PART 9

50 6 0
                                    

Beberapa hari kemudian...

Hanbin berhasrat untuk berjumpa dengan Aera dan memberitahu hal yang sebenar.Dia tidak ingin menyakiti hati Aera kerana menolak perasaan cintanya.Tetapi sejak kebelakangan ini,Aera sudah jarang pergi ke perpustakaan serta chat di kakaotalk pun sudah tidak dihantar kepada Hanbin.Lama-kelamaan Hanbin menganggap bahawa mungkin Aera memang tidak menyukainya.Hanbin pun mula menjalani kehidupan seperti biasa.Setelah lama berfikir,baru Hanbin menyedari bahawa semester sudah hampir tamat,dan kebanyakkan pelajar sudah sibuk menyiapkan assignment dan perlu menduduki peperiksaan.

"Mesti Hanbin pelik aku dah lama tidak chatnya,tapi mungkin dia faham aku busy sebab exam makin hampir.Harap lepas exam aku dapat luahkan perasaan sebelum convo."bisik hatiku yang sedang sibuk menyelesaikan assignment.Aku memang sudah jarang memegang phone sehinggakan aku tak perasan yang hampir seharian phoneku kehabisan bateri.Walaupun sibuk dengan tugasan,aku tetap sentiasa memikirkan tentang Hanbin dan cuba melakonkan cara untuk meluahkan perasaan kepadanya.

Dua minggu pun berlalu...

Semua pelajar di SNU akhirnya telah menduduki peperiksaan untuk semestar ini,dan ini bermaksud mereka akan diberikan cuti semestar 2 bulan sebelum masuk ke semestar akan datang.Untuk pelajar yang papernya telah habis,mereka sudah mula mengemaskan barang untuk pulang ke rumah masing-masing dan akan mendaftarkan diri semula selepas cuti semestar tamat.Alangkah baiknya kerana aku dan Bella masih menduduki peperiksaan dan paper terakhir kami adalah pada hari selasa,jadi masih ada 3 hari sebelum peperiksaan,dan selepas tamat kami akan pulang ke rumah masing-masing.Aku telah memberitahu halmeoni untuk mengambilku pada hari rabu,manakala Bella pula akan pulang pada hari khamis dan tinggal bersama keluarga angkatnya di Incheon.

"Bella,jom kita pergi cafe.Aera tiba-tiba macam nak minum coffee la"kataku kepada Bella yang sedang membaca novel tentang art di meja belajar."Bella ikut je kalau Aera ajak,kita nak pergi cafe mana?"balas Bella kepadaku.Aku pun mula termenung kerana sedang memikirkan cafe yang aku ingin pergi.Beberapa saat,aku pun memberitahu Bella untuk pergi ke Ginosko cafe.Bella pun bersetuju dan kami berdua bersiap-siap untuk pergi ke sana.Sampai saja di cafe,kami berdua memesan americano dan vanilla bean latte.Sementara menunggu pesanan siap,kami berdua pun duduk di kerusi dan berbual.Aku menanyakan soalan kepada Bella."Bella, Aera nak tanya sesuatu boleh?"Bella pun memandangku lalu membalas "Boleh,nak tanya apa"."Bella tak pernah bagitahu Aera tentang kehidupan Bella kan,jadi Aera nak tanya Bella dah ada boyfriend ke?"kataku.Bella pun tersenyum selepas aku menanyakan soalan seperti itu."Sebenarnya Bella memang sudah ada boyfriend, sudah hampir setahun bercinta.Kami bertemu pun sebab  rumah dia berdekatan dengan rumah keluarga angkat Bella di Incheon".balas Bella pula.

Setelah mendengar yang Bella sudah mempunyai boyfriend,aku memang tak menjangkakan hal ini kerana sepanjang aku mengenali Bella,dia tidak terlalu sibuk bermain phone dan keluar dengan boyfriendnya.Bella pun mengatakan lagi yang mungkin cuti semestar nanti dia akan membawaku untuk berjumpa dengan boyfriendnya.Aku pun bersetuju untuk berjumpa dengannya.Beberapa minit kemudian,pesanan kami pun sampai di meja,aku pun mula menghirup americano yang dipesan tadi dan memikirkan apa yang ingin dibicarakan lagi.Setelah menjumpai topik yang ingin dikatakan aku pun memanggil Bella."Bella,Aera rasakan sebelum kita bertemu dengan boyfriend Bella,Aera nak luahkan perasaan dekat lelaki yang tolong Aera dulu tu.Kalau dia terima Aera,nanti Bella dapat bertemu dengan dia juga kan."Kataku kepada Bella."Betul juga,nanti kita berempat dapat keluar bersama"balas Bella pula.Kami pun meluangkan masa di cafe hingga lewat petang.


RENDEZVOUSWhere stories live. Discover now