchon Taebum pun meminta izin kepada halmeoni untuk keluar dan memeluknya sebelum masuk ke dalam kereta.kami berdua pun mula keluar dari perkarangan banglo dan menuju ke pusat membeli-belah di bandar Seoul.Sampai saja,aku dan samchon Taebum masuk ke setiap kedai berjenama di mall itu.Aku membeli beberapa barang seperti makeup,pakaian,dan alatan tulis kerana tidak lama lagi aku akan mendaftarkan nama ke universiti.Semua barang yang aku inginkan sudah pun dibeli dan kami singgah ke cafe untuk menghilangkan dahaga selepas beberapa jam membeli barang.Kami pun pulang ke rumah kerana kepenatan.

Balik saja di banglo halmeoni,aku meletakkan barang-barang yang dibeli di bilik pakaian di dalam bilik dan baring di atas tilam lalu membuka phone untuk melihat pesanan  dari Ameline."Lily,aku dapat tawaran belajar kat Universiti Toronto.Minggu depan dah boleh daftar".Aku pun membalas pesanannya."Tahniah Ameline.Nanti dah belajar jangan lupa aku pula.Aku pun daftar nama kat universiti minggu depan".Selesai saja menghantar pesanan,aku bangun dan mengambil tuala untuk membersihkan badan.Malam itu,aku,halmeoni dan samchon Taebum makan bersama.Aku mengatakan kepada mereka untuk mendaftarkan nama di unversti pada minggu hadapan.Halmeoni pun meminta samchon Taebum untuk menghantarkanku ke Seoul National University (SNU) untuk pendaftaran. 

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now