PART 13

44 6 0
                                    

Keesokkan harinya...

Masa pun berlalu dengan pantas,aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi,aku segera membersihkan badan dan bersiap-siap untuk keluar,kerana Yujeong ingin membawaku berjalan-jalan di sekitar Daegu.Dia memintaku untuk menunggunya di salah satu cafe yang terletak di bandar Daegu.Selepas aku memesan minuman di kaunter,aku pun duduk di salah satu meja yang disediakan di dalam cafe sambil menunggu kehadiran Yujeong.

Aku pun mula membuka media sosial untuk menghilangkan bosan.Akhirnya,Yujeong pun masuk ke dalam cafe sambil tersenyum.Dia pun berjalan menuju kearahku dan menghentikan pergerakkannya lalu berdiri betul-betul di hadapanku dan bersuara,"Jom pergi nanti lambat  pula".Aku pun membalas ajakannya,"Okay,jom".

Kami berjalan-jalan dan membeli-belah di sekitar Daegu.Aku meminta Yujeong untuk menunggu sementara aku pergi ke kedai yang terletak di seberang jalan. Dia pun bersetuju dan memberitahuku untuk menelefonnya setelah selesai.Aku pun segera pergi ke salah sebuah kedai yang menjual barangan kekasih.Aku mencari sesuatu untuk diberikan kepada Yujeong sebagai hadiah persahabatan.Setelah 5 minit berlegar-legar di dalam kedai itu,aku pun tertarik dengan jam tangan yang sedang menjadi trend pada masa kini, lalu terus membelinya.Setelah 2 jam kami meluangkan masa bersama,Yujeong pun menghantarkan aku pulang ke universiti.

Sebelum meninggalkan Yujeong,aku terus memberikannya jam yang aku beli tadi.Dia mengucapkan terima kasih dan terus memakainya.Baru saja aku membuka pintu untuk keluar,Yujeong memintaku untuk tunggu sebentar.Dia mengambil beg di bahagian tempat duduk belakang lalu memberikan kepadaku.

"Nanti awak buka beg ni dalam bilik tau.Saya ada beli sesuatu,harap awak suka la."katanya kepadaku.Aku pun mengucapkan terima kasih lalu keluar dari kereta dan melambaikan tangan kepadanya.Dia pun memecutkan kereta dan keluar dari perkarangan universiti.Sampai saja di bilik,aku pun duduk di atas katil dan membuka kotak hadiah yang diberikan oleh Yujeong.Aku berasa terkejut kerana dia telah memberikan aku sepasang baju hoodie bercorak teddy bear dan jam berjenama 'Bell & Ross'.Aku terus menghantar mesej kepada Yujeong untuk mengucapkan terima kasih dan memberitahu hadiah yang diberikan terlalu mahal.Yujeong pun membalas,"Takpe sebab ini  sebagai tanda terima kasih saya kepada awak kerana sentiasa ada dengan saya dari awal kita bertemu hingga sekarang.Saya harap awak tak akan pernah hilang dari hidup saya".Mesej tersebut sangat menyentuh,dan aku gembira kerana dapat bersama dengannya.

RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now