PART 7

74 7 0
                                    

Setelah 3 minggu aku tinggal bersama halmeoni dan samchon Taebum,akhirnya aku pun mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran di Seoul National University (SNU) dalam bidang business administration.Selepas beberapa jam aku melakukan segala prosedur pendaftaran,akhirnya aku telah diberikan taklimat oleh pihak pengurusan serta mendapat kunci  dorm di universiti.Aku dan samchon Taebum pun pulang dan memberitahu kepada halmeoni bahawa esok aku sudah boleh pergi ke universiti.Halmeoni dan 2 orang pembantunya menolongku untuk mengemaskan beg semula untuk dibawa.

8.00 pagi....

Aku telah bersiap-siap untuk pergi ke universiti dan sebelum bertolak aku menelefon mama dan papa bahawa aku sudah mahu pergi ke universiti.Mereka mengingatiku supaya jaga diri dan belajar dengan tekun.Selepas selesai menelefon,aku menyertai halmeoni umtuk breakfast bersama.Ketika aku menyuapkan makanan ke dalam mulut,aku melihat raut wajah halmeoni sedikit sedih."Halmeoni jangan la sedih.Aera pergi belajar je.Nanti kalau Aera ada cuti,Aera balik sini tau tengok halmeoni".kataku."Halmeoni sedih sebab Aera tinggalkan halmeoni lagi.Sunyi balik dalam rumah ni".kata halmeoni bernada sedih.Walau bagaimanapun,aku kena pergi juga dan aku berjanji akan selalu melawat halmeoni.Setelah halmeoni mendengar pujukkanku akhirnya halmeoni terlihat sedikit gembira berbanding tadi.

Aku pun mula bersiap dan menarik beg bagasiku dan memasukkan ke dalam kereta milik samchon Taebum.Aku memeluk erat dan mencium dahi halmeoni sebelum pergi.Samchon Taebum pun memanaskan enjin kereta dan kami terus meluncur keluar.Perjalanan dari rumah halmeoni ke (SNU) tidak terlalu jauh iaitu dalam 20 minit.Dalam perjalanan aku berbual sebentar dengan samchon Taebum dan selebihnya hanya mendiamkan diri sambil mengar lagu di radio.Tiba saja di perkarangan (SNU) aku mengangkat beg bagasi dan beberapa barang keluar dari kereta bersama samchon Taebum.Aku pun berjalan hingga sampai di pintu bilik.Sebelum samchon Taebum pulang semula ke rumah,aku mengatakan terima kasih kepadanya.Dia memberitahuku supaya belajar dengan rajin dan jika ada masalah terus memberitahu kepada samchon taebum dan halmeoni.Aku menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. 

Aku membuka pintu bilik lalu menolak beg bagasi masuk ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membuka pintu bilik lalu menolak beg bagasi masuk ke dalam.Terdapat dua katil single,meja belajar,almari pakaian dan tandas juga disediakan di dalam bilik.Bilik tersebut masih belum diduduki sesiapa,jadi aku boleh memilih mana-mana katil untuk aku pilih.Aku pun terus menuju ke katil sebelah kiri dan meletakkan barang dan beg di sebelah katil dan mula menyusun barangan makeup di atas meja.Beberapa minit kemudian,seorang gadis masuk ke dalam bilik.Dia menundukkan kepala kepadaku dan mengucapkan hello dan menarik beg miliknya dan duduk di katil sebelah kanan.Gadis itu berkulit putih,sedikit chubby,memiliki mata sepet dan bertudung.Dari pandangan aku wajahnya tidak seperti orang Korea walaupun matanya sepet."Hai,selamat berkenalan.Saya Ahn Aera,pelajar course business."kataku kepadanya untuk memulakan perbualan.Dia pun berpaling kearahku dan tersenyum."Hai,saya Bella dari Malaysia dan pelajar course art."balasnya.Sudah kuduga dia bukan orang korea dan dia dari Malaysia rupanya.bisik hatiku."Ohhh Malaysia.Jadi ni first time ke awak datang Korea?".Sambungku pula."Iya,ni first time saya datang sini."katanya kepadaku.Tiba-tiba dia mengajukan soalan kepadaku."Maaf saya nak tanya,nama awak Ahn Aera tapi saya tengok muka awak seperti ada kacukan".Aku yang mendengar soalannya pun segera ketawa."A'ah,saya ada kacukan amerika-korea.Papa saya amerika manakala mama pula korea."kataku."Saya nak puji awak sebab awak sangat cantik,kurus pula.Jealous saya."kata Bella kepadaku.Aku pun membalas pujiannya."hahahahahh,awak ni baru berkenalan dah puji saya ya.Terima kasih,tapi awak cantik juga tau comel je kalau tengok".Selepas aku berkata seperti itu,mukannya terus merah kerana malu.kami berdua pun mula berkawan dan sering bersama sepanjang berada di universiti.

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now