Kolej Seoul,
Hari pertama di tempat pengajian baru, menjadi kebiasaan bagi seorang pelajar baru seperti Jin yang tersesat di celah celah bangunan. Dia gagal mencari bilik tutoran 2-5 selepas sejam naik turun bangunan akedamik tiga tingkat itu. Ditambah lagi, kolej ni kekurangan bajet untuk pasang label di setiap bilik. Ingin bertanya kepada pelajar lain, kebanyakan pelajar sekarang sedang dalam sesi tutorial bersama pensyarah masing masing.
Kesudahnya, Jin terperuk di bangku belakang bangunan berteduhkan sebatang pokok yang rendang. Matahari pagi agak menyengat. Mudah membuatkan Jin terasa penat dan berpeluh. Waktu untuk subjek pertama 1 jam 30 minit berlalu begitu saja. 15 minit yang masih bersisa ni dia mahu berehat hilangkan kepenatan.
"Rilek broo! Aku janji bulan depan aku bayar hutang kau tu. Aku janji. Bagi aku masa OK," Telinga Jin menangkap suara dari sebuah bilik di sebelah pokok, lebih kurang lima meter dari Jin. Mungkin pelajar pelajar yang ponteng waktu tutoriol dan sakan bergosip dalam bilik tersembunyi. Lantaklah.
Namun, bila Jin dikejutkan dengan bunyi jeritan nyaring, dia terus tak boleh tenang. Mula terbayang segala benda buruk di fikirannya. Dia menuju ke sisi bilik tersebut. Label di pintu bilik tertulis 'stor'. Ceh...kat sini boleh pulak letak label.
Dari bilah bilah tingkap, Jin mengintai pemilik suara suara tadi. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki di dalam stor mengelilingi seorang pelajar lelaki yang duduk melutut di tengah mereka. Pelajar yang menjadi mangsa itu didorong ke lantai dan ditendang beramai ramai.
"Tak boleh jadi ni! Aku kena gi tolong budak tu,' Pintu stor yang tak berkunci terus ditendang oleh Jin penuh berani. Gangg! Bunyi pintu melanggar dinding. "Hoi, korang buat apa ni!"Jin berdiri cekak pinggang di muka pintu. Kebetulan ada sebatang penyapu yang tersadai tepi pintu. Dia rembat penyapu tu untuk dijadikan senjata.
"Ni bukan urusan kau. Jangan masuk campurlah bodo!"lelaki berkepala botak menjerit bagi amaran pada Jin. Tiga orang budak budak (diorang lagi pendek dari Jin) yang lain meninggalkan budak lelaki yang dipukul tadi dan berdiri di belakang lelaki berkepala botak. Yang botak tu mesti ketua mereka. Ahh, masing masing muka macam pecah rumah, angkuh kemain angkat penumbuk.
Pelajar yang dipukul itu nampak betul betul dalam keadaan lemah. Bibirnya terpalit darah. Dia memanggil dengan suara yang putus putus meminta pertolongan dari Jin.
"Baik korang blah sekarang. Takde keje lain ke buli orang lemah,"Jin genggam batang penyapu.
Pelajar berkepala botak terus belari bawak penumbuknya ke arah Jin. Jin elak dengan mudah. Belakang lutut pelajar berkepala botak itu ditendang oleh Jin. Serentak Jin pukul belakang tubuh pelajar tersebut dengan batang penyapu. Terus pelajar berkepala botak itu tersemban mencium permukaan lantai.
"Nak lawan lagi meh ahhh!"
Yang lain terus takut dan tundukkan kepala mintak maaf. Diorang angkat ketua mereka bangun dan berlaru pergi selepas digertak oleh Jin mahu melaporkan mereka pada lecturer.
Jin memapah pelajar lelaki itu bangun dan membawanya keluar dari stor.
"Kau ok tak ni?"soal Jin. Pelajar lelaki itu tersenyum dan angkat ibu jari.
"Thanks sebab kau dah selamatkan aku tadi," katanya. Jin bagi sehelai sapu tangan pada budak tersebut untuk mengesat darah pada tepi bibirnya.
"Kenapa diorang pukul kau tadi?"
"Aku berhutang dengan diorang. Aku tak dapat nak bayar kat diorang sebab duit yang aku pinjam tu belum cukup lagi. Bila dah time diorang kutip hutang, memang aku kena pukul la sebab tak boleh bayar on time. Siap kena triple payment lagi,"budak tersebut mengeluh pandang hujung jari jarinya. Jin menepuk lembut bahu budak bergigi arnab itu.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Ficção AdolescenteKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...