3 hari kemudian..
Selepas waktu persekolah tamat,Ameline mengajakku ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasaan yang diberikan oleh madam Anna dan membaca beberapa buku selepas siap membuat tugasan.Dalam perjalanan ke perpustakaan yang terletak di blok belakang berhampiran gelanggang bola keranjang,aku yang sedang membawa beberapa buku tebal untuk dipulangkan tiba-tiba terlanggar seseorang di kaki lima.Buku yang berada di tanganku terjatuh ke lantai.Aku terkejut dan berasa panik kerana telah melanggar seorang lelaki.Kelihatan mukanya yang menahan marah dan menepuk beberapa kali bajunya yang telah aku langgar.
"Saya minta maaf sebab tak nampak awak lalu di sini.Awak okay ke?" kataku bernada kasihan.Dia memandangku."Lain kali hati-hati,nasib tak ada luka".Katanya dan terus pergi meninggalkanku keseorangan.
Sampai saja di perpustakaan,Ameline mula bertanya kenapa sampai lewat.Aku pun menceritakan semula kejadian yang berlaku tadi.Dia mula berleter kerana kecuaian yang aku lakukan.Aku hanya tersenyum dan mendengar leterannya sehingga habis.Kami pun mula membuka tugasan dan menyiapkan sehingga habis.Aku meminta diri untuk pergi ke kaunter pemulangan buku.Selepas saja siap dipulangkan,aku menuju ke rak buku untuk memilih beberapa buku poetry untuk meminjam.Aku memilih buku yang bertajuk 'MILK AND HONEY' dan juga 'THE SUN AND HER SUNFLOWER' karya Rupi Kaur.Setelah 3 jam kami berada di perpustakaan,aku pun pulang ke rumah.
Keesokkan harinya..
Aku pergi ke sekolah seperti biasa dan masuk ke dalam kelas.Aku duduk di meja dan menunggu guru masuk ke dalam class.Harini aku berasa gembira kerana Sarah dan temannya tidak hadir ke sekolah disebabkan Sarah dimasukkan ke dalam hospital kerana digigit anjing liar di perumahannya.Aku mula termenung ke luar tingkap,dan melihat awan yang berarak di langit serta kelibat beberapa pelajar yang baru sampai ke sekolah.Tanpa disedari,tiba-tiba aku melihat seorang pelajar lelaki yang familiar keluar dari kereta BMW berwarna hitam.Dia mula memasuki perkarangan sekolah dan menuju ke blok pejabat sekolah.
"Siapa ya?kenapa muka dia macam pernah nampak".bisik hatiku."Biarlah bukan masalah aku"sambungku dan mula melihat classmateku yang semakin ramai masuk ke dalam class.
Madam Elle yang merupakan guru kelas mula masuk dan kami pun mula menyapa sebagai tanda hormat.Dia memasuki class kerana ingin memberitahu sesuatu perkara.kami semua mula bertanya sesama sendiri apa yang berlaku termasuk aku,tetapi kerana duduk di hujung class aku malas mahu menyibukkan diri.
"Harini kita ada pelajar baru pindah dari LA harap kamu semua berkelakuan baik kepada dia dan berkawan dengannya".Kata madam Elle kepada semua pelajar di dalam class.Lalu,di pintu class seorang pelajar lelaki masuk ke dalam dan memandang kearah pelajar di dalam class sambil tersenyum.Dia mula memperkenalkan diri.
"Hello,selamat berkenalan.Nama saya Daniel, dan saya baru berpindah ke sini minggu lepas".Kata pelajar lelaki itu.
Aku mula melihat muka lelaki itu.Otakku mula bekerja dan cuba mengingati beberapa situasi yang telah berlaku minggu ini."Ni lelaki familiar tadi.Siapa ya dia ni macam pernah jumpa sebelum ni".bisik hatiku.Beberapa minit kemudian,"Ohhhhhh,dia ni,budak yang aku langgar kat kaki lima haritu sebelum sampai ke perpustakaan".Kataku dengan teruja kerana telah mengingati lelaki itu.
"Daniel awak boleh duduk di meja kosong depan Lily"kata madam Elle lalu menunjukkan kedudukan meja yang diberitahunya sebentar tadi."Okay,madam terima kasih".Lalu lelaki itu berjalan kearah belakang class dan mula menarik kerusi di hadapan mejaku.
Aku mula menyapa Daniel."Hai,awak baru pindah sini ya".kataku untuk memulakan perbualan."Ya,saya baru pindah sini sebab ayah saya perlu berpindah tempat kerja".balasnya.Dia mula memandang wajahku dengan muka terkejut.Aku melihat raut mukanya yang berubah terus bertanya "Kenapa dengan muka saya?".Dengan segera dia mengalihkan badannya menghadapku."Awak perempuan yang langgar saya haritu.Jumpa lagi awak.Kecil betul dunia ni". katanya kerana tidak sangka dapat bertemu untuk kali ke-2.
Kami pun mula berbaik dan mengenali antara satu sama lain.Sekarang aku mempunyai 2 orang sahabat di sekolah iaitu Ameline dan Daniel.Pada mulanya aku pernah bertanya kepada Daniel,adakah dia tidak berasa malu untuk menjadi kawanku kerana bentuk fizikalku yang berisi dan chubby.Dia dengan segera mengatakan kita memilih kawan kerana hati yang baik dan bukan kerana wajah yang cantik saja .Aku yang mendengar perkara itu,berasa tersentuh dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mahu berkawan denganku.Bentuk badanku tidaklah terlalu besar seperti yang dikatakan Sarah.Berat badanku hanya 70kg dan tinggiku ialah 160cm.Tetapi ramai pelajar yang tidak ingin berkawan denganku kerana dihasut oleh Sarah yang merupakan pelajar popular disekolah.
![](https://img.wattpad.com/cover/275190136-288-k703503.jpg)
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
عاطفيةSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...