Beberapa hari kemudian...
Aku, Ameline dan Daniel berniat untuk melawat Sarah yang sudah pulang ke rumah selepas 2 hari tinggal di hospital.Aku membeli beberapa jenis buah-buahan untuk dibawa ke rumah Sarah sebagai buah tangan.Walaupun Sarah selalu membuli aku di sekolah,tetapi sebagai seorang kawan,aku tetap peduli tentang keselamatan dan kesihatannya.Kami bertiga dibawa ke rumah Sarah menaiki kereta ayah Ameline.Sampai saja di rumah Sarah,aku dan Daniel mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Alan kerana telah menghantar kami.Setelah pakcik Alan meluncurkan kereta untuk pergi,kami bertiga pun menuju ke pintu rumah Sir Harry selaku pengetua sekolah dan juga bapa kepada Sarah.Daniel pun menekan loceng dan beberapa minit kemudian seorang perempuan lingkungan umur 30-an pun membuka pintu sambil mengukirkan senyuman kearah kami bertiga.
"Hai,pasti kamu bertiga kawan Sarah kan,jemputlah masuk,Sarah ada di dalam bilik ditingkat dua."kata puan Emma iaitu ibu kepada Sarah."Ya puan,kami bertiga kawan Sarah dan kami datang untuk melihat keadaan Sarah."Kata Daniel kepada ibu Sarah.Aku dan Ameline mula menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh Daniel tadi.Puan Emma pun membawa kami ke tingkat dua rumahnya untuk pergi ke bilik Sarah.Sampai saja di hadapan pintu,puan Emma pun mengetuk pintu beberapa kali dan memberitahu Sarah yang ada yang ingin melawat.Sarah pun membenarkan dan kami bertiga pun masuk ke dalam ruangan bilik tidurnya.Sarah yang sedang duduk bersandar di tepi katil berasa terkejut kerana melihat kami bertiga yang melawat dan bukan kawan baiknya.
"Korang bertiga melawat aku,aku ingatkan Irene yang datang.Terima kasih sebab datang".Kata Sarah sambil memandang kami bertiga."Ya,kitaorang risau pasal kau,lepas tahu kau kena gigit anjing liar waktu main skateboard haritu."kataku.Aku pun mendekati Sarah dan memberikan bakul yang berisi buah yang aku beli tadi sebelum datang kesini."Terima kasih,Lily.Aku sebenarnya nak minta maaf kat kau,Ameline dengan Daniel sebab selama ni aku suka ganggu korang.Aku rasa serba salah sampai kat hospital aku asyik ingat kat kau je".Sarah pun mula berasa sebak selepas memberitahu hal ini kepada kami bertiga.Kami bertiga hanya tersenyum kerana akhirnya Sarah sudah berubah dan meminta maaf atas kesalahan yang dia telah buat kepadaku dan yang lain."takpe,aku dah lama maafkan kau,lagipun kita kan kawan buat apa nak berdendam".Aku pun mula memeluknya dan memberikan tisu kepada Sarah kerana air matanya tidak berhenti keluar dari tadi.Kami pun mula berbaik-baik antara sama lain dan berbual tentang beberapa perkara yang terjadi di sekolah sepanjang Sarah berada di hospital.Kami pun meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat petang dan sebelum kami beredar,Puan Emma telah memberikan aku,Ameline dan Daniel beberapa keping biskut yang telah dibuat olehnya.
Akhirnya aku dapat pergi ke sekolah dengan hati yang tenang kerana Sarah dan kawannya tidak menganggu lagi dan berita paling mengembirakan hati ialah rakan-rakan yang lain pun mula rapat dan berkawan denganku.Aku berasa bersyukur kerana dapat berkawan dengan mereka setelah sekian lama.Sarah yang sebelum ini jarang ke perpustakaan pun sudah mula mengikut aku dan Ameline untuk belajar di sana dan menyiapkan tugasan bersama-sama.
![](https://img.wattpad.com/cover/275190136-288-k703503.jpg)
YOU ARE READING
RENDEZVOUS
RomanceSebuah kisah pertemuan yang tidak dijangka antara seorang gadis kacukan Amerika-Korea yang berhijrah ke Seoul dengan lelaki misteri yang menolongnya.Sepanjang tempoh pertemuan itu,mereka telah menghadapi pelbagai momen suka dan duka.Adakah pengakhir...