Taehyung menekup muka ke stereng. Jung Kook pula diam melayan perasaan. Mata masih lagi basah dan mungkin akan membengkak untuk beberapa hari lagi. Dia hilang seorang lagi kawan selepas Jin-hyung. Park Jimin—walaupun perangainya gila gila, kaki perempuan, suka berfoya dan suka buat lawak tapi hambar, sudah tentu Jung Kook mahupun kawan kawan yang lain akan merindukan Jimin. Ikatan persahabatan mereka sudah cukup lama terjalin, biar pun sekarang sedang bergolak, rasa sayang itu masih kuat. Perginya Jimin akan melunturkan kecerian dalam hidup mereka.
Sudah dua jam mereka meninggalkan hospital. 30 minit berlalu, kereta masih berhenti di seberang jalan. Taehyung hilang fokus untuk meneruskan pemanduan dengan fikiran yang kacau sekarang. Dia perlu mengambil masa sedikit untuk menenangkan diri dan hadam semuanya sebelum meneruskan hidup seperti biasa, hidup yang terasa semakin sunyi. Entah, dia tidak tahu bagaimana mahu menemuai permulaan supaya semuanya kembali normal atau setidaknya dia tidak rasa lagi terbeban dengan perkara perkara yang mengusutkan. Dia mahu bebas bersuka ria, kalau boleh mahu masa berputar semula ke detik detik sebelum berlakunya kesialan ini.
Deringan telefon Jung Kook membingitkan suasana sunyi. Tertera nama si pemanggil di skrin "Puan Park". Terus Jung Kook rasa berdebar debar. Tangannya yang berpeluh sejuk, terketar ketar menggenggam telefon.
"Saper call?"soal Taehyung selepas beberapa minit Jung Kook hanya membiarkan telefon terus berbunyi tanpa skrin itu disentuh. Panggilan yang masuk bersahutan. Berhenti beberapa saat dan berbunyi lagi.
Jung Kook menayang skrin telefon. Taehyung menelan air liur kesat melihat skrin telefon Jung Kook. Telefon itu dirampas lalu segera dimatikan saja. Mereka tahu omma Jimin mahu memberitahu mereka Jimin dah takde.
"Kau rasa omma Jimin tahu tak?"Jung Kook masih risau akan perkara tersebut.
"Bilik tu takde cctv Jung Kook. Kalau dia tahu pon, kita bagitahu jelah Jimin sendiri yang suruh. Buat masa sekarang, kau tak payahlah contact dengan omma Jimin tu,"saran Taehyung. Jung Kook mengangguk faham setelah dipujuk oleh Taehyung supaya tenang saja dan buat normal macam takde apa apa pon yang jadi.
"Nak buat apa sekarang?"kalau ada Hoseok bersama mereka, dia selalunya yang panjang akal bagi pendapat apa yang perlu dibuat jika tersempit sesuatu masalah. Biarpun Hoseok tu jenis yang cepat kalut, kadang kadang buah fikirannya banyak membantu. Arggh, sungguh Jung Kook dan Namjoon rindukan kawan kawan mereka. Memerlukan mereka dalam keadaan genting sebegini. Sudah selalu keenam enam mereka itu bersama, bila tinggal berdua saja.....rasa sangat sunyi.
"Kita pergi rumah Namjoon. Kita make sure dulu dia ok ke tak sekarang,"Taehyung menghidupkan enjin kereta.
"Lepas tu?"
"Lepas tu kita lupakan semua ni. Start a new life. Kau, aku, Hoseok, Yoongi dan Namjoon. Takde saper lagi dah antara kita lepas ni akan tinggalkan BTS. It's will be over soon,"kata Taehyung penuh yakin dengan semangat yang mulai hidup semula. Ya, dia bukan berseorangan. Masih ada Jung Kook, Yoongi dan Namjoon bersamanya.
"Kaset kaset Jin-hyung tu,"Jung Kook menimbulkan lagi topik itu.
Taehyung mengeluh berat. "Aku akan kumpul kaset kaset tu semua dan bakar je,"
"Hyung belum dengar lagi kan kaset yang hyung punya tu,"Jung Kook menunjuk kaset terakhir milik Taehyung di dashboard. Tak terusik pun.
"No need...."Taehyung menekan pedal minyak dan memandung keretanya pergi.
* * * *
Namjoon memandang rumah buruk itu yang hangus cuma tinggal rangka saja. Rumah tersebut adalah rumah yang disewa oleh Jin beberapa tahun lepas. Selepas rumah itu mengalami kebakaran, Jin berpindah ke rumah noonanya.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...