"Ni yang terakhir, Kim Taehyung. Aku tak nak cakap panjang pasal semua dosa yang kau lakukan pada aku. Kau tahu apa yang kau buat kan? So, tak payah aku ungkit satu persatu. Aku jadi trauma kalau aku ingat balik perkara perkara yang lepas. Tae, aku salah kan kau kalau kau benci aku sekalipun. Kau takan pernah maafkan aku kan? Sejujurnya kita hampir sama Tae—kita masing masing cuba lindungi Minra. Kau patut bangga dengan aku sebab aku sambung balik tanggungjawab kau. It's ok...too late kalau kau nak ucapkan terima kasih pada aku pon.
Hahahaha kelakar kan kalau aku cakap yang aku nak ucap terima kasih pada kau balik? Aku peduli apa kalau kau masih marahkan aku, atau tak nak dengar benda ni sekalipun. Terima kasih untuk semua kesakitan yang kau bagi pada aku, juga kau bagi aku peluang ini untuk aku bercerita. Sebagai balasan, aku akan tamatkan nyawa aku seperti yang kita pernah janji dulu. Aku pegang janji aku. Tak payah risau, kau boleh hidup aman lepas ni. Hiduplah puas puas Tae! It's done now. Nothing cannot to be changed. Everything cannot to be stopped.
Sekian, Kim Seok Jin."
Jin kemaskan kesemua kaset yang berjaya dia siapkan dalam masa tiga hari. Kaset kaset tersebut ibarat memori keduanya setelah dia tiada nanti. Memori memori ini akan bercerita tentang semua kebenaran yang dia simpan tanpa satu pun yang tertinggal.
"Jung Kook, Yoongi, Jimin, Hoseok, Minra, Namjoon, Taehyung......"Ketujuh tujuh kaset itu dimasukkan ke dalam sebuah kotak kasut yang kosong. Dia turut selitkan sehelai nota. Kotak itu dibalut rapi dengan pembalut bercorak bunga bunga indah. Di bahagian atas kotak, ditulis alamat penerima 'hadiah istimewa' ini. Bibirnya merekahkan senyuman pendek. Urusannya yang terakhirnya ini dah selesai. Dia dapat rasakan semakin berkurang beban yang terpikul pada darinya.
Dia bangkit dari kerusi dan menguak langsir tingkap. Cahaya pagi yang hangat tapi menyegarkan yang menembusi tingkap kaca memamah kulit muka. Tangannya diangkat cuba menggapai bulatan kecil bercahaya di balik awan awan. Dia sekadar mampu menggenggam angin.
Sekarang adakah sudah tiba waktunya untuk dia berehat dengan tenang? Memadamkan segala galanya, meninggalkan dunianya yang penuh kegelapan dan mengikuti cahaya itu. Mungkin dia dapat jumpa Minra di balik sana. Tatapan wajah Minra di dinding sentiasa tersenyum ke arahnya.
"Payah kan hidup ni Minra? Kita dah tempuh macam macam kesakitan bersama. Dan yang paling sakit, bila kau tinggalkan aku sorang sorang berjuang. Aku penat sangat Minra. Boleh tak kalau aku ikut kau sekarang Minra,"Jin menjatuhkan kelopak mata, terasa pipinya basah. Tapak tangannya merapat ke permukaan dinding, menyentuh tepat pada gambar gambar Minra. Ketika itu, dia akan nampak bayangan Minra dengan jelas. Minra sedang berlari anak di padang bunga yang luas. Langit biru di atasnya. Rama rama berwarna warni mengekori bidadari secantik minra itu.
"Jin-ah, kaja.....ikut aku!"Minra melambai supaya Jin kemari. Minra gelak penuh gembira ketika cuba menangkap seekor rama rama bersayap biru hinggap di atas kepalanya.
"Tunggu aku Minra!"Jin teruja menuju ke arah Minra.
"Jin-ah! Palliwa!"Minra semakin jauh berlari. Jin mengejar dari belakang.
"Jin! Jin!"Jin tersentak belakang bahunya ditarik dengan kuat. Dia rebah ke lantai dalam pelukan Jin-Hye yang menghadang tubuhnya. Jin-Hye mengadu kesakitan kerana kepalanya terhantuk pada kaki kerusi. Terkejut Jin-Hye ketika masuk ke dalam bilik Jin tadi dia melihat adiknya itu nyaris nyaris nak terjun dari tingkap. Mujur dia sempat tarik Jin balik.
"Apa Jin buat ni? Jin nak bunuh diri ke hah!"Jin-Hye mengegarkan tubuh Jin dengan kuat. Jin pandang Jin-Hye dengan wajah kosong.
"Jin nak ikut Minra....."Jin angkat jari telunjuk ke arah tingkap yang sedia terbuka luas. Sesekali angin datang menerpa menerbangkan langsir.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...