Kalau kau berada di tempat aku, apa yang kau akan rasa....
Bila kawan kawan kau tikam kau dari belakang, teman wanita kau yang paling kau cinta curang dengan kau dan mengandungkan anak kawan kau sendiri.
Apa yang kau akan rasa lagi bila kau difitnah, bila sahabat kau dah tak percayakan kau, bila ibu bapa kau sendiri buang kau dari hidup mereka di mana mereka dah tak mengaku kau sebagai anak kandung mereka sendiri, bila semua orang hina, kutuk, maki kau seperti kau dah takde harga diri. Dan paling sakit, bila dah takde orang lagi yang caring pasal kau, dah takde orang lagi yang ambil peduli kat kau.
Sampai satu tahap kau akan rasa bumi yang kau pijak terlalu sunyi. Kau gagal jumpa matahari lalu kau terus bergelap dalam ketakutan yang tak berpenghujung. Ketika itu kau akan betul betul putus asa nak teruskan hidup sebab kau terpaksa tanggung beban dan kesakitan yang terlalu berat sampai kau dah penat nak suruh hati dan diri kau bertabah.
Kesabaran yang kau pendam perlahan lahan menipis. Yang kau tahu dunia ini terlalu kejam untuk kau. Masa tu, cuma satu perkara je yang akan ada dalam fikiran kau—lebih baik kau akhiri hidup kau, lebih baik kau mati daripada terus hidup menderita.
Apa yang kau akan rasa dan itulah yang aku rasakan sekarang. Mungkin kau tak dapat rasakan semuanya sebab kau bukan berada di tempat aku. Yup, setiap hari aku menderita sampai aku dah tak tahu macam mana aku nak betulkan balik keadaan. Aku dah tak nampak peluang untuk aku cari semula kebahagian aku. Kejam kan dunia ni. Cuma kau perlu ingat satu perkara je, bila kita jadi lemah mudah sangat untuk semua orang orang yang tak berhati manusia ni mempergunakan kita untuk kebaikannya. Yup, kau perlu sedar, kau perlu berhati hati sebab tak semua manusia berhati malaikat. Ada syaitan yang bersembunyi di sebalik topeng manusia.
Aku menutup rapat daun pintu bilik mandi. Perlahan lahan kaki aku menapak ke arah tab mandi. Pili paip aku pulas dan air perlahan lahan mula mengalir keluar memenuhi ruang kosong di dalam tab itu. Aku naikkan suhu heater. Meruap ruap wap panas keluar dari permukaan tab.
Aku biarkan saja air memenuhi tab. Sementara itu, aku menuju ke arah cermin. Refleksi wajah aku pada cermin itu nampak sangat pucat lesi, dengan pipi yang cekung, rambut berserabai dan terlakar rona hitam pada bawah mata. Aku sedar diri aku betul betul tak terurus sekarang. Aku mengalami satu perubahan diri yang cukup ketara dan drastik di mana aku sendiri dah tak kenal siapa aku, aku hilang selera makan. Kenyang atau lapar terasa sama saja bagi aku. Aku lupa hari hari dan waktu yang aku lalui. Semua tu dah tak bawa apa apa pun makna pada aku. Malah aku rasa betul betul kosong. Aku tak tahu nak mulakan dari mana atau bagaimana untuk aku isi kekosongan ini.
Aku menggeledah bekas kecil yang tergantung bersebelahan cermin. Aku keluarkan sekotak mata pisau cukur dari bekas tersebut.
"Cukuplah. Aku penat. Aku dah tak larat nak terus bertahan, "gumam aku menggenggam erat mata pisau cukur itu sehingga tersiat kulit tapak tangan aku.
Tab mandi sudah penuh dengan air sehingga air melimpah keluar darinya. Aku biarkan saja.
Aku buka satu persatu butang pada baju kemeja putih yang aku pakai sekarang. Aku tanggalkan baju aku. Lalu, aku memasukkan separuh tubuhku ke dalam tab mandi. Terasa betul betul selesa apabila haba suam menyegat tubuh aku, seperti separuh daripada masalah aku melayang pergi. Tapi, ia masih lagi belum berakhir dan takan pernah berakhir selagi aku belum menemuai jalan penyelesaiannya. Dan aku tak rasa aku akan jumpa jalan penyelesainnya.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...