PART 12

54 5 0
                                    

Seoul National Universiti....

Sudah rutin harian aku bangun awal pagi untuk menghadiri kelas pada pukul 8.00 pagi.Aku merapikan bilik tidurku dan bersiap-siap untuk ke kelas.Selepas 3 jam belajar, kelasku pun berakhir.Aku tergesa-gesa ke cafeteria untuk makan tengah hari bersama kawanku iaitu Bella.Selepas selesai makan aku dan Bella pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan tugasan masing-masing yang diberikan oleh pensyarah kerana tugasan tersebut perlu dihantar pada minggu hadapan.Aku menghabiskan masa di perpustakaan hingga larut petang.Bella sudah pun balik ke bilik kerana sudah berasa letih dan akan menyambung melakukan tugasan pada esok hari.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 petang.Aku menutup segala buku dan tugasanku di atas meja dan meninggalkan perpustakaan untuk pulang ke bilik.Selepas selesai membersihkan badan,aku pun berbaring di atas katil.Hari ini aku bercadang untuk menenangkan fikiran selepas berhari-hari tidur lewat malam dan tidak merehatkan badan kerana ingin menyiapkan tugasan yang perlu dihantar.Aku segera menyarungkan baju t-shirt dan memakai hoodie.Aku keluar dan mendapatkan teksi untuk pergi ke Sungai Han.Perjalanan dari university ke Sungai Han hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai.Setelah tiba di hadapan Sungai Han,aku singgah sebentar di kedai serbaneka (7 eleven) untuk membeli sekotak susu pisang dan roti.Cuaca ketika itu sangat sejuk sehingga terasa hingga ke tulang-belulang.Malam ini tidak terlalu ramai pengunjung pergi ke Sungai Han .Aku mencari bangku untuk duduk sebentar sambil menenangkan fikiran.

Setelah 5 minit aku duduk di bangku,tiba-tiba ada seorang lelaki menyapaku."Boleh saya tumpang duduk disini?".Aku terus melihat muka lelaki itu.Rupa-rupanya Yujeong.Aku pun membalas "Boleh"sambil tersenyum.Dia pun mengucapkan terima kasih.Dia mula memandangku dan bertanya beberapa soalan."Awak buat apa kat sini malam-malam?sebab jarang awak keluar sebelum ni"Aku pun membalas soalannya."Saja,sebab nak tenangkan fikiran.banyak sangat kerja kena buat semester ni".Dia pun menganggukkan kepala menandakan faham tentang masalah aku."Awak dah makan ke?"tanyaku pula."Dah tadi sebelum pergi sini.Saya pun saja jalan-jalan malam ni,tak tahu pula jumpa awak.Saya baru nak chat awak tadi"balas Yujeong.Aku pun tersenyum sinis dan berkata"Baguslah dapat jumpa juga akhirnya,lagipun kita jarang jumpa akhir-akhir ni.Saya ada tugasan,awak pula sibuk dengan menulis lagu".Yujeong menghelakan nafas panjang,"Saya harap lepas ni,kita dapat luangkan masa lebih banyak.Mungkin lepas awak habis belajar.Kita boleh rancang buat aktiviti sama-sama"katanya.Aku pun bersetuju dengan cadangan yang diberikannya itu.

Selepas 2 minit kami mendiamkan diri,Yujeong pun bertanya kepadaku adakah aku free esok kerana dia ingin bertemu denganku lagi.Aku pun mengatakan esok aku free kerana hari Ahad kelas tiada.Yujeong mengajakku untuk pergi ke Daegu bersama.Setelah 1 jam berada di situ,aku pun mengundurkan diri untuk pulang dan dihantar olehnya kerana jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam jadi bahaya untuk aku pulang berseorangan.

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now